CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thailand Mahu Promosi Kegunaan Ganja Untuk Tarik Pelancong

15-3-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1862| Komen: 4

Description: Thailand berhasrat untuk mempromosikan penggunaan ganja dalam makanan dan kosmetik dalam usahanya untuk menarik pelancong asing.
Thailand berhasrat untuk mempromosikan penggunaan ganja dalam makanan dan kosmetik dalam usahanya untuk menarik pelancong asing.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan negara itu menandatangani perjanjian untuk memperkenal latihan dan kaedah untuk menghasilkan makanan dan produk daripada ganja.


Gambar Hiasan

Thailand menjadi antara negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja perubatan pada 2019.

Ia sekali gus melonggarkan peraturan bagi membenarkan penggunaannya dalam tekstil, produk kosmetik herba dan produk makanan.

Bangkok Post sebelum ini melaporkan pihak yang mahu mengeluarkan, menjual atau memiliki ganja di Thailand boleh mendaftar untuk berbuat demikian mulai 29 Januari lalu.


Selain itu, pihak berkuasa berhasrat untuk mengeluarkan ganja daripada senarai bahan terlarang.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand sebelum ini menyatakan bahawa daun, akar dan batang tumbuhan itu, antara yang akan dikeluarkan dari senarai bahan terlarang Jenis 5.

Bagaimanapun, kelonggaran itu tidak akan terpakai pada biji benih dan bunga tumbuhan itu yang mempunyai kandungan dadah yang tinggi.

Selain itu, individu tidak dibenarkan untuk menanam ganja.

Mulai 29 Januari, individu, entiti dibenarkan, pejabat kerajaan dan syarikat komuniti dibenarkan untuk mendaftar penggunaan bahagian ganja yang dibenarkan untuk digunakan dalam perubatan, tekstil, farmaseutikal dan industri kosmetik.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DarrinJ0 18-3-2021 06:36 PM
Edited by DarrinJ0 at 18-3-2021 06:51 PM

thnks for shairing
Quote rajamoney 18-3-2021 06:58 PM
kembang kempis dubur dess baca berita ni

Quote Werat1946 18-3-2021 07:00 PM
Cari has an information about a forum by Thailand Mahu Promosi Kegunaan Ganja Untuk Tarik Pelancong. They have the best plant-based seed which is helping in the use. I prefer to check this sales motivation tips and get more new steps for marketing. They have mostly available in Bangkok country. Join it for more information.
Quote Decaffeinated 19-3-2021 09:14 AM
Kalau amik ganja kat Thailand lepas tu sangkut urine kat Malaysia kira salah juga kan?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052324 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top