CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Diabaikan Ibu- Tinggal Dengan 19 Ekor Kucing, Hanya Mampu Merangkak, Tak Pandai Cakap

25-3-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4430| Komen: 13

Description: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah unit kediaman jenis apartment di Taldom, Rusia.
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah unit kediaman jenis apartment di Taldom, Rusia.

Kanak-kanak yang dipercayai dalam lingkungan usia lima tahun itu ditemui bersama 19 ekor kucing, dan hanya mampu merangkak dalam rumahnya yang kotor.


Kanak-kanak malang itu yang tidak boleh bertutur, dipercayai diabaikan oleh ibunya.

Ibunya yang berusia 34 tahun kini ditahan atas tuduhan pengabaian anak.


Foto: Dailystar

Menerusi video polis, wanita tersebut memberitahu dia meninggalkan anaknya di bawah jagaan seorang lelaki bernama Alexander, sebelum keluar rumah beberapa hari sebelumnya.


Jurucakap polis Tatiana Petrova berkata: "Pegawai polis dari unit rondaan mengesan seorang lelaki yang mencurigakan.

"Apabila terserempak dengan polis, dia cuba menyembunykan diri dan memasuki sebuah rumah yang terletak di Jalan Saltykov-Shchedrin.

"Polis yang mengekorinya kemudian menemui tiga individu termasuk kanak-kanak malang berkenaan," katanya.

Kanak-kanak tersebut kemudian dihantar ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia kini melancarkan siasatan awal berkenaan kes tersebut. -CARI

Sumber: mStar Dailystar

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-3-2021 09:02 AM
mendonia rusia dgn kes penganiayaan kanak2 sejak kebelakangan ni
Quote husna_amal 25-3-2021 09:27 AM
Malangnya dapat ibu pengotor macam tu.
Quote chinta89 25-3-2021 09:29 AM
Kurex replied at 25-3-2021 09:02 AM
mendonia rusia dgn kes penganiayaan kanak2 sejak kebelakangan ni

kalau tak asik kisah gold digger je
Quote cik_sssara 25-3-2021 11:00 AM
Teringat balik kes adik OKU kat Nilai tu. 'Selamat' dah arwah kat sana.

Tapi budak Rusia ni lagi teruk, rumah dah macam pusat pengumpulan sampah setaraf bilik sewa kotor yang tular haritu. Agaknya 19 ekor kucing tu pun tak tinggal kat dalam tu, semua mungkin lepak datang main je. Sebab budak ni makan makanan kucing tu Tak sanggup nak bayang lebih-lebih, memang zalim maknya.

Quote awanysss 25-3-2021 11:22 AM
teringat tgk video budak yg dr kecik tinggal dgn anjing..
dia jalan pun mcm anjing, merangkak gitu..
kalau main bola ke apa pun mcm anjing..
Quote Artemesiaa 25-3-2021 12:02 PM
Jenis mak yang tak rela ada anak macam itulah jadinya
Quote zehra2 25-3-2021 12:05 PM
ada org ndak sgt anak.
ada org, mmg  tk sayang anak
Quote Punat_button 25-3-2021 12:09 PM
cerita cedok wartawan cari ni baca boleh lah... nak percaya tu aku simpan dulu

orang Rusia bukan ada pun masuk sini nak kata sahih ka tipu

Quote hashashes 26-3-2021 07:54 AM
Dah macam jungle book
Quote Supersirap 26-3-2021 12:32 PM
Apa nak jadi dengan mereka ni, semoga mendapat hukuman yang setimpal, ingatlah anak itu amanah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya
Quote amon_79 27-3-2021 03:34 PM
Edited by amon_79 at 27-3-2021 03:37 PM

Bln lps ada tgk dlm discovery kisah chicken boy dr fiji...bdk ni sejak dr baby mak pak letak ddk dlm reban ayam bwh rumah smpi umur 8-10 thn..so perangai dn kelakuan ikut ayam mengepak dn mematuk matuk jer ...
Bila mak pak pass away org kg jumpa merayau tgh jln dok perangai mcm ayam gak x bole ckp dn berperangai mcm org...anta ddk umah kebajikan berbelas tahun xpa ada seorg yg faham akan masalah bdk ni kenapa jd mcm tu..org dn doc kat umah kebajikan hanya anggap dia giler dn mmg kena ikat kat tiang sbb diaggap ganas..padahal dia xtau pon camna nk jd manusia dh sbb dh dididik jd ayam...

At the end nasib baik ada sorg pompuan australia ni kaya dn pengerusi NGO juga seorg doc psikiatri  melawat rumah kebajikan tu ambil budak ni jd anak angkat dn study kenapa jd camtu...skrg chicken boy tu dh jd lelaki dewasa umur lewat 40an hidup bhgian dn terurus di jaga dek pompuan kaya tu..tp tu la kesian actually chicken boy tu ada autism or celeberal palsy rasanya..antara sbb parents dia letak ddk dlm reban konon anak masa kecik asyik kena rasuk setan so letak dlm reban agar setan kuar dlm badan..padahal sbb ada penyakit sawan dn selalu kena attck sawan..parents org kg so lebih percaya tahyul dn family pon bermasalah
Quote supernaturalee 27-3-2021 04:40 PM
Ada je kn parents yg kurung ank mcm ni
From time to time tunggu kantoi je utk didedahkan



Quote ninja9 27-3-2021 07:26 PM
amon_79 replied at 27-3-2021 03:34 PM
Bln lps ada tgk dlm discovery kisah chicken boy dr fiji...bdk ni sejak dr baby mak pak letak ddk dlm ...

sedihnya kisah hidup budak tu..
[youtube]ftWqYDu4qws[/youtube]

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046161 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top