CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bangga Dengan 5 Selebriti Tanah Air Ini Yang Bawa Nama Ke Persada Hollywood!

15-3-2021 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3259| Komen: 15

Description: Tidak dinafikan bahawa industri seni dan hiburan tanah air dilihat memiliki ramai artis berbakat besar dan sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dikenali di Hollywood.
Tidak dinafikan bahawa industri seni dan hiburan tanah air dilihat memiliki ramai artis berbakat besar dan sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dikenali di Hollywood. 

Hebat bukan? Mereka berjaya mencipta nama yang besar di sana. Kami akan senaraikan siapakah artis yang berjaya mencipta nama di Hollywood yang dapat kami kumpulkan dari berbagai sumber. Jom kita tengok!


Kredit foto: IG

Rendra Zawawi (Komposer)
Membina kerjaya di Hollywood amat sukar. Namun, Rendra Zawawi yang merupakan seorang komposer, penulis lagu, produser telah berjaya membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Nama Rendra Zawawi mungkin jarang disebut di media massa tempatan. Namun, komposer muda ini sebenarnya telah pun membawa bakat dan seni muziknya ke persada antarabangsa. Antara beberapa karya yang telah disumbangkannya adalah seperti American Horror Story, Scream Queens, American Crime Story, Mr.Robot, 9-1-1 dan banyak lagi.



Kredit foto: cleveland scene

Yuna
Yunalis Binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali dengan nama Yuna adalah seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Alor Star, Kedah yang dilahirkan pada 14 November 1986. Dia juga adalah seorang penyanyi terkenal antarabangsa yang berjaya mencipta nama di Hollywood.

Yuna memulakan kariernya pada usia 14 tahun lagi dan pada awal 2011 dia telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat pengurusan Indie-Pop selepas dia memperdengarkan muziknya di laman MySpace dan berjaya menjaringkan jutaan putaran.

Sepanjang kerjaya muziknya, Yuna telah bekerjasama dengan ramai artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko, G-Easy, Tyler, the Creator, Owl City, Jay Park, Sona One, Aizat Amdan dan ramai lagi.


Kredit foto: IG

Michelle Yeoh
Tan Sri Michelle Yeoh adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat dunia seni tempatan dan antarabangsa. Michelle Yeoh merupakan seorang pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang dilahirkan pada 6 Ogos 1962 dan beliau merupakan antara artis yang berjaya menapak di pentas Hollywood. Beliau yang merupakan bekas ratu cantik memulakan kerjaya sebagai pelakon di Hong Kong menerusi filem aksi dimana beliau sendiri yang melakukan aksi-aksi yang dilakonkannya.

Beliau telah banyak membintangi filem-filem terkenal seperti Avatar 2, Mechanic: Resurrection, James Bond: Tomorrow Never Dies, Guardian of Galaxy Vol.2, Star Trex: Discovery, The Mummy: Tomb of A Dragon Emperor dan banyak lagi.


Kredit foto: IG

James Wan 
James Wan dilahirkan pada 26 Februari 1977 di Kuching, Sarawak yang telah berhijrah ke Australia ini adalah merupakan seorang pengarah filem seram, penulis skrip dan juga penerbit. James Wan adalah antara nama-nama besar yang berjaya membina kerjaya di Hollywood. Dia mula membina kerjaya sebagai pengarah pada tahun 2004 dan antara  filem-filem arahannya adalah Saw, Aquaman, The Conjuring, Insidious, Furious 7 dan banyak lagi.


Kredit foto: Fandom

Henry Golding
Henry Ewan Golding atau lebih dikenali sebagai Henry Golding adalah anak kelahiran Malaysia-British yang dilahirkan pada 5 Februari 1987 di Betong, Sarawak. Henry merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara yang sukses di Hollywood dan dia pernah mengacarakan BBC’s The Travel Show sejak tahun 2014. Dia juga terkenal dengan karya filemnya seperti Crazy Rich Asian sebagai Nick Young, Last Christmas, The Gentleman, Snake Eyes: G.I.Joe dan banyak lagi.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 15-3-2021 04:24 PM
adibah noor ada tk?

Quote prizadane 15-3-2021 04:33 PM
Jahlop takde dalam list?

Biased la penulisan ni. Jahlop selalu dapat jemputan fashion week.. sebaris artis Hollywood dah tu
Quote Normabaru 15-3-2021 04:33 PM
Kenapa kak anita sarawak dgn jaclyn victor xmasuk.. Nyanyi kelab malam pon artis jugak hokkayyyy
Quote salmon-suki 15-3-2021 05:03 PM
Heyyyy..mana ramilah begum y dpt offer berlakon filem marvel tu??kejam tt xmasukkan nama dia..{:smile
Quote Nenasketum 15-3-2021 06:13 PM
salmon-suki replied at 15-3-2021 05:03 PM
Heyyyy..mana ramilah begum y dpt offer berlakon filem marvel tu??kejam tt xmasukkan nama dia..{:smil ...

Ini yang dah blakon sis, tamil naidu tolak kekonon offer mentah2, so tak boleh masuk list!
Quote Suchi 15-3-2021 06:31 PM
Masing2 ni masih igt kat malaysia ke? Nak plak yg dr sarawak.

Tapi aritu admin GSC wish selamat hari jadi kat Henry Golding sekali dia balas terima kasih
Kemain kembamg punggung admin GSC tu hahahahah
Terus tasabar share kat page GSC
Quote alesandra 15-3-2021 06:39 PM
org sana ingat michelle yeoh tu dari hong kong laa.apadaa...
Quote salmon-suki 15-3-2021 07:26 PM
Nenasketum replied at 15-3-2021 06:13 PM
Ini yang dah blakon sis, tamil naidu tolak kekonon offer mentah2, so tak boleh masuk list!

Hahahaahha.. hollywood jgk sis..kesian dia..kemain canang satu msia haaaa
Quote setori_mori 15-3-2021 09:26 PM
Kekrul takde ke {:thief
Quote PEPPERMAN 15-3-2021 10:16 PM
ani zonneveld?
Quote ashilalat 15-3-2021 10:22 PM
Remilah begum where you at
Quote LadyCarefree 15-3-2021 11:45 PM
Suchi replied at 15-3-2021 05:31 PM
Masing2 ni masih igt kat malaysia ke? Nak plak yg dr sarawak.

Tapi aritu admin GSC wish selamat h ...

Henry tu kalau interview ke apa dia sebut singapore.

Michelle Yeoh iols suka sebab dia Malaysia dan cakap omputeh pun tadok gigih pasang slang. Relax je ada malaysian bunyinya.
Quote dauswq 15-3-2021 11:51 PM

zuraini pencipta lagu debaran cinta siti kan?

Siap menang grammy lagi, artis Malaysia pertama berbuat demikian.


Quote slyfynx 15-3-2021 11:54 PM
#justiceformilahgumgum

Die x nk naked scene tau. Kene la puji
Quote dudaberhias 15-3-2021 11:57 PM
iols bangga dengan michelle yeoh... meniaga kat pasar je dulu2 katanya...
uols mampuuu??? sekarang ayah dia tokey bas...

katanya nyonya michelle yeoh kalau balik malaysia uols boleh jumpa dia kat pasar ipoh...
jual2 sayur, bayam semua... bagitau je...  bagi tau je nak kangkung seikat..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052344 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top