CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motosikal Rempuh Lori, 2 Pelajar Renaco Marin Maut

11-11-2013 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6849| Komen: 41

Description: Che Suza Berkata Kemalangan Itu Menyebabkan Kesesakan Teruk Di Jambatan Geliga Kerana Keadaan Lori Terbabit Yang Merintangi Jalan Raya Dan Polis Terpaksa Menutup Laluan Ke Kuala Terengganu, Yang Dilen ...


KEMAMAN 10 Nov. - Dua sahabat maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah lori treler di Kilometer 155.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambatan Geliga di sini hari ini.

Mohd. Ezrein Fitri Shaiful dari Melaka dan Mohd Shaufiq Shahfuan Soilin dari Sabah, yang juga pelajar Institut Pendidikan dan Latihan Renaco Marin, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira 3.30 petang apabila lori berkenaan, yang menghala ke arah Kuantan, dipercayai hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa.

Beliau berkata mangsa dalam perjalanan pulang ke asrama yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian selepas selesai mengikuti kelas mereka hari ini.

"Namun ketika dalam perjalanan pulang motosikal yang ditunggang Mohd Ezrein dirempuh lori berkenaan dan menyebabkan kedua-dua mangsa terseret dan terperosok berhampiran lori," katanya.

Che Suza berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di Jambatan Geliga kerana keadaan lori terbabit yang merintangi jalan raya dan polis terpaksa menutup laluan ke Kuala Terengganu, yang dilencong ke Mak Lagam manakala satu lorong dibuka untuk laluan ke Kuantan.

Beliau berkata polis masih mengesan pemandu lori terbabit yang menghilangkan diri untuk siasatan lanjut. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 10-11-2013 09:44 PM
Quote noor2 10-11-2013 09:44 PM
tajuk dgn cerita tak sama la....

ke i yang tak paham
Quote putr@polo 10-11-2013 09:45 PM
ada gambar mangsa terperosok bawah lori..
tapi tak sampai hati nak tepek..

Al Fatihah dan takziah buat keluarga mangsa..
Quote chaintea 10-11-2013 09:53 PM
tajuk patutnya

MOTORSIKAL DIREMPUH LORI

org silap paham ingtkn motor tu yg rempuh lori, pdhal lori tu yg salah
Quote lins 10-11-2013 10:00 PM
Patutla adik bgtau jem truk td dia otw blk ke kl dr kemaman..AlFatihah
Quote putr@polo 10-11-2013 10:01 PM
laman web utusan ni lah yang pening..
kejap lagi aku edit tajuk tu..
Quote batmana 10-11-2013 10:04 PM
sbnrnya ,

lori yg rempuh motorsikal, bkn motorsikal rempuh lori

sebab lori hilang kawalan
Quote prettyuglybabe 10-11-2013 10:17 PM
takziah..


Quote Kassim_Patalon 10-11-2013 10:35 PM
terengganu darul rempuh
Quote Decaffeinated 10-11-2013 11:05 PM
putr@polo posted on 10-11-2013 10:01 PM
laman web utusan ni lah yang pening..
kejap lagi aku edit tajuk tu..

tajuk kata kat KT, berita kata kat Kemaman. I hope you all know the difference.



Quote Decaffeinated 10-11-2013 11:05 PM
lins posted on 10-11-2013 10:00 PM
Patutla adik bgtau jem truk td dia otw blk ke kl dr kemaman..AlFatihah

i was there too.



Quote sekngucing 11-11-2013 08:11 AM
i was there too
Quote mak_wa95 11-11-2013 08:53 AM
takziah...
Quote fatehana 11-11-2013 09:01 AM
Alfatehah buat mangsa dan takziah buat keluarga mangsa
sian sungguh bila motosikal dirempuh dan mangsa pulak br pulang dr kelas
Quote enchantedlurve 11-11-2013 09:11 AM
takziah kpd keluarga mangsa...
al fatihah untuk arwah...
pemandu lori tu melarikan diri kan.. bwk laju la ni..
Quote nurfariezza 11-11-2013 09:43 AM
takziah kpd kluarga mangsa...
Quote vv2005 11-11-2013 09:47 AM
al fatihah untuk arwah
Quote putr@polo 11-11-2013 10:23 AM
Decaffeinated posted on 10-11-2013 11:05 PM
tajuk kata kat KT, berita kata kat Kemaman. I hope you all know the difference.

ok.. saya dah edit..
Quote annehuda 11-11-2013 10:29 AM
takziah kpd keluarga mangsa....

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.100744 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top