CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna 'hon tenonet' boleh didenda RM2000, penjara tak melebihi 6 bulan

8-3-2021 12:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5998| Komen: 43

Description: SHAH ALAM - Kenderaan yang menggunakan 'hon tenonet' boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.



SHAH ALAM - Kenderaan yang menggunakan 'hon tenonet' boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama telah dijalankan sejak 1 Mac lalu di sekitar negeri ini hasil aduan awam.

Menurutnya, pihaknya mendapati 'hon tenonet' semakin trending digunakan oleh kenderaan terutama jenis lori dan bas buat masa kini.

"Hon merupakan salah satu instrumen penting pada sesebuah kenderaan yang berfungsi untuk memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya lain melalui sistem bunyi.

"Namun begitu penggunaan hon yang melebihi satu nada atau nada berirama ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain tentang isyarat yang ingin disampaikan serta boleh mengganggu ketenteraman awam sekiranya dibunyikan di kawasan perumahan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.



Nazli berkata, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan.

Selain itu beliau berkata, memasang 'hon tenonet' secara aksesori (retrofit) juga boleh diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'memasang hon melebihi satu nada'.

"Pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan membuang semula 'hon tenonet' yang dipasang. Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) akan dikeluarkan selepas pemeriksaan kenderaan dibuat.

"Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut," katanya.

Tegas beliau, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.


Sumber : Sinar Harian

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makiting 8-3-2021 12:30 AM
Tenonet.. tenonet...
Quote piao 8-3-2021 12:34 AM
hon pun nak buat duit..... harap lepas ni gomen klua kn undang2 kentut dlm lift kna sule terus... dan denda 600k
Quote salmon-suki 8-3-2021 12:56 AM
Drpd duk ketatkn denda hon tenonet,baik ketatkan hukuman kt pemandu lawan arus y menyebabkan kematian..jgn lobos sgt undang2 utk kes mcm tu...ni dan2 bukti depan mata,org tu claimed oku,dah gugur kes..huhhhhhhh!!
Quote tumpanglalu74 8-3-2021 02:02 AM
Eh hon aku ikot irama aku la..  Ape bende bunyi hat tenonet aje?  Hon ponggong M Daud Kilau boleh la.
Quote ultra78 8-3-2021 06:28 AM
Hon dari indon ni  dah masuk malaysia pulak
Quote Tinot7 8-3-2021 06:45 AM
Org awam mengadu hon tenonet ni apahal? Camne bunyinya sampai dpt aduan?
Quote Piramida 8-3-2021 07:48 AM
Tp terhibur apa dengar.... hahaha
Quote makneng 8-3-2021 07:49 AM
Aku benci hon tenonet ni.. Pening dengor!
Quote Boomibulat 8-3-2021 08:28 AM
Tinot7 replied at 8-3-2021 06:45 AM
Org awam mengadu hon tenonet ni apahal? Camne bunyinya sampai dpt aduan?

[youtube]cjcy9JH2Dqk[/youtube]
Quote Xim 8-3-2021 08:33 AM
Selalunya hon fancy cmni utk menyapa pemandu lori lain je...x tau la kalau diorg ada ubahsuai buat ada 2 jenis hon...
Quote damsel_fiji 8-3-2021 08:35 AM
Kabupaten caprut sangat bunyi nya
Quote Tinot7 8-3-2021 08:37 AM
Boomibulat replied at 8-3-2021 08:28 AM

Rasanya org komplen sbb bising..
Iols tak pernah dgr pon depa hon masa iols jjcm..
Quote Nenolen 8-3-2021 08:52 AM
salmon-suki replied at 8-3-2021 12:56 AM
Drpd duk ketatkn denda hon tenonet,baik ketatkan hukuman kt pemandu lawan arus y menyebabkan kematia ...

Yes...ini yg patut pihak berkuasa bertegas...pemandu mabuk langgar mati...
Quote coolie83 8-3-2021 08:58 AM
diorg ni modify pakai duit sendiri kat lori sendiri ke lori kompeni? gigih eh
Quote Adrif 8-3-2021 10:48 AM
jiran kita, anak bujang dia pilot lori jugak. gaji besau
asal sampai rumah je, dengar lagu baby shark dudududu dia.
tau la mak bapak dia anak dah balik.
Quote darkness 8-3-2021 11:00 AM
Mmg salah pun. Ada masuk kelas memandu ka? Atau lesen terbang?
Quote kasibiman 8-3-2021 11:08 AM
Tinot7 replied at 8-3-2021 06:45 AM
Org awam mengadu hon tenonet ni apahal? Camne bunyinya sampai dpt aduan?

kol 11 mlm trelar dok main hon baby shark... hamjadah tol yg anak2 kecik terus tanak tido
Quote Friska 8-3-2021 11:11 AM
Ternyata telolet sudah ngetrend di sini ya
Quote xy_daen 8-3-2021 11:23 AM
Bab pemandu mabuk, pemandu lawan arus.... SLOW NAK MAMPOS...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.404246 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top