CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Bulan Rumah Tak Ada Ayam, Issey Layan Ragam Isteri Hamil

29-3-2021 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3871| Komen: 16

Description: Pelawak dan penyampai radio, Issey mendedahkan isterinya ketika ini berada dalam keadaan yang baik meskipun usia kandungannya kini telah mencecah lebih empat bulan.
Pelawak dan penyampai radio, Issey mendedahkan isterinya ketika ini berada dalam keadaan yang baik meskipun usia kandungannya kini telah mencecah lebih empat bulan.

Jelas Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, buat masa ini, isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan cuma dia dikatakan hilang selera untuk makan menu berasaskan ayam.

Katanya lagi, sebagai suami, dia akan melayan apa sahaja permintaan isterinya itu lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.


Foto: IG

“Alhamdulillah isteri saya sihat je ketika ini. Usia kandungannya dah masuk empat bulan lebih.

“Buat masa sekarang, isteri saya tiada mengidam apa-apa cuma sekarang ini dia tak nak makan ayam. Saya pun pelik. Nak dekat dua bulan tiada ayam dekat rumah.


“Saya sendiri tak tahu kenapa dia macam tu. Sekarang dia lebih suka makan ikan atau daging. Seafood pun boleh cuma ayam je dia tak lalu.

“Jadi, kalau saya nak makan ayam, saya akan makan di luar. Tapi saya tak kisah semua tu. Orang mengandung ni kita layan je apa kehendak mereka,” katanya kepada MH.



Penyampai radio Suria FM itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.

Dalam pada itu, Issey turut memaklumkan, sewaktu dia mengetahui isterinya sedang hamil, dia berasa sangat seronok meskipun sebelum ini dia mempunyai tiga orang anak tiri.


“Bila dapat tahu isteri saya mengandung, saya seronok sangat-sangat sebab sebelum ni Allah dah hantar amanah dekat saya untuk jaga tiga anak yatim. Walaupun anak tiri, saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri.

“Saya jaga elok semua. Bila dikurniakan rezeki seperti ini, bertambah-tambah seronok saya.

“Tiga beradik ni pun seronok menanti kelahiran adik baru yang akan datang ni,’ jelanya lagi.



Sementara itu, Issey turut menjelaskan dia tidak meletakkan harapan yang tinggi mengenai soal jantina anak kerana dia lebih selesa untuk menyerahkan segalanya di tangan Allah S.W.T.

“Kalau tanya saya, sebolehnya saya nak baby girl. Tapi saya tak kisah dan saya serahkan semuanya kepada Allah. Saya reda apa-apa sahaja.

“Lelaki atau perempuan tak penting, yang penting anak itu selamat dan sihat. Kalau tanya saya secara peribadi, saya nak baby girl.

“Sebab sekarang saya ada seorang anak perempuan, sekurang-kurangnya dia ada kawan. Dua abang dan dua adik,” ujarnya lagi.



Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup bersama arwah suami. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 29-3-2021 02:35 PM
seronok tengok muka anak-anak tiri Issey ni..nampak disayangi. Issey pun nampa genuine ikhlas sayang anak tiri heols.
Quote LadyCarefree 29-3-2021 02:39 PM
Laki bini xelok tp nampak anak2 macam herlok.
Quote MinyakAngin 29-3-2021 02:46 PM
Amende selfie rupa itu? Terkejut aku.
Quote imanjannah 29-3-2021 02:50 PM
nampak. ok issey lepas kahwin kali kedua ni,  moga istiqomah dan x buat benda pelik2
Quote orkidorkido 29-3-2021 02:50 PM
Congratulations both of u. Dia tak nampak kekok walaupun terus ada 3 anak. Mungkin sebab dah besar. Enjoy the life, selamat berbahagia.

Dulu ingat dia anak sabri yunus
Quote biozipstar 29-3-2021 08:51 PM
insha ALLAH semuanya baik2 saja
Quote imrb 29-3-2021 09:07 PM
ayam pun leh jadi thread
Quote doridori_hi 29-3-2021 09:12 PM
Walaupun tajuk thread tak brp glamer, boleh lah sesambil lalu.. hmmm
Quote de_ikea 30-3-2021 12:11 AM
Tahniah nk dpt baby baru.
Semoga bahagia sll
Quote grosouraus 30-3-2021 12:16 AM
Issey ni mcm Jepp sepahtu...popular byk duit tapi bkn jenis kaki perempuan....pilih isteri pun yg janda ada anak...tpi yg x popular kemain berlebih2 bini/gf nk yg hot je..bertukar2 plak tu...
Quote Hoola 30-3-2021 12:21 AM
Bagus dan tahniah happy family.
Moga suatu hari nnti crush makchik jg sudi mngambil mkcik yg dh lamo mnjndo ni sebg isteri dan jg sudi mnjdikan ank3 mkcik sebg ank3 nya jua.aamiin.
Quote jeligoreng 30-3-2021 03:40 PM
grosouraus replied at 30-3-2021 12:16 AM
Issey ni mcm Jepp sepahtu...popular byk duit tapi bkn jenis kaki perempuan....pilih isteri pun yg ja ...

Hari tu ada satu program kat tv mana entah. Dia dengan Syuk jadi tetamu, bincang tajuk curang. Dia ada je macam mengaku yang dia pernah buat hal dulu
Quote enot_sibudak 30-3-2021 03:43 PM
prizadane replied at 29-3-2021 02:35 PM
seronok tengok muka anak-anak tiri Issey ni..nampak disayangi. Issey pun nampa genuine ikhlas sayang ...

wpn ramai xsuka dia.. iols ada soft spot kt dia.. iols rasa dia bapak tiri yg baik.. syg ank2 tiri.. sbb tgk dlm u tube anak2 dia manja jer ngan dia..
Quote jijilaaa 30-3-2021 03:58 PM
ni ank 1st dia kan...masa dgn ex bini dulu takde anak rasanya
Quote chekacheku 30-3-2021 07:01 PM
Semoga yg baik2 utk isey dan aimi
Quote mimi_ayu 30-3-2021 09:25 PM
jijilaaa replied at 30-3-2021 03:58 PM
ni ank 1st dia kan...masa dgn ex bini dulu takde anak rasanya

Mmg ank first diaYg first dulu kejap je kawennya dlm setahun mcm tu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.275234 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top