CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Bersubahat Bersengkokol Nak Jatuhkan Isteri Aman Ra

18-3-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8418| Komen: 36

Description: Belum menemui titik noktah, kontroversi membabitkan rumah tangga antara penyanyi rap Aman Ra dan isterinya, Natiqah Rahmat nampaknya semakin berlarutan apabila wanita itu ada memuat naik luahan panjan ...
Belum menemui titik noktah, kontroversi membabitkan rumah tangga antara penyanyi rap Aman Ra dan isterinya, Natiqah Rahmat nampaknya semakin berlarutan apabila wanita itu ada memuat naik luahan panjang dipercayai status terkini mengenai kes yang melanda mereka berdua.



Kredit foto: IG Natiqah

Menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story milik Natiqah, dia menyatakan bahawa sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang mungkin berlaku susulan daripada konflik yang berlaku antara dia dan suaminya itu.

Tambah Natiqah lagi, dia sama sekali tidak berasa takut kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar dan akan sentiasa melindungi anak-anaknya.

Ujarnya lagi, ramai yang sebenarnya telah bersubahat dan bersengkokol dalam diam untuk menjatuhkan dirinya.



Merasakan tindakan segelintir individu yang berniat jahat terhadapnya itu sebagai sesuatu yang kejam, Natiqah berharap bahawa perkara-perkara tersebut akan dapat dirasai kembali oleh mereka itu kelak.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi lagu Bangun ini juga menganggap dugaan yang diterimanya itu sebagai peringatan daripada Allah S.W.T untuk dia kembali menjadi insan yang lebih baik.

Di hantaran berbeza, Natiqah ada juga bertanyakan kepada pengikut media sosialnya mengenai isu poligami dan rata-rata tidak bersetuju jika seorang suami itu tidak pandai membahagikan tanggungjawab dengan adil.



Terdahulu, Natiqah tampil membuat pendedahan di media sosial mengenai rumah tangganya bersama Aman Ra diuji lagi apabila suaminya itu didakwa bermain kayu tiga tanpa pengetahuannya.

Malah, dia turut mendakwa Aman Ra telah melafazkan cerai sebanyak empat kali terhadapnya sebelum ini.


Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alisani140900 18-3-2021 02:03 PM
Hermmm. Bosan lakkkk... Aritu mcm kesian... Taaapiiii
Quote Boboyottt 18-3-2021 02:24 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote tikusmakmal10 18-3-2021 02:27 PM
amanra whoareyousssss
Quote dudaberhias 18-3-2021 02:29 PM
who are yusss??
iols tak cukup muda ke untuk kenali sheols atau tak cukup tua?

bye nak titis2 ANR kat muka... harap2 esok jadi baby balik...
yang dah kertu dah boleh start beli anti aging ke apa2 yach untuk sentiasa tampak muda...
Quote laksmanabentan 18-3-2021 02:36 PM
wowww.... da mcm nak rebut jawatan la pulak...
sebaris dengan Anwar Ibrahim ker camna dia nih..
sebab ramai yg bersengkongkol nak jatuhkan dia nih...
Quote kakakgarang 18-3-2021 02:36 PM
ni lagi sorang Budus.. da diceraikan bnyk kali pun still nak dekat batang berjutai mcm sampah ni..

aduhai..

pergi la kau sama2 dgn rakan sepejuagan tu.. Bella alip ajis n sera syuk
Quote mrsbale 18-3-2021 02:46 PM
Bukan baca ritu dah cerai 4x ke?
If xsilap.
Canne still ‘wife’ plak
Tny je ni. Sbb xpolo
Quote innocentsangat 18-3-2021 02:53 PM
mrsbale replied at 18-3-2021 02:46 PM
Bukan baca ritu dah cerai 4x ke?
If xsilap.
Canne still ‘wife’ plak

Haa baru nk komen benda yg sama. Du pergi mahkamah lom?
Quote rajamoney 18-3-2021 03:19 PM
lu sapa?

lu ksu kementerian mana nk rasa diri dijatuhkn?
Quote rikuren 18-3-2021 03:22 PM
4 kali lafaz cerai...patutnya wife dia pi la lapor pejabat agama..
Quote Nenasketum 18-3-2021 03:25 PM
Kalau nak jatuh kena duduk di atas macam IGP ke, Ah jib Gor ke. Kena paham fundamentals yer cik kak.
Quote prettyuglybabe 18-3-2021 03:26 PM
another asal berlaki kah..
kaya terkenal benar ke sampai ramai nak dengki..
Quote missHaidiD 18-3-2021 03:47 PM
Koser la ko. Sama geng dgn bella.  Atau lg teruk dr bella.  Laki buat ko cm sampah busuk cerai smpai 4x masih nk jd hamba pd laki busuk ko tu.  Tgu je la ko keluar metro muka depan
Quote jalfa 18-3-2021 03:50 PM
Kartel mana nak jatuhkan sistur? Siapa sis untuk dijatuhkan?.  Ehhhh ayat sapa tu...tibe3
Quote MadameOnion 18-3-2021 04:01 PM
Whoareyusss utk kitaorg jatuhkan??? Haaa ala2 kakafaz gituuhhh
Quote Atiesha 18-3-2021 04:11 PM
Ada plak benang bru...bru ja komen. Kat 1 benang lagi....meroyan apo makcik....
Quote ayukpingu 18-3-2021 04:14 PM
ermmm susah ni
Quote lavendernovella 18-3-2021 04:19 PM
Tgk nama aman ra ni mesti tingat kat citer the mummy, amon ra ..  
Quote kucingitam 18-3-2021 04:24 PM
sapa je nak jatuhkan kau..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.180143 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top