View: 4099|Reply: 36
|
Luqman Faiz Risau Diri Dah Tak Relevan
[Copy link]
|
|
Selepas tertangguh setahun, akhirnya, Luqman Faiz lega single ketiga berjudul Boneka Cinta, dilancarkan, minggu lalu.
Teruja lagu baharu dilancarkan pada bulan kelahiran, Luqman yang menyambut hari jadi ke-21 pada 3 Mac lalu, berdebar menanti reaksi peminat.
"Iyalah, sudah lama tidak lancarkan single. Rasa gementar dan takut pasti ada. Saya tidak tahu apakah diri ini masih relevan dan diterima lagi.
"Semuanya masih samar-samar. Namun, saya harap lagu baharu ini akan memikat hati peminat dan menaikkan semula nama," katanya kepada BH Online.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/29/143911wmfm6726b6f22vfi.jpg) Foto: IG
Luqman pada mulanya merancang melancarkan Boneka Cinta ciptaannya bersama Ibnu Rinkarnae, tahun lalu, sempena ulang tahun kelahiran ke-20.
Bagaimanapun, penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama menyebabkan projek itu ditangguhkan.
Luqman berkata, biar apa pun reaksi peminat terhadap dendangan baharunya itu, dia enggan putus semangat.
"Saya sedar soal cita rasa dan pendapat itu subjektif. Jika ada rezeki, saya harap lagu ini boleh pergi jauh.
"Jika sebaliknya, saya tawakal. Saya tidak akan putus semangat dan ini bukan lagi terakhir saya," katanya yang menghasilkan lirik Boneka Cinta bersama Zack Merican.
Luqman yang melonjak menerusi single sulung berentak balada berjudul Kepuraanmu, memilih genre sama untuk dendangan baharu itu.
"Sebelum ini, saya merancang melancarkan lagu Loco Loco berkonsepkan reggaeton.
"Namun, saya tidak jadi melakukannya. Jiwa ini lebih sebati dan sesuai dengan irama balada, jadi biarlah saya kukuhkan nama dalam irama ini," katanya.
Sementara itu, Luqman yang turut popular dengan lagu Takhta Cinta tidak menyesal menumpukan perhatian dalam pengajian diploma muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Dalam hidup ini, kita ada pilihan. Saya kena utamakan pelajaran. Saya menurut cakap emak yang mahu saya tamatkan pengajian.
"Jadi, saya ketepikan seketika dunia muzik," katanya yang berbaki satu semester lagi untuk menamatkan pengajian. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni relevan ke dik? ramai sangat pelakon, penyanyi, retis. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak relevan pun.
G sambung belajar sana![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau dekk.. hakak sentiasa menyokong mu dari belakang.. @Kurex & @dudaberhias gi main jauh-jauh yaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya dik? Bila masa ko relevan?
Sila bersara dan buka onlyfans. Terima kasih. Ok next. |
|
|
|
|
|
|
|
sape ni sial ![](static/image/smiley/default/curse.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 29-3-2021 02:46 PM
jangan risau dekk.. hakak sentiasa menyokong mu dari belakang.. @Kurex & @dudaberhias gi main jauh-j ...
Ye kita kena sokong dia dan bagi semangat untuk dia buka onlyfans, @Themilo uols boleh tolong pegang kamera untuk dia dan @Kurex boleh jadi supporting character untuk shooting onlyfans heols. |
|
|
|
|
|
|
|
akak baru dgr lagu baru ko ..sory dek...x sedak...baur2 lagu reject haqiem rusli jah..
fokus je la kt study tu deq |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu x byk....pastu dah jarang main dlm radio...mungkin akan dilupain |
|
|
|
|
|
|
|
helok jgk.. .. walaupon senduriah dah.. hakak support ko dik.. lagu kepuraanmu tu best jgk hakak lyn.. kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu lagu dia sedap jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols layan repeat2 dgr lagu tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
who are yusssss? Gym instructor akak lagi chumel.![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
eh nabila razali terkehel pun relevant kan? so why bother
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik juga followers die tak ramai sgt kan, ingtkan bbnu taste yang jenis cenggini
|
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 29-3-2021 02:46 PM
jangan risau dekk.. hakak sentiasa menyokong mu dari belakang.. @Kurex & @dudaberhias gi main jauh-j ...
Akak top, luqman botem kah? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau comel tp die tak layan ko, tak guna makcik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|