CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Dukacita, Titah Teruskan Rayuan Isu Penggunaan Kalimah Allah

18-3-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2162| Komen: 5

Description: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa kalimah Allah adalah kalimah yang dikhususkan secara eksklusif kepada masyarakat Islam.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa kalimah Allah adalah kalimah yang dikhususkan secara eksklusif kepada masyarakat Islam.

Sehubungan itu, baginda bertitah bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan perundangan.



Kredit foto: IG Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan bertitah, kalimah Allah adalah nama yang khusus kepada tuhan yang disembah oleh umat Islam.

“Nama Allah ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal daripada mana-mana akar kata, tetapi kata nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam.

“Firman Allah dalam surah Taha ayat 14 yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku,” titah Sultan Ibrahim di sini, hari ini.


Baginda turut menzahirkan perasaan dukacita apabila timbul kembali isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan pada tuhan yang lain daripada maksud yang sebenar.

“Saya merasa amat dukacita kerana perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian rakyat Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri.

“Adalah perlu sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama ini diambil kira dalam apa jua keputusan atau penghakiman kerana isu sensitif ini sangat dekat di hati saya selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor,” titah baginda.

Fatwa Negeri Johor yang telah diwartakan pada 4 Jun 2009 secara jelas menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.

Fatwa ini bermaksud penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang tidak bertepatan dengan maksud yang sebenarnya sebagaimana ajaran agama Islam adalah sama sekali tidak boleh dan tidak dibenarkan.

Baginda turut menambah, di Johor terdapat Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh perundangan.



“Selaku Ketua Agama Islam di negeri Johor, saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini.

“Malah, saya akan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini,” titah baginda. 


Sumber: UTUSAN ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 18-3-2021 12:55 PM
hidup johor!!!!!!

ayuh johor

aley aley

yaley yaley yaley yaley

hati senang tiada menentu

bagaikn kumbang menghisap madu
Quote kakakgarang 18-3-2021 02:43 PM
tnya sikit.. bukan ke dlm Taurat & Injil ada perkataan Allah.. tapi cuma ditukar.. yg origina ada.. sbb ada certain al-kitab yang telah diubah tapi still ada unsul-unsul lepas pandang perkataan itu.

Taurat tukar pada YWYH
Injil tukar pada Jesus

tapi bebeza dgn injil ortodok.. entah la..

BTW ni mungkin pergerakkan yng diaorg nk bawa utk satukan kesemua agama kepada 1 agama.

dunia akhir zaman.. dekat luar negara da kecoh utk perang.. kita kat malaysia masih tidur dibuai mimpi
Quote Decaffeinated 18-3-2021 03:19 PM
He maybe King tapi kefahaman dia tentang tauhid, sejarah dan bahasa pun tidak lebih tinggi dari rakyat marhaen.

Apa pun in this case it's the law that rules.

Law is supreme kan?... unless ada yang tidak yakin dengan kedaulatan undang2
Quote dudaberhias 18-3-2021 03:22 PM
Prefer penggunaan Elohim, El, YHWH atau Adonai untuk kitab orang nasrani. Sebab nama Allah dalam bahasa ni sendiri sangat indah dan cantik! Kenapa perlu ambil unsur galur arab ittew. Bukan salah bagi iols cumanya sayang la nama Allah dalam bahasa semitik lain pun ada dan lebih dekat dengan kaum nasrani.
Quote bungasakura89 19-3-2021 08:18 AM
semalam nampak mcm ada surat pernyataan rasmi tapi tak baca sgt

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052209 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top