CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada sesiapa akan dilindungi jika langgar SOP

22-3-2021 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1890| Komen: 10

Description: Kuala Nerus: Tiada sesiapa termasuk golongan kenamaan (VIP), berkedudukan atau berpengaruh mahupun berkuasa, yang terkecuali daripada dikenakan tindakan sekiranya melanggar prosedur operasi standard ( ...



Kuala Nerus: Tiada sesiapa termasuk golongan kenamaan (VIP), berkedudukan atau berpengaruh mahupun berkuasa, yang terkecuali daripada dikenakan tindakan sekiranya melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan itu juga termasuk menteri tidak akan dilindungi sekiranya didapati bersalah melanggar SOP.

"Sebenarnya dari segi tindakan, polis selama ini pun pernah mengambil tindakan kepada golongan kenamaan termasuk timbalan menteri.

"Tindakan kepada semua dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di negara kita, (mereka) tidak akan dilindungi.

"Tetapi untuk ambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang adalah polis, kita (kerajaan) hanya perkenalkan undang-undang," katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja ke Batalion Kelapan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Kem Seri Pantai (Seberang Takir) di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas gesaan meminta kerajaan menguatkuasakan tindakan tegas dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang, dalam memastikan pematuhan kepada SOP.

Gesaan berkait dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan melanggar SOP kerana tidak melakukan imbasan suhu mahupun mendaftar MySejahtera

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 21,791 tentera sudah divaksin setakat hari ini, dengan jumlah itu termasuk pegawai dan anggota yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dan Op Benteng.

Turut termasuk mereka yang akan bertugas di luar negara.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 22-3-2021 04:49 PM
10k tu mahal la sngt la

10k rupiah ok lg
Quote Mina2215 22-3-2021 06:16 PM
Tiada siapa akan dilindungi jika langgar SOP.

Sembangggggggggg
Quote Trumpettt 22-3-2021 06:18 PM
Bukti kann....
Quote white_musk 22-3-2021 06:21 PM
Panguatkuasaan lemah
Quote nikaido 22-3-2021 06:35 PM
Haha Mail dah setahun kencing pasal double standard ni ingat nak percaya lagi ke
Quote airmineral 22-3-2021 07:09 PM
mual la dgn politician ni{:freak
Quote xy_daen 22-3-2021 10:06 PM
Sembang....
Quote bloodyamuk 22-3-2021 10:36 PM
semmmbbbbbaaaaannnnngggggg
Quote Skyline_84 22-3-2021 10:52 PM
Setakat sembangggg je tak payah la pak mail
Quote pyropura 23-3-2021 02:11 AM
Vutoh lah. Tu je nak.cakap..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.180799 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top