CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hanya Kerana Buah Pisang Anak Ini Masuk Wad!!

25-3-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2842| Komen: 10

Description: Pada masa itu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke Johor. Dalam perjalanan ke sana, Haziq berasa kurang selesa. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.


Pada masa itu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke Johor. Dalam perjalanan ke sana, Haziq berasa kurang selesa. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.

ketika kami sampai di hotel nak check in, Haziq menangis tidak berhenti. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)

Haziq mula menangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit bahagian perut. Tekan perut dah keras, pundi da keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka:cry:

Doctor periksa, doctor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Kami blur. Doctor menjelaskan, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah je tahu apa perasaan kami).


ketika cuaca Hujan sangat lebat, kami terpaksa cari hospital berhampiran. Terus berlari bawak Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi da nak nangis masa ni :cry:)

Datang doctor pakar, minta Haziq buat xray. Saluran air kencing da penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.

ketika Doctor mengambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doctor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, tu je cara yang ada.

Doktor dah cuba,dua kali tak juga boleh. Haziq da pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk je Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.

Doctor menjelaskan, kena buat pembedahan jugak! OT room doctor dah booked. Tunggu doctor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!!!

Sementara menunggu doktor datang, Haziq kena naik ke ward sementara. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecik.

Setelah Doctor pakar tiba. melihat result darah dan xray Haziq. Doctor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.

Ada tiub yang besar, doctor menerangkan risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doctor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.

Syukur, akhirnya doctor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doctor masukkan ubat untuk melembutkan najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.

Bila berbual-bual dengan doctor, doctor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doctor jelaskan gambar xray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.

Sesuatu yang membuatkan kami terkejut, doctor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.

Kegemaran Haziq adalah memakan pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama je. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.

Pisang boleh menyebabkan najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.

Sejak dari kejadian itu, kami mengawal jumlah biji pisang yang Haziq makan, cukup sebiji je. Lepastu, memang kami akan bagi dia air kosong
banyak-banyak.

Kisah ini tidak kami lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.

memang benar kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°!! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?

peringatan kepada kita semua, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.
 
jadikan ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu. :heart:


Sumber : Cikguking.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-3-2021 08:51 AM
Selayaknya dah ko bodoh. Cara penulisan pun annoying. Sorry ai hati hitam. Ai tot common fact, pisang penyebab tahi keras @ sembelit? Sebab tu jika ko ka anak ko cirit birit, pi kasik makan pisang.
Quote matchstick 25-3-2021 10:45 AM
Aku pun annoyed dgn penulisan mcm gini..org nk tahu isi penting je, facts..ni duk selit perasaan ko dlm setiap perenggan..Ya allah, berita apa lagi ni..Ya allah, ummi rasa nak pitam..Maafkan ummi sayang bla bla bla
Quote hasniey 25-3-2021 10:51 AM
dua_chzy replied at 25-3-2021 08:51 AM
Selayaknya dah ko bodoh. Cara penulisan pun annoying. Sorry ai hati hitam. Ai tot common fact, pisan ...

Owhhh yeke?ai silap laa
Selama ni ai igt kalau xboleh berak bg pisang ke bg betik ke...sbb buah2 kan serat,senang berak...nasib la ai xde anak.kang jd mcm mak kt atas ni
Quote depresio 25-3-2021 10:52 AM
Eh meluat pulak aku baca..
Quote dua_chzy 25-3-2021 11:12 AM
hasniey replied at 25-3-2021 10:51 AM
Owhhh yeke?ai silap laa
Selama ni ai igt kalau xboleh berak bg pisang ke bg betik ke...sbb buah2  ...

If budak sembelit, nak bagi berak, kasik betik.

If budak cirit birit, nak bagi tahi keras, kasik pisang.

Mak ai ajar. Dia kata sepital yang ajar.
Quote user.name 25-3-2021 11:56 AM
gaya penulisan yang super hauk persis production ajl35 yang sendu teramat? orang nak tahu point penting jah tapi ko dok menyelit menceceh sampai drag masa macam beruk 3 ekor yang jadi hos tu?
Quote hasniey 25-3-2021 12:00 PM
user.name replied at 25-3-2021 11:56 AM
gaya penulisan yang super hauk persis production ajl35 yang sendu teramat? orang nak tahu point pent ...

Spot on sgt carutans hang
Quote hasniey 25-3-2021 12:01 PM
dua_chzy replied at 25-3-2021 11:12 AM
If budak sembelit, nak bagi berak, kasik betik.

If budak cirit birit, nak bagi tahi keras, kasi ...

Owhh i see...kalau dh spital ajor betul la tu..thanks
Quote dua_chzy 25-3-2021 12:52 PM
hasniey replied at 25-3-2021 12:01 PM
Owhh i see...kalau dh spital ajor betul la tu..thanks

Welkam chuols. Ai pun dulu ingatkan asal buah-buahan, suma helok bagi kat budak kecik. Rupanya tak. Kalau buah2an yang banyak air lak, if makan banyak sangat, buat sakit tekak pehtu sebabkan tonsil. Macam tembikai, rambutan. Ni pun orang tua2 punya ajaran gak ni.
Quote Artemesiaa 25-3-2021 12:58 PM
Kan orang tua2 selalu pesan apa2 yang berlebihan pasti akan memudaratkan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064874 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top