CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kediaman Pengantin Dihanyutkan Banjir Pada Hari Bahagia

22-3-2021 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1770| Komen: 1

Description: Malang menimpa sepasang pengantin apabila diuji dengan bencana alam pada hari mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan.
Malang menimpa sepasang pengantin apabila diuji dengan bencana alam pada hari mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan.

Dalam kejadian di Mondrook, New South Wales, Australian, kediaman pasangan itu musnah dihanyutkan air banjir pada 20 Mac, lapor Daily Star.



Kredit foto: GoFundMe/ABC

Lebih malang, haiwan peliharaan mereka turut ditemui mati.

Kisah mengenai pasangan dikenali sebagai Joshua dan Sarah itu diceritakan sendiri oleh adik pengantin lelaki, Lyle Edge.

Kini, satu tabung dalam talian dilancarkan untuk mengutip derma buat mereka.

"Kami sedang mengumpul wang untuk mereka memulakan hidup semula. Sekecil-kecil bantuan pun kami hargai.

"Mereka sepatutnya meraikan hari bahagia tapi terpaksa berduka selepas kehilangan rumah dan haiwan peliharaan," ujarnya.

Menurut laporan, paras air sungai di kawasan itu meningkat luar biasa, paling teruk sejak 40 tahun lalu.


Biro Meteorologi turut memberi amaran dan mengeluarkan arahan pindah kepada penduduk setempat. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 22-3-2021 01:49 PM
bala zarah graviton

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.121599 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top