CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tergamak Bayar Pembunuhan Upahan 'Singkir' Ibu Mentua, Anak Tiri

15-3-2021 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1914| Komen: 3

Description: Wanita mengaku bersalah mengupah pembunuh upahan untuk membunuh ibu mentua dan anak tirinya.
Wanita mengaku bersalah mengupah pembunuh upahan untuk membunuh ibu mentua dan anak tirinya.

Difahamkan, dia berbuat demikian demi berbaik semula dengan bekas suaminya.

Lapor New York Post seperti dipetik Harian Metro, Elsy Rodriguez-Garcia, 25, didakwa melakukan konspirasi peringkat kedua merancang pembunuhan itu.



Kredit foto: Harian Metro/Agensi

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara dua hingga enam tahun.

Malah, pendakwa raya mendakwa anak perempuan bekas suaminya yang berusia lima tahun dari perkahwinan lain turut menjadi sasarannya.

Semua perbuatannya ini didorong rasa cemburu kerana bekas suaminya menghabiskan masa dengan ibu dan anak perempuannya itu.

Difahamkan, dia mahu 'menyingkir' mereka semata-mata untuk kembali ke pangkuan bekas suami.

Menurut laporan, Elsy berkonspirasi dengan rakannya menerusi WhatsApp pada Julai 2019. Dia meminta rakannya itu mengupah pembunuh untuk membunuh ibu dan anak perempuan bekas suaminya ketika mereka melawat Ecuador dan membuatnya kelihatan seperti satu rompakan.


Bagaimanapun, rancangannya gagal apabila dhihidu bekas suaminya yang kemudian memaklumkan kepada Jabatan Polis Daerah Suffolk.

Berikutan itu, rakan konspirasinya ditahan polis dan diarahkan berpura-pura seolah-olah pembunuhan itu berjaya seperti dirancang.

Elsy bersetuju memasukkan AS$6,000, (RM24,707) selepas menerima gambar palsu pembunuhan itu sebelum dia ditangkap pada keesokannya.

Mahkamah menetapkan tarikh pada 15 April. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chauky314 15-3-2021 10:50 AM
macam ni pun ada ka.....
Quote rajamoney 15-3-2021 12:33 PM
bangsa etis
Quote gorjeous 15-3-2021 06:44 PM
Adoi.. macam ni pun ada kaa...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.045921 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top