CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Komen Perli, Sarah Hildebrand Sakit Hati Dengan Pendakwah Bebas

29-3-2021 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23468| Komen: 124

Description: Pelakon Sarah Hildebrand melahirkan rasa terkilan dengan seorang pakar motivasi terkenal yang meninggalkan komen berbaur perli dalam satu hantaran Instagramnya kelmarin.
Pelakon Sarah Hildebrand melahirkan rasa terkilan dengan seorang pakar motivasi terkenal yang meninggalkan komen berbaur perli dalam satu hantaran Instagramnya kelmarin.


Kekecewaan tersebut dikongsi Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, dalam InstaStorynya.


Foto: IG

Malah, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun dan komen yang ditulis oleh pendakwah bebas tersebut yang berbunyi; “Sangat sedih.”

Susulan komen berkenaan, isteri kepada Otto Gillen itu meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan bagaimana seorang pakar motivasi boleh menulis perkataan sedemikian.


“Anda tahu apa yang lebih menyedihkan? Apabila anda gelar diri sebagai pakar motivasi tetapi ‘menembak’ emosi orang lain.

“Apa yang saya telah lakukan pada anda? Sebelum ini saya sangat menghormati anda,” ujarnya panjang lebar dalam perkongsian tersebut.

Meskipun dilayan sebegitu, namun Sarah mengakui dia tetap menghormati wanita berkenaan.

“Tanpa sedar, anda telah memperkecilkan dan melukakan hati orang lain dengan sikap sombong. Tolong nilai diri sendiri dahulu sebelum beritahu saya siapa yang menyedihkan.

“Jika anda ingin memberi motivasi kepada orang ramai, meninggalkan komen sebegitu dalam profil individu lain adalah tindakan yang salah. Sangat hipokrit, saya tak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam,” katanya.




Menyedari perkara tersebut, pakar motivasi berkenaan sekali lagi meninggalkan komen terhadap Sarah dengan berkata, pelakon itu hanya salah faham.

“Kepada Sarah, awak telah salah faham maksud saya. Hanya Allah SWT yang tahu,” tulisnya.

Biarpun komen tersebut sudah dipadam, namun peminat Sarah dilihat menyerang Instagram pakar motivasi itu dengan menulis kapsyen sama kepadanya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 29-3-2021 12:05 PM
siapa pulak tu dikkk... si sarah ni pun kuat sentap dan tacing... yang komen tu kena fikir dulu kalau nak komen apa pun dekat ig dia ni... kalau komen hello pun rasanya sarah ni akan menangis dan menyorok tepi bucu katil...
Quote JalaEmas 29-3-2021 12:08 PM
pendakwah tu komen ape smpai berjela die krg sentap bagai tu?
Quote Orix 29-3-2021 12:08 PM
sapaaaaaaaaaaa ?
Quote Lailerthee 29-3-2021 12:12 PM
Siapakah nii
Quote exclusive_vvip 29-3-2021 12:18 PM
dudaberhias replied at 29-3-2021 12:05 PM
siapa pulak tu dikkk... si sarah ni pun kuat sentap dan tacing... yang komen tu kena fikir dulu kala ...

tu la.. nmpk mcm dia ni jenis cepat sentap.nmpk mcm jenis nak buat x kisah, tapi sebenarnya memikir apa org cakap..dulu i kagum juga tgk dia  berani kuar dr relationship dgn nabil tu..sbb nabil time tu kan suka mcm buli dia dgn benda bodoh...
Quote kakasotong2 29-3-2021 12:22 PM
Meols ada baca igs sarah ni semalam. Sarah marah dengan si nenek nabil mahir ex dia dlu ada komen kat salah 1 gmbr dia.

Komen nenek tu “very sad”. Apa lg meletop la dia.
Quote salmon-suki 29-3-2021 12:24 PM
Siyes laa umur dia ni baru 31??? Muka tua wehhhhh..ai tot late 30s daa..dia ni anything laa asalkn boleh bt dia disebut2.. bosan haaa~
Quote annadonna 29-3-2021 12:27 PM
kakasotong2 replied at 29-3-2021 12:22 PM
Meols ada baca igs sarah ni semalam. Sarah marah dengan si nenek nabil mahir ex dia dlu ada komen ka ...

Siapa nenek tu
Quote kakasotong2 29-3-2021 12:29 PM
annadonna replied at 29-3-2021 12:27 PM
Siapa nenek tu

Motivator femes tu uols. Dr fatma elzahra ke nama dia. Meols xberapa kenal dia meols xsuka sgt dia tu xtaw napa
Quote caprut 29-3-2021 12:32 PM
kakasotong2 replied at 29-3-2021 12:29 PM
Motivator femes tu uols. Dr fatma elzahra ke nama dia. Meols xberapa kenal dia meols xsuka sgt dia ...

Penceramah tu kan rapat dgn nabil
Quote anony-mous 29-3-2021 12:36 PM
I tepuk tgn sajork sbb dah boleh agak. N lepas tau dia ni kuat betul sentap masa kes bukak tudung tu, i lebih prefer nabil mahir. Nabil tu xpernah bukak mulut skali pon. Maybe dia tau dia byk buat silap n akui kesilapan n move on. Yg ni mcm tersekat di skali 5
Quote mesmerize 29-3-2021 12:40 PM
oo ai ada terbaca komen ustazah dr fatma el zahraa ke apa nama entah tu kat pic sarah yang pakai rambut palsu biru tu.. sheols cuma tulis "very sad" aje kat komen section tu.. tapi knowing sarah sejak bukak tudung ni asik la sentap memanjang. pagi ni ai cek dah takde komen tu.
Quote Raline 29-3-2021 12:47 PM
boleh kena saman tak?
Quote Nenasketum 29-3-2021 12:52 PM
kakasotong2 replied at 29-3-2021 12:29 PM
Motivator femes tu uols. Dr fatma elzahra ke nama dia. Meols xberapa kenal dia meols xsuka sgt dia ...

Ooooo, dia ni dedulu early early 90’s dah datang area rumah aku kat Gombak. Dia bersyarah ugama caj duit RM50/kepala. Aku sound la mak aku, kenapa nak bayar doktor gigi kekonon bagi syarahan agama. Hehehehe........ tetua pun skodeng orang punya ig ka? Get a laif larr
Quote akuHavocczz 29-3-2021 12:57 PM
kakasotong2 replied at 29-3-2021 12:22 PM
Meols ada baca igs sarah ni semalam. Sarah marah dengan si nenek nabil mahir ex dia dlu ada komen ka ...

oh gitu ke kisah nya? patut ler pun.. macam nak sarcastic sebab si sarah ni tak dapat cucu dia camtu. kalau iols pun boleh meletop kot,
Quote testly 29-3-2021 01:08 PM
Ermm...very sad le dah dr elok bertudung..tetiba bukak tudung siap pkai rambut palsu lg...org tu concern le..sbb tu dia sad..apelah...
Quote KIM.K 29-3-2021 01:10 PM
kakasotong2 replied at 29-3-2021 12:22 PM
Meols ada baca igs sarah ni semalam. Sarah marah dengan si nenek nabil mahir ex dia dlu ada komen ka ...

Oh nenek nabil. Tak menjadi pon agama si nabil tu macam dia ceramah
Quote bakingsoda 29-3-2021 01:10 PM
ingatkan tulis tutoplah auratmu sblm ditutopkan orang lain sewaktu dikafankan. rupanya seketul very sad je. ape yg perli tah, cucu menantu dia pon kemain sexy dgn tak tahu malu aksi laki bini tepek dlm ig, kalau dia nak sound mesti dua ekor tu dulu yg kena kot?
Quote innocent_me 29-3-2021 01:12 PM
Edited by innocent_me at 29-3-2021 01:13 PM

Dia ni sejak clash dengan nabil jadi kuat sentap. Lepas tu buka tudung bertambah2 sentap.
Macam insecure dengan diri sendiri padahal salah sendiri .

Meols dulu folo IG dia sbb tgk dia cantik. igtkan mat saleh masuk islam rupanya campur. Lama kuat menyentap meols dah unfolo. koseerrr

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.160837 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top