CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dunia Media Sosial Ni Tipu, "-Nazrief Nazri Mengaku Tunjuk Yang Indah Je

29-3-2021 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5931| Komen: 25

Description: Pelakon Nazrief Nazri meminta warganet agar tidak mempercayai bulat-bulat apa yang dilihat mereka di media sosial kerana ada di antaranya telah dibuat bagi tujuan tertentu.
Pelakon Nazrief Nazri meminta warganet agar tidak mempercayai bulat-bulat apa yang  dilihat mereka di media sosial kerana ada di antaranya telah dibuat bagi tujuan tertentu.


Malah tambahnya lagi, ada ketikanya ia sudah pun dirancang. Perkongsian tersebut dikongsikan bintang berusia 30 tahun ini menerusi hantaran terkininya di Instagram, pada Isnin.


Foto: IG

“DUNIA SOCIAL MEDIA NI TIPU JE. Saya nak pesan sikit dkt netizen semua. Dunia dalam social media ni BUKAN REALITY. Jgn igt apa yg korang nampak dkt ig, fb, tiktok semua adalah sebenar2 kejadian.

“Apa yg korang nampak tu semua hanyalah apa yg mereka nak tunjuk sahaja. And kadang2 semua benda tu dirancang. Sama ada for entertainment or marketing purpose,” tulisnya.




Malah, bakal bapa ini juga turut memberi contoh terhadap apa yang dilaluinya bersama isteri, Aizatul Aqma Hamdan. Katanya, media sosial juga merupakan salah satu punca rezeki.

“Contohnya, saya dan isteri suka buat posting dkt social media bukanlah nak menunjuk. Tapi kami buat itu semua utk cari sesuap nasi. Inilah salah satu punca rezeki kami.

“Kalau ikutkan saya dan isteri dua2 perangai sama. Suka duduk berkurung dkt rumah dan taknak jumpa orang pun. Tapi disebabkan kami mencari rezeki di social media maka terpaksalah kami buat content.

“And ofcourse bila dkt socmed ni kami akan share yg INDAH2 SAHAJA. Siapa je yg nak share dkt socmed yg dia tgh susah, siapa je yg nak bgtau diorang pernah ikat perut sbb duit dah takde dalam akaun sementara nak tggu payment masuk.

“Siapa je yg nak bgtau kat orang yg diorang nangis2 tgh malam cari jalan mcm mana nak cari duit. TAKDE SIAPA PUN NAK TUNJUK DIORANG SUSAH DKT SOCIAL MEDIA,” tulisnya lagi.


Dia pada masa sama turut memberikan dedikasi buat isterinya yang kini sedang sarat hamil anak pertama mereka kerana sentiasa berada di sisi, dalam apa juga situasi.

Di samping itu, bekas peserta Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini turut meminta ramai agar menjauhi sikap saling dengki serta iri hati.




“To my wife @angellajoliey . Tq sbb ada dgn I susah senang, thank you sebab always positif bila i down, and thank you sbb sabar dgn I bila I buat mistakes. Love u always.

“Tapi apa yg naz nak sampaikan adalah, kalau kita tengok orang share yg dia happy kat socmed, maka kita doakan kebahagiaan dia dan semoga ALLAH pun beri kebahagiaan tu kepada kita. Tak perlu nak dengki2 dan iri hati.

“Dunia ni tak perlukan NEGATIVITY and TOXIC PEOPLE. Cukup2 lah apa yg dah ada sekarang. Start your day with POSITIVITY and ALWAYS SPREAD KINDNESS. SELAMAT HARI ISNIN SEMUA,” akhirinya. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-3-2021 03:34 PM
Takutnya tgk muka bini dia
Quote skinsandstars 29-3-2021 03:34 PM
Cute juga wife dia
Quote auza_chiyoko 29-3-2021 03:50 PM
Xmekup pun xlawa. Mekup pun xlawa

#donebawang
Quote jlo 29-3-2021 03:52 PM
cantik je wife dia..cute
Quote doubleA 29-3-2021 03:56 PM
Memang org tunjukkan sisi elok je kat soc med, atas banyak sebab. Macam iols upload kt soc med sebagai memori, nak retrieve balik gambar atau video senang. Kang henpon bertukar ke henpon rosak ke gambar/video ada. Dan bukan utk menunjuk, tapi nak share dengan family jauh. Musim covid tak boleh travel. Tak koser semua nak hantar kat wasap
Quote bungarose 29-3-2021 04:01 PM
Wife dia comel
Quote ciknaktau 29-3-2021 04:01 PM
doubleA replied at 29-3-2021 03:56 PM
Memang org tunjukkan sisi elok je kat soc med, atas banyak sebab. Macam iols upload kt soc med sebag ...

agree...gambar/video kenangan gone with the phone....sbb tu share kt socmed..
Quote dudaberhias 29-3-2021 04:01 PM
Mana pernah ada orang tunjuk sisi buruk dekat ig, kalau ada pun untuk perhatian dan likes je. Iols tengok anything kat social media tu jangan harap iols nak percaya, lagi2 baru meniaga daging harimau kentut tapi jualan dah 800K sebulan dapat masuk poster hall of fame kat IG HQ.

Terlampau banyak penipuan dan propaganda sekarang. Ye la nak pura2 in real life tak boleh, soo social media je lah tempatnya.
Quote Nenasketum 29-3-2021 04:33 PM
Exotic muka bini dia ni. Kalau tinggi dah lama Bazaar models amik, tak macam si Alicia Amin yang tak laku2 sampai arini
Quote pxlbb 29-3-2021 05:04 PM
Kat medsoc kalau ada pun nak tunjuk so-called sisi buruk kompom yach ada niat nak humblebrag. Contoh nak tunjuk anak jatuh basikal luka kat lutut tapi gambar anak sipi je, lagi 90% background rumah semi-D dan kereta Hellfire
Quote mawardia 29-3-2021 06:37 PM
Itulah kau bila masyuk tak reti menyimpan. Bila susah sedih pilu, menangis berpelukan sambil tunggu duit payment masuk.

(Sekadar menambah luka di hati kau)
Quote kookiechip 29-3-2021 06:46 PM
Dekat socmed memang semua tunjuk benda elok je. Takde orang post benda tak elok. Kecuali sengaja minta dikecam sebab lapar attention. Wife heols muka alter kan? Pernah nampak gambar before & after dkt ig aesthetic clinic
Quote dua_chzy 29-3-2021 07:13 PM
Muka wife heols ada sikit iras kezen ai yang boleh tahan birah.
Quote biozipstar 29-3-2021 08:43 PM
setujulah tu. motip pulaklahai nak biarkan tunjuk cerita sedih . kehkeh
Quote kiah_mai_pulak 29-3-2021 09:06 PM
ketahiannnn apakah innehhhhhh?
Quote gigahertz 29-3-2021 09:23 PM
Nenasketum: Exotic muka bini dia ni. Kalau tinggi dah lama Bazaar models amik, tak macam si Alicia Amin yang tak laku2 sampai arini

muka bini dia mcam jennie blackpink
Quote doubleA 29-3-2021 09:23 PM
ciknaktau replied at 29-3-2021 04:01 PM
agree...gambar/video kenangan gone with the phone....sbb tu share kt socmed..

Refers to ig la, sebab tu ig iols private, meant for family and friends. tapi risau juga kalau ada yg iri, tapi niat iols memang for storage purpose. Lagi2 phone iols memori kurang, so lepas upload, iols delete kat phone
Quote LadyCarefree 29-3-2021 10:18 PM
Siapa xtau memang bodoh bangang
Quote LadyCarefree 29-3-2021 10:19 PM
auza_chiyoko: Xmekup pun xlawa. Mekup pun xlawa#donebawang



Pelik giler. Adakah tersilap alter?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065603 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top