|
Kuala Nerus: Tiada sesiapa termasuk golongan kenamaan (VIP), berkedudukan atau berpengaruh mahupun berkuasa, yang terkecuali daripada dikenakan tindakan sekiranya melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan Covid-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan itu juga termasuk menteri tidak akan dilindungi sekiranya didapati bersalah melanggar SOP.
"Sebenarnya dari segi tindakan, polis selama ini pun pernah mengambil tindakan kepada golongan kenamaan termasuk timbalan menteri.
"Tindakan kepada semua dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di negara kita, (mereka) tidak akan dilindungi.
"Tetapi untuk ambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang adalah polis, kita (kerajaan) hanya perkenalkan undang-undang," katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja ke Batalion Kelapan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Kem Seri Pantai (Seberang Takir) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan meminta kerajaan menguatkuasakan tindakan tegas dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang, dalam memastikan pematuhan kepada SOP.
Gesaan berkait dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan melanggar SOP kerana tidak melakukan imbasan suhu mahupun mendaftar MySejahtera
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 21,791 tentera sudah divaksin setakat hari ini, dengan jumlah itu termasuk pegawai dan anggota yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dan Op Benteng.
Turut termasuk mereka yang akan bertugas di luar negara.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|