CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminat Terkejut Biker Cun Rupanya Pakcik 50 Tahun Guna FaceApp

18-3-2021 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4874| Komen: 35

Description: Peminat seorang penunggang motosikal wanita muda terjejut apabila mendapati individu tersebut sebenarnya lelaki berusia 50 tahun.
Peminat seorang penunggang motosikal wanita muda terjejut apabila mendapati individu tersebut sebenarnya lelaki berusia 50 tahun.

'Biker' warga Jepun itu, @azusagakuyuki meraih ramai pengikut di media sosial selepas menyiarkan foto-foto 'dirinya' bergaya bersama motosikal atau menunggang di jalan.



Kredit foto: Twitter

Selain menceritakan tentang minatnya menghabiskan banyak masa dengan motosikal, dia turut memuat naik beberapa gambar dirinya yang terbaring di atas katil.

Dengan rambut panjang berwarna merah, solekan mata dan mempunyai ciri-ciri feminin, ramai yang menganggapnya sebagai wanita muda.

Bagaimanapun, satu program TV Jepun telah membongkarkan perkara sebenar, lapor Daily Star.

Seorang kru TV menjejaki penunggang motosikal itu dan merakamkannya ketika menanggalkan topi keledar.

Ia kemudian mendedahkan wanita itu sebenarnya merupakan seorang lelaki berusia pertengahan, dengan rambut yang ikal mayang.


Dia mengaku 'memancing' peminatnya, dengan menggunakan aplikasi seperti FaceApp dan Photoshop bagi mengubah wajahnya untuk kelihatan feminin, dan tidak mahu dilihat sebagai 'pakcik'.


Kredit foto: azusagakuyuki/Twitter

Aplikasi tersebut membolehkan wajah seseorang diubah untuk kelihatan berlainan jantina, yang boleh mengaburi mata orang lain.

Menurut lelaki itu, dia seronok dengan proses 'mencantikkan diri' yang membantu menambah jumlah pengikutnya di Instagram. 


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • rikuren

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 18-3-2021 03:19 PM
Tengah menelek dan mencari di mana cunnya tu, tapi elok sikit la dari siti sarah.
Quote sarah82 18-3-2021 03:23 PM
Mujur tak tersedak nasi daging merah hat kononnya sedap kat alor setar tapi biasa saja sebenarnya.
Quote Decaffeinated 18-3-2021 03:23 PM
Masalah bila wartawan hanya masuk forum untuk buka thread. Sebab tak ikut berforum tak kan tau thread dah ada and hence will continue to annoy.

Harap ada penambahbaikan dalam tataurus forum cari in the near future.

Quote kakakgarang 18-3-2021 03:27 PM
dudaberhias replied at 18-3-2021 03:19 PM
Tengah menelek dan mencari di mana cunnya tu, tapi elok sikit la dari siti sarah.

HAHAHA kenapa compare dgn sarah.. hahahahahaahahahhaahahahaah terrsedak
Quote copy_paste 18-3-2021 03:46 PM
dudaberhias replied at 18-3-2021 03:19 PM
Tengah menelek dan mencari di mana cunnya tu, tapi elok sikit la dari siti sarah.

siti sarah sekurangnye ori hahahaha
Quote alieyrina 18-3-2021 04:18 PM
Aku guna face app. Terus jadi jelita weyhh
Quote Artemesiaa 18-3-2021 04:20 PM
Matlamat nak curi perhatian dah berjaya nampaknya
Quote scorpionkiki 18-3-2021 04:50 PM
sarah82 replied at 18-3-2021 03:23 PM
Mujur tak tersedak nasi daging merah hat kononnya sedap kat alor setar tapi biasa saja sebenarnya. ; ...

Restoran mana Sarah? I nak try....yg i tau nasik kat jln ke bkt pinang mmg sedap
Quote rikuren 18-3-2021 05:02 PM
sarah82 replied at 18-3-2021 03:23 PM
Mujur tak tersedak nasi daging merah hat kononnya sedap kat alor setar tapi biasa saja sebenarnya. ; ...

                          
Quote mieymiey 18-3-2021 05:02 PM
HAHAHAHAHA. Jauh panggang dari api.
Quote Manjahati 18-3-2021 05:05 PM
Lainnya muka acik ni
Quote bisamyhead 18-3-2021 05:05 PM
hahahaha yang ni lawak.. frust tol lah. hahahahahaha
Quote Noraniza_Iblis 18-3-2021 05:13 PM
kalau tk bukak ni..
iols ingt yg viral awek naik moto pakai kebaya tu..
pakai face app..
hahaha
Quote imanjannah 18-3-2021 05:19 PM
adoiii pokcik.. tipah tertipu pemenat pokcik
Quote imanjannah 18-3-2021 05:20 PM
Noraniza_Iblis replied at 18-3-2021 05:13 PM
kalau tk bukak ni..
iols ingt yg viral awek naik moto pakai kebaya tu..
pakai face app..

hihi.. mula2 ingt yg pmpuan ganu tu jugak.. hihi.. nasib baca ye
Quote rajamoney 18-3-2021 05:22 PM
gay pondan femboy pedo ni

jaga2 org cenggini

habis di groomnya knk2 kt alam maya

bahaya

ish ish ish
Quote Plain-tif 18-3-2021 05:24 PM
Hahahaha tipah tertipu
Quote sarah82 18-3-2021 06:07 PM
scorpionkiki replied at 18-3-2021 04:50 PM
Restoran mana Sarah? I nak try....yg i tau nasik kat jln ke bkt pinang mmg sedap

Hat yg jalan D @ Jalan Sultanah tu.. Rasa biasa2 saja..taste bud org alor setar ada mslh kot.. Hahabaha

Hari tu cuba nasi kotak yg dikatakan pemes sangat kat foodpanda.. Pun rasa biasa2 saja.
Quote sarah82 18-3-2021 06:08 PM
rikuren replied at 18-3-2021 05:02 PM

Gigih kan nak bagitau makan apa.. Muahahahahaahha.. Nampak tak riaj iols disitu.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.195391 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top