CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sanggup Berenggang Dengan Anak, Farah Nabilah Lupakan Dunia Lakonan

15-3-2021 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5848| Komen: 28

Description: Sukar berenggang dengan anak membuatkan pelakon, Farah Nabilah terpaksa melupakan dunia lakonan buat seketika.
Sukar berenggang dengan anak membuatkan pelakon, Farah Nabilah terpaksa melupakan dunia lakonan buat seketika.

Pelakon drama Titian Cinta dan Kau Yang Pertama itu lebih mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, apatah lagi, anaknya, Andre Omar baru berusia empat bulan.


Lebih setahun memperlahankan rentak seni, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH31) itu lebih memberi perhatian terhadap rumah tangga yang dibinanya bersama Mohammed Amirul Yunus.


Foto: IG

Bagaimanapun, Farah berkata, dia bukanlah mahu mengenepikan terus kerjaya lakonannya.

"Ada yang menganggap saya tak nak berlakon lagi? Siapa kata saya tak nak berlakon? Saya juga rindu nak beraksi depan kamera, tetapi tunggu dahululah.


"Banyak tawaran yang diterima, tetapi saya terpaksa menolak. Baru sekarang saya faham perasaan ibu yang tidak boleh berenggang dengan anak yang masih kecil.

"Jujurnya, saya belum sanggup berjauhan dengan anak. Rasa macam belum puas menatap dan memeluknya. Saya mungkin akan mempertimbangkan tawaran selepas Aidilfitri.



"Ikut hati, sekarang juga nak masuk set penggambaran. Bagaimanapun, saya terhimpit dengan dilema, kalau boleh nak tengok anak membesar depan mata," katanya kepada BH Online.

Kali terakhir Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin berlakon menerusi telefilem Hantu Ustazah Supiah arahan Hadith Omar.

Farah berkata, dia perlu mencari pembantu rumah dan pengasuh jika keluar bekerja.



"Bagaimanapun, mencari pembantu rumah yang boleh dipercayai bukanlah mudah. Saya tak mahu silap percaturan, akhirnya menyusahkan diri sendiri.

"Lagipun saya masih menyusu badan anak. Ada sahaja halangan saat keinginan mahu berlakon membuak-buak," katanya.




Dalam pada itu, Farah berkata, anaknya kini sudah pandai mencuri perhatian.

"Sekarang Andre sudah boleh meniarap dan bergerak ke depan. Kaki sendiri pun mahu dihisapnya. Malah, Andre sudah pandai ketawa jika diusik," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 15-3-2021 01:29 PM
Takpe dik... awak anak orang kaya, suami pun berduit. Focus dulu kat anak tu..
Quote lattehazelnut 15-3-2021 02:02 PM
Anak first sume camtu.. da ke2 ke3 xheran dah.. tamat pantang nak keluar gi kje, gi lepak dgn kawan dsb..
Quote tapirbiru 15-3-2021 02:03 PM
laki dia dh tak terbang..semedang je ada kt ig bini
Quote newyork 15-3-2021 02:03 PM
Hahah enjoy your 1st born mmg best..
Quote tepisket.. 15-3-2021 02:04 PM
Suka tgok anak dia. Cute amatt.. Putih lagi.
Quote makcun14 15-3-2021 02:35 PM
Laki bini anak orka. Tak heran pun dua dua takde job.
Kalau iols pun sama dah goyang kaki je kekdahnya
Quote adeqbun 15-3-2021 02:57 PM
Dh miss soru nnt ko ckp pulak dh rindu nak kembali ke dunia seni..
Quote rajamoney 15-3-2021 03:05 PM
elok la

tkde sapa ingin tngk lubang idung ko tu
Quote Zeatyisaac 15-3-2021 04:16 PM
Husband dia macam superman
Quote mrsbale 15-3-2021 05:59 PM
Cantiknya kulit FN nih
Hrp jgn la duk p cucuk2 adjust2 one day
Xyah putih mayat/bibir unta pun cantik sgt dah dik

Quote Suchi 15-3-2021 06:27 PM
tapirbiru replied at 15-3-2021 02:03 PM
laki dia dh tak terbang..semedang je ada kt ig bini

Dah tu bini plak dah tak berlakon dorang ade buat bisnes lain ke?

Quote mamajawie 15-3-2021 06:52 PM
Ok babai fawaa bewwakk kewwass..{:smile
Quote dedek12 15-3-2021 10:54 PM
Elok tu jaga anak...nanti rindu lakonan dia buat comeback lerr hehehe
Quote anilanil 15-3-2021 11:47 PM
Hubby ada buat keje lain ke sampai kena cari nanny kalo gi shooting?
Quote LadyCarefree 15-3-2021 11:57 PM
Oklah tu pentingkan jaga anak sendiri.
Quote blopblop 16-3-2021 12:32 AM
Do what’s best for u gal . Its okay
Quote Alisani140900 16-3-2021 02:35 AM
Iyalah kan.. Balik penat brang kena usik.. Mmg panasla
Quote Alisani140900 16-3-2021 02:37 AM
Alamak aku silap thread laaa.. Sorryyy
Quote NekNgah 16-3-2021 09:18 AM
Pilihan ditangan sendiri.  Selagi berkemampuan, ada makan, tempat tinggal, pakaian, duduk rumah memang seronok.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top