CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Panjang Lebar Aina Abdul Terangkan Maksud Tersirat Di Sebalik Busana Hitam Di AJL

15-3-2021 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17481| Komen: 138

Description: Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan inspirasi persalinan sarat hitam yang dikenakan ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Semalam di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad.
Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan inspirasi persalinan sarat hitam yang dikenakan ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Semalam di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad.


Jelas Aina, gaun tersebut sebenarnya mempunyai maksud dan mesej tersirat, seiring dengan jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi lagu berkenaan.

Perkongsian tersebut diperincikan panjang lebar oleh Aina menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

Foto: IG

“Topi yang direka menjadi seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil adalah hasil interpretasi lirik “tinggal ku sendiri, ditemani jasad ini”.

“Bait kata “jasad ini” itu adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak kanak kecil yang ada bersama-sama wanita ini sewaktu berlakunya kisah “SEMALAM”.


“Jaket bersiluet besar dengan perincian susunan kain pleated yang kelihatan sarat adalah menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu sangat berat dan banyak sekali.

“Perincian pleated pada jacket tersebut dipilih hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau “palm tree”. Ini adalah interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”.

“Warna hitam juga dipilih untuk melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering dan sudah layu. Ia juga simbolik kepada perkataan “SEMALAM” yang selalu dikaitkan dengan warna hitam dan gelap,” tulisnya.



Aina pada masa sama mendedahkan, skuad cantiknya turut mengambil ilham pakaian tradisional Vietnam untuk dijadikan sebagai elemen dalam rekaan.

“Helain bahagian dalam busana ini yang dicedok dari rekaan pakaian tradisional Vietnam Ao Ďai atau “long tunic” adalah lambangan kepada sifat seorang wanita yang feminin dan ayu.

“Ia diperbuat dari material lembut dan polos yang menggambarkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.

“Perincian kain pleat yang membentuk satu imej bulat dibawah helaian jaket bermaksud seperti wanita ini sedang berdiri di atas daun yang terapung.

“Tidak ketinggalan, perincian kain pleated berwarna merah di belakang jaket melambangkan kesan luka “SEMALAM”.



“Parachute atau payung terjun dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin.

“Imej grafik yang dipancarkan di atas kain adalah lambangan kepada bait “calar ungu” yang terdapat di dalam lirik “Engkau pergi jua, tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu”.

“Gerakan penari yang menolak-nolak kain parachute dari dalam melambangkan kesan lebam sebagai interpretasi maksud “calar ungu”. Wanita ini juga menyampaikan kisahnya bersama dengan penari-penari yang berada di dalam parachute.



“Ini lambangan kepada situasi dimana wanita ini mewakili insan-insan lain yang turut merasai penderitaan yang sama,” tulisnya panjang lebar.

Bersaing bersama 11 buah lagu yang layak ke final, Semalam diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi edisi AJL kali ini, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 15-3-2021 02:42 PM
Panjang nya
Patut lukis gba baju+makna
Quote sharlenetexas 15-3-2021 02:43 PM
Persis plastik sampah hitam. Tema garbage ke?
Quote adeqbun 15-3-2021 02:55 PM
Mls baca..
Nyanyi je la pakai baju normal seorg performer..nak bg cantik,presentable dan bersesuaian ngan genre lagu je pon..xyah tersirat2..hover ngat..bkn leh buat kyg perot pon
Quote rajamoney 15-3-2021 03:04 PM
mcm pokemon je
Quote epuepy 15-3-2021 03:07 PM
Aku tgok mcm nun conjuring. Dia ni kalo baju tak de element seram mmg x sah
Quote annadonna 15-3-2021 03:08 PM
So?
..............
Quote Miss.Rara 15-3-2021 03:14 PM
apa maksud lirik dia "dengan seribu calar ungu"

calar ungu tu apa?

calar color lain?
Quote Boboyottt 15-3-2021 03:15 PM
Dia suka kot elemen2 seram camni
Quote Miss.Rara 15-3-2021 03:16 PM
aku rasa ajl ni lebih kepada petandingan suara sapa boleh tarik paling tinggi jerr
Quote nashrudean 15-3-2021 03:16 PM
mohon guna duit buat laser treatment
Quote exclusive_vvip 15-3-2021 03:16 PM
blom 24jam, dah forgettable...baju Kak Melah time Kau Kunci Cintaku jua kekal diingatan..btw, i suka lagu Semalam tu..
Quote asma87 15-3-2021 03:19 PM
Ni sorang lagi pakai baju serupa ape je...tapi xpela sbb tutup aurat

Ko pakai telekung ct Khadijah pon lagi better aina...xyah bazir duit ..
Quote nuralisa 15-3-2021 03:25 PM
dlm gambar bukan main ploless ...  
Quote September14 15-3-2021 03:26 PM
Pkaian plg sempoi dlm sejarah ajl hafizlah nynyi lgu awan nano...
Quote Vassss 15-3-2021 03:28 PM
Ko hengat nitizen nk amik tahu ke aina oii ape maksud2 nie semua hahaha
maksud2 bagai apooo
Quote grassjelly 15-3-2021 03:29 PM
masalahnya takde anugerah untuk baju tersirat dan tersurat, so better takyah over2.. buang duit dan tenaga aja, bila plak nak pakai baju tuh balik? haha
Quote kaseh80 15-3-2021 03:30 PM
Buruksnya baju tenggelam dek topi besau tu
Quote miemiecha 15-3-2021 03:33 PM
JUJURNYA...
semalam, masa tengok, asik dok tggu bila topi tu nak jatuh tutup muka dia..

hestek: penuhpengharapan..

pun begitu panjang lebor sal baju, mek tetap nmpk semak..

hwaaa.. tp yelah, mek bkn pesen disigner..
Quote URUHA 15-3-2021 03:34 PM
Suka nau baju sarat2. Less is more hokeyh. Aina pun jenis yg x berapa tinggi so kalau pakai baju sarat nampak buruk. Patutnya kena pakai yg simple2 & sesuai dgn tubuh badan. Suara dah ok tapi fesyennya ya ampuuun very out of place & forgettable

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.326597 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top