CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Oops! 7 Insiden Memalukan Ketika Di Pentas, Siapa Paling Anda Ingat?

29-3-2021 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17295| Komen: 90

Description: Bagaimana perasaan anda jika waktu membuat persembahan diatas pentas, tiba-tiba berlaku perkara yang memalukan seperti terjatuh, tercampak mikrofon, suara terkucil dan sebagainya. Namun perkara yang t ...


Bagaimana perasaan anda jika waktu membuat persembahan diatas pentas, tiba-tiba berlaku perkara yang memalukan seperti terjatuh, tercampak mikrofon, suara terkucil dan sebagainya. Namun perkara yang terjadi di luar kawalan seperti ini memang sudah biasa dan sering berlaku dalam dunia realiti.

Jom kita tengok beberapa perkara tanpa sengaja yang memalukan yang berlaku kepada beberapa selebriti ini ketika mereka membuat persembahan di atas pentas.


Jacklyn Victor


Siapa tidak mengenali penyanyi bersuara lantang ini yang juga merupakan seorang pemenang kepada satu rancangan realiti ‘Malaysian Idol Season 1’, Jacklyn Victor yang pernah tergolek dalam satu persembahan live ketika namanya diumumkan oleh Misha Omar untuk persembahan seterusnya. 


Memang memalukan namun, Jacklyn adalah seorang penyanyi yang profesional, dia tetap meneruskan persembahan dan berseloroh kepada peminat dengan mengatakan “Jangan nak ketawa”. 


Khai Bahar


Agaknya Khai Bahar nak tiru gaya Mas Idayu menyanyi kan? Dalam satu persembahan live MELETOP, Khai Baru sahaja mula untuk menyampaikan lagunya ‘Luluh‘ tetapi disebabkan terlalu ‘feeling‘, Khai secara tidak sengaja telah memegang mikrofon di tangannya secara terbalik.


Amy Search


Dalam satu persembahan live, penyanyi kepada lagu ‘Isabella‘, Amy Search yang sedang rancak berinteraksi dengan penonton tanpa sengaja terjatuh ke bawah pentas. Nasib baik Amy Search tidak mengalami sebarang kecederaan serius.


Ziana Zain


Kalau Khai Bahar menyanyi dengan memegang mikrofon secara terbalik, lain pula yang terjadi kepada penyanyi Ziana Zain. Dalam satu pertunjukan fesyen, Ziana Zain membuat persembahan dengan penuh bersemangat, tetapi tiba-tiba tanpa sengaja Mikrofon di tangannya telah tercampak. 

“Tangannya agak licin disebabkan losyen yang dipakai," kata Ziana selepas selesai membuat persembahan dalam satu sesi temu bual.


Adira


Selepas selesai membuat persembahan dan sewaktu berjalan keluar dari pentas, penyanyi Adira tiba-tiba terjatuh. Ketika itu, pengacara Awal Ashaari menyedari situasi yang berlaku, dengan pantas menghulurkan bantuan pada Adira. Difahamkan, keadaan pentas ketika itu memang agak licin.


Nora Ariffin


Pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ yang bersuara lunak, Nora Ariffin pernah berdepan satu insiden ketika membuat persembahan live. Nora secara tiba-tiba jatuh tersungkur sewaktu berjalan untuk naik ke pentas. 

Namun, sebagai seorang penyanyi yang sangat profesional, Nora bangun dan meneruskan nyanyian sambil memohon maaf selepas mendapati kainnya tersangkut di anak tangga pentas.


Nabila Razali


Penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’ di pentas akhir Anugerah Juara lagu ke 35 telah ‘terkucil’ saat membawakan lagu tersebut secara langsung. Ramai yang mengatakan bahawa Nabila tidak layak untuk menyanyi secara live, namun tak kurang juga yang sentiasa menyokong dan mengatakan Nabila telah berusaha untuk menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

Ziana Zain dan Khai Bahar juga pernah tersadung kaki di tempat yang sama ketika menaiki pentas untuk membuat persembahan. Tapi, mereka berdua nampak comel!.




Sumber: Murai
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikgojesss 29-3-2021 03:52 PM
semestinya kak nabkucil
Quote maxim 29-3-2021 03:54 PM
nabila suara terseliuh plg comel
Quote Themilo 29-3-2021 03:55 PM
kisah urban legend acik Ogy tak tersenarai kah?
Quote nora_balqis 29-3-2021 04:13 PM
tersenyum sendiri tgk...kebanyakan profesional, dah terjatuh ke ape teruskan menyanyi
Quote sharlenetexas 29-3-2021 04:22 PM
Themilo replied at 29-3-2021 03:55 PM
kisah urban legend acik Ogy tak tersenarai kah?

Boleh wat senarai wardrobe malfunction pulak.
Quote September14 29-3-2021 04:27 PM
Klu jatuh mcm jac adira tu ok la comel n kelakar xde la memalukan... tp klu mcm madonna itu malu n sakit pulak
Quote oness 29-3-2021 04:27 PM
Nasib microphone ziana tak kena sesiapa. Tinggi jugak lemparan tu
Quote cikperiukkera 29-3-2021 04:34 PM
Sblm acik jac jatuh tergolek tu kak mitch punya kain pun sangkut kat stage khuenzzz...hahahaa
Quote damian_lee 29-3-2021 04:36 PM
Anggota exist jatuh time AJL (rasanya tapi ingat anugerah or pertandingan apa ntah ..... dia jatuh time kt pentas)
Quote mrsbale 29-3-2021 04:37 PM
Ait. Misha omar xmasuk list? Rasa dulu legend jg moment dia tsadung kat stage.
Smp artis lain buat bahan lawak. Tp xingt sapa
Quote bottombikini 29-3-2021 04:41 PM
hahaha..kelaka yg last tu
Quote md_nana 29-3-2021 04:41 PM
damian_lee replied at 29-3-2021 04:36 PM
Anggota exist jatuh time AJL (rasanya tapi ingat anugerah or pertandingan apa ntah ..... dia jatuh t ...

masa opening AJL. masa tu nama juara lagu lg kot. lawak giler
Quote lady_bonia 29-3-2021 05:01 PM
Kak zz tu aku ulang byk kali yg mikrofon terlepas.... Comel pulak
Quote helicornia 29-3-2021 06:02 PM
sorry terketawa
Quote dua_chzy 29-3-2021 06:39 PM
Part paling bodoh dan memalukan haruslah apabila vokal penyanyi tergelincir di atas pentas.
Quote inspiro92 29-3-2021 06:40 PM
Themilo replied at 29-3-2021 07:55 AM
kisah urban legend acik Ogy tak tersenarai kah?

Bleh x tlg ceritakan sini iolss dah lama sgt nk tau pasal ni.masa kecik dulu cuma sgt dgr mak cik2 dok sek2 pasal baju ogy.
Quote belilies 29-3-2021 06:58 PM
Paling win jena jeng ngan khai tersadung kat spot yg sama masa show yg sama. Nabila terkucil who? Takdenye kawak pasal surely-not-talented singer cum actor ittew! Nyah dari showbiz!
Quote Belibis 29-3-2021 07:19 PM
Themilo: kisah urban legend acik Ogy tak tersenarai kah?

Geng2 kertu jer yang tau.zaman hp pun belum ada,usahkan hp berkamera.
Quote depresio 29-3-2021 07:23 PM
Tak igt yg lain hanya ziana mic terbang tu je

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052227 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top