CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Suamiku Jiranku' - Lebih 30 Tahun Berjiran, Tak Sangka Jodoh Depan Rumah Je

29-3-2021 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13505| Komen: 52

Description: Lebih 30 tahun berjiran, siapa sangka wanita ini akhirnya bertemu jodoh dengan rakan sepermainan ketika kecil.
Lebih 30 tahun berjiran, siapa sangka wanita ini akhirnya bertemu jodoh dengan rakan sepermainan ketika kecil.


Kredit foto: IG Dyha


Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok dengan tajuk 'suamiku jiranku' meraih perhatian netizen yang mana sehingga kini mencatatkan lebih 800,000 tontonan dalam tempoh 24 jam.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Dyha Ishak, 32, berkata, dia sememangnya mengenali suami, Syazwan sejak kecil dan sering bermain bersama memandangkan rumah kedua ibu bapa mereka terletak bertentangan antara satu sama lain.



Menyingkap kisah mereka, wanita ini berkata dia dan suami tidak pernah bercinta sebaliknya hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan biasa dan jiran tetangga.

"Kami memang rakan sepermainan... seingat saya, kami sering main 'cikgu-cikgu' dan tak pernah main 'kahwin-kahwin' pun. Apabila meningkat remaja, suami bersekolah di sekolah asrama penuh, jadi jarang dah berjumpa... selalu masa raya saja jumpa.

"Dipendekkan cerita, selepas saya tamat belajar dan sedang menunggu nak konvo, saya banyak luangkan masa dekat rumah. Masa itulah, mak mentua datang rumah dan bertanya sama ada saya ni single atau dah berpunya.

"Kalau belum berpunya, dia nak jadikan saya menantu. Memang terkejut jugalah masa tu," ceritanya mengimbas kembali saat sebelum disatukan bersama suami.



Menurut guru di sebuah sekolah menengah ini, dia mengambil masa selama seminggu sebelum memberikan keputusan kepada bakal ibu mentuanya ketika itu.

"Dalam tempoh tu, saya sempat stalk Facebook suami sebab sajalah nak tahu macam mana bakal pasangan kita kan. Akhirnya saya menyatakan persetujuan. Sebenarnya saya dan kakak kepada suami sangat rapat.

"Suami pun rapat dengan kakaknya, jadi dia pun bersetuju ikut cadangan ibu dan kakaknya. Selepas dua pihak bersetuju, kami pun mengikat tali pertunangan," katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Apa yang menariknya, pasangan ini langsung tidak berhubung antara satu sama lain ketika tempoh pertunangan, sebaliknya ia lebih banyak menerusi keluarga.

"Beli barangan hantaran pun famili ikut. Kami bertunang lebih setahun sebelum diijabkabulkan," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Sama seperti pasangan lain, Dyha berkata mereka juga turut diuji ketika sedang berdarah manis.

"Masa dalam tempoh bertunang, saya pernah rasa nak putuskan hubungan. Sebab saya rasa tak ada perasaan cinta, dan keliru dengan keputusan sendiri. Tapi mak nasihatkan untuk buat solat istikharah.

"Diam tak diam, kini usia perkahwinan kami dah masuk tahun ketujuh. Alhamdulillah kini dikurniakan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun. Senang cerita, kami bercinta selepas nikah," katanya yang juga menjalankan bisnes makanan bayi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Dyha berkata dia sekadar memuat naik di TikTok secara suka-suka.



"Kebetulan minggu baru-baru ni ramai artis kahwin. Saya pun muat naik kisah dengan suami sekadar nak mengimbau balik kenangan. Tak sangka pula viral.

"Ramai yang tulis komen lucu... ada nak pikat sendirilah dan macam-macam lagi. Apa yang boleh saya katakan, dalam perkahwinan ni semestinya perlu bertolak ansur. Macam kami ni pun walau rumah keluarga dekat, tapi bila balik, mesti bergilir sebab nak jaga hati dua-dua keluarga.

"Kita berkahwin bukan dengan pasangan semata-mata, tapi dengan keluarganya juga," katanya lagi.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 29-3-2021 04:56 PM
Kawan aku pulak rumah mentua belakang rumah ja
Quote kaoru44 29-3-2021 04:56 PM
Ok..dpn kiri kanan rmh iols semua ada ank2 kck je..
So xdpt la nk bjodohan ngn jiran..
Quote Minami2013 29-3-2021 05:05 PM
Dulu pernah colleague nak kenalkan dgn anak dia baru balik oversea
Quote Nenolen 29-3-2021 05:13 PM
Tak pelik...byk jer yg kahwin dgn jiran/sekampung/setaman/sepejabat/se-bas/se-keretapi/se-ets dll
Quote tagas 29-3-2021 05:30 PM
Biasa la cikgu goreng pisang panas

cuba kalo ko keje2 kilang private2

so so jer
Quote Suchi 29-3-2021 05:38 PM
Oh kije cikgu mmg idaman mana mak2 mertua dan lelaki jugaa


Selalu gak tertanya yg kawen ngn tetangga ni bila blk kg korang tidur umah sapa dulu?

Cth di aidilfitri nan mulia, tolong umah sapa dulu ke berlari kesana kemari?
Quote Jorja 29-3-2021 06:36 PM
Macam cerita Baggage Claim
Quote Adrif 29-3-2021 06:39 PM
mesti dua2 parents ni jiran jenis kamceng.. baik. tu boleh kahwin tu.
kalau jenis jiran tengkuk panjang pakai teropong, radio bergerak. mana mauunyee

moga kekal bahagia ke anak cucur
Quote jazaa100 29-3-2021 06:50 PM
cute je......

senang nk balik raya.....
Quote jazaa100 29-3-2021 06:50 PM
cute je......

senang nk balik raya.....
Quote Belibis 29-3-2021 07:12 PM
jazaa100: cute je......senang nk balik raya.....

Tak senang jugakk.pkp kannn..hahhh.
Quote insulin 29-3-2021 07:16 PM
Bestnya keje gomen. Sambil mengajar, sambil tu juga berniaga.
Quote insulin 29-3-2021 07:18 PM
kaoru44 replied at 29-3-2021 04:56 PM
Ok..dpn kiri kanan rmh iols semua ada ank2 kck je..
So xdpt la nk bjodohan ngn jiran..

Offer la diri tu untuk jadi madu jiran. Idea yang bernas, kan?
Quote Cieejiee 29-3-2021 07:55 PM
Alhamdulilah.. bila dah jodoh
Quote mrsbale 29-3-2021 08:40 PM
Muka dia mcm janna nick + nonny versi mak2
Quote gigahertz 29-3-2021 09:16 PM
jazaa100: cute je......senang nk balik raya.....

mak i dah buat dah. kahwin dengan rumah sebelah.
mak i tahun 1980. kahwin bawah pedang tau
Quote Vellfire 29-3-2021 10:18 PM
senang dorang bincang raya.. takyah gaduh2
Quote mamajawie 29-3-2021 10:32 PM
Mak pak aku pun jiran depan rumah cuma 40years ago takde socmed
Quote gideoncross 29-3-2021 11:43 PM
Bitter nya aku bca crita camni, yg aku suka pun dpn rumah gak tpi xde jodoh, bitch tol. Mudh2an kitorg brjodoh lgi blik nnti.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065783 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top