CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1265|Reply: 5

[Tempatan] Kerajaan Persekutuan perlu teruskan rayuan isu penggunaan kalimah Allah, titah S

[Copy link]
Post time 18-3-2021 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Persekutuan perlu teruskan rayuan isu penggunaan kalimah Allah

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... naan-kalimah-allah/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
18 Mac 2021, 12:27 pm


Sultan Ibrahim menyeru supaya kerajaan Persekutuan membuat rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam. - Foto IHSAN ROYAL PRESS JOHOR

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menyeru supaya kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.

Sultan Johor turut bertitah akan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan terbabit.

“Nama ‘Allah’ ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal daripada mana-mana akar kata, tetapi kata nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam.

“Firman Allah dalam surah Taha ayat 14 yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku,” titahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baginda turut menzahirkan perasaan dukacita apabila timbul kembali isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan pada tuhan yang lain daripada maksud yang sebenar.

“Saya merasa amat dukacita kerana perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian rakyat Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri.

“Adalah perlu sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama ini diambil kira dalam apa jua keputusan atau penghakiman kerana isu sensitif ini sangat dekat di hati saya selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor,”titah baginda.

Fatwa Negeri Johor yang telah diwartakan pada 4 Jun 2009 secara jelas menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.

Fatwa ini bermaksud penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang tidak bertepatan dengan maksud yang sebenarnya sebagaimana ajaran agama Islam adalah sama sekali tidak boleh dan tidak dibenarkan.

Baginda turut menambah, di Johor terdapat Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh perundangan.-K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 12:55 PM | Show all posts
hidup johor!!!!!!

ayuh johor

aley aley

yaley yaley yaley yaley

hati senang tiada menentu

bagaikn kumbang menghisap madu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 02:43 PM | Show all posts
tnya sikit.. bukan ke dlm Taurat & Injil ada perkataan Allah.. tapi cuma ditukar.. yg origina ada.. sbb ada certain al-kitab yang telah diubah tapi still ada unsul-unsul lepas pandang perkataan itu.

Taurat tukar pada YWYH
Injil tukar pada Jesus

tapi bebeza dgn injil ortodok.. entah la..

BTW ni mungkin pergerakkan yng diaorg nk bawa utk satukan kesemua agama kepada 1 agama.

dunia akhir zaman.. dekat luar negara da kecoh utk perang.. kita kat malaysia masih tidur dibuai mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
He maybe King tapi kefahaman dia tentang tauhid, sejarah dan bahasa pun tidak lebih tinggi dari rakyat marhaen.

Apa pun in this case it's the law that rules.

Law is supreme kan?... unless ada yang tidak yakin dengan kedaulatan undang2
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Prefer penggunaan Elohim, El, YHWH atau Adonai untuk kitab orang nasrani. Sebab nama Allah dalam bahasa ni sendiri sangat indah dan cantik! Kenapa perlu ambil unsur galur arab ittew. Bukan salah bagi iols cumanya sayang la nama Allah dalam bahasa semitik lain pun ada dan lebih dekat dengan kaum nasrani.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 08:18 AM | Show all posts
semalam nampak mcm ada surat pernyataan rasmi tapi tak baca sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.094964 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list