CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Salahkan Susu Kalau Anda Gemuk! Ini Sebabnya

15-3-2021 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4106| Komen: 8

Description: Penduduk di Asia umumnya amat kurang meminum susu atas beberapa faktor, antaranya intoleransi laktosa dan tanggapan kononnya minum susu boleh menggemukkan.
Penduduk di Asia umumnya amat kurang meminum susu atas beberapa faktor, antaranya intoleransi laktosa dan tanggapan kononnya minum susu boleh menggemukkan.

Adakah minum susu boleh menyebabkan anda gemuk?



Gambar hiasan

Persoalan ini sering bermain difikiran kebanyakkan daripada kita, hingga menyebabkan ramai tidak menggemari susu. Disebabkan itu, Dr Erna Nadia, salah seorang Pegawai Perubatan daripada kumpulan Medical Mythbusters Malaysia tampil membetulkan tanggapan ini.

Susu bukan punca badan jadi gemuk!
Susu adalah sumber protein yang baik. Janganlah takut dengan makanan dan minuman. Bukan salah makanan. Bila berat naik, tuding dan cermin diri sendiri. Tang mana diet pemakanan seharian kita salah.

Diet seharian kita haruslah lengkap dan sihat. Lengkap makronutrisi dan mikronutrisi. Ikutlah konsep suku suku separuh, kurangkan makanan dan minuman manis serta kurangkan minyak.


Ada 3 jenis susu:
1. Susu penuh krim, 
2. Susu rendah lemak,
3. Susu skim.


Gambar hiasan

Akan ada pertambahan gula sukrosa jika ada pertambahan rasa seperti strawberry, coklat dan lain lain.

Susu penuh krim tinggi kandungan lemak. Jadi, kalau ada penyakit kronik seperti darah tinggi sila elakkan kalau boleh.

Susu rendah lemak pula rendah kandungan lemak dan kalori iaitu kurang dari 3%. Jadi, susu ini disarankan untuk yang ada masalah kolesterol tinggi atau yang nak kurangkan kalori harian.

Susu skim ini bagus sebab kandungan lemak tersangatlah sedikit iaitu kurang dari 0.5%. Sangat sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Susu seeloknya diambil setiap hari, 2-3 kali sehari disebabkan kaya dengan sumber kalsium yang diperlukan tulang dan tubuh badan kita.


Gambar hiasan

Susu pekat manis bukan kategori susu.
Susu pekat manis atau krimer ini bukan sejenis susu. Jangan salah faham pula. Ini kerana ia sudah ditambah gula dan digantikan dengan minyak sayuran.


Bila waktu sesuai minum susu?
Seeloknya minumlah berasingan dari hidangan utama seperti makan pagi, tengah hari dan malam sebab kalsium dalam susu akan menghalang penyerapan zat besi dalam lauk pauk hidangan utama kita.

Bagi yang ada masalah darah merah rendah, ambillah makanan yang tinggi zat besi (bayam, daging, ikan) dan asingkan minum susu masa makan makanan utama.

Kalsium dalam darah biasanya akan disimpan/nak memenuhkan lompong lompong pada tulang pada waktu malam. Jika kurang pengambilan susu, lompong lompong ini tidak diisi dengan elok dan dalam masa sama, kandungan kalsium dalam badan juga berkurangan.

Ia akan mendedahkan anda pada risiko mudah terkena osteoporosis atau tulang rapuh. Dari osteoporosis yang biasa boleh jadi teruk dan seterusnya jadi masalah lain.


Gambar hiasan

Minum susu baik sebelum dan selepas bangun dari tidur. Lebih baik minum segelas susu bila lapar pada waktu malam sebelum tidur  dari makan jajan. Selain itu, ia akan membuat kita tidur lebih lena dengan perut yang selesa.

Untuk makluman, sejuk atau panas sesuatu makanan atau minuman tidak mempengaruhi tahap kalori kerana suhu tidak mempunyai kalori.


Sumber: Era.je
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 15-3-2021 02:15 PM
Sedapnya susu lembu.. masak letak gula & sikit garam.. bau sedappp.. peberett {:run
Quote Alisani140900 16-3-2021 02:33 AM
Hermm.. Sebenaqnya kena salahkan mulut{:hooray
Quote rosasen 16-3-2021 08:32 AM
susu kurma farm fresh sedapnya...hihi
Quote Leban 16-3-2021 09:24 AM
kalau susu almond tu sama ke zat dengan susu haiwan
Quote Lvstar 17-3-2021 12:19 AM
Nice sharing tq
Quote Cieejiee 18-3-2021 10:06 PM
Tq for sharing
Quote Su_annur 18-3-2021 10:27 PM
Tq info...
Quote siputpepel 5-4-2021 03:46 PM
Ooo patut lah tak kurus2 kalau hari2 dibantainya minum nescafe dengan dua sudu susu pekat manis and teh ais

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072051 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top