CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cosplayer Cantik Ini Sebenarnya Lelaki Berusia 30 Tahun!

7-3-2021 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4809| Komen: 7

Description: Seorang lelaki dari Jepun yang juga peminat cosplay menjadi tular di laman media sosial selepas memuat naik gambar wajahnya yang menyerupai watak wanita anime atau kartun animasi.
Seorang lelaki dari Jepun yang juga peminat cosplay menjadi tular di laman media sosial selepas memuat naik gambar wajahnya yang menyerupai watak wanita anime atau kartun animasi.  

Lapor Oddity Central, Minato, 30, gemar memainkan cosplay gadis anime, malah bijak dalam memperagakan kostum, aksesori moden dan penggunaan solekan yang sesuai dengan watak itu sehingga sukar untuk meneka jantinanya.   



Minat Minato terhadap cosplay wanita bermula sejak empat tahun lalu.

Dia sentiasa memikirkan idea untuk mengubah dirinya menjadi watak wanita anime yang diminatinya.

Malah, Minato mula mempelajari teknik-teknik solek watak berkenaan selepas menyukai hasil solekan yang dilakukan terhadap dirinya di sebuah salon kecantikan.

Minato memberitahu Maidona News bahawa dia kerap berlatih menyolek dengan menggunakan pelbagai teknik dan produk solekan terhadap dirinya agar dapat membawa personaliti watak anime berkenaan. 


“Meskipun, hasilnya tidak sentiasa positif, teknik mekap saya semakin baik sejak beberapa tahun lalu.      

“Selain solekan, saya juga menggunakan teknik untuk mengubah ciri tertentu pada wajah seperti pipi, memakai rambut palsu, stokin wanita dan lain-lain lagi untuk memaparkan imej tersebut,” katanya.     





Baru-baru ini, Minato menjadi perhatian media tempatan Jepun selepas memuat naik sekeping kolaj memaparkan dirinya dalam pakaian pejabat, bersebelaha gambar berpakaian menyerupai karaktor wanita anime itu.  

Gambar yang dimuat naik itu dikongsi beribu-ribu kali dan mendapat lebih 100,000 tanda suka di Twitter.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 7-3-2021 12:45 PM
Power of makeup.
Quote hasniey 7-3-2021 12:48 PM
Pndainya makeup
Smpai ubah bentuk muka jantan jd wanita.abg jat pon xpndai makeup mcmni
Quote rajamoney 7-3-2021 01:24 PM
kebanggaan gay2 pondan2 pedo medo memedo

menyamar jadi karakter kartun utk tarik kanak2

lepas tu ______________________________

korang isi sndiri la ye

tak sanggup nk taip jenayah seksual puak2 penjenayah seksual ni
Quote Supersirap 7-3-2021 02:26 PM
Cantik solekannya tetapi sayang dia seorang lelaki
Quote CARI-MAL 7-3-2021 03:12 PM
Seorang lelaki dari Jepun yang juga peminat cosplay menjadi tular di laman media sosial selepas memuat naik gambar wajahnya yang menyerupai watak wanita anime atau kartun animasi.  


Lapor Oddity Central, Minato, 30, gemar memainkan cosplay gadis anime, malah bijak dalam memperagakan kostum, aksesori moden dan penggunaan solekan yang sesuai dengan watak itu sehingga sukar untuk meneka jantinanya.   








Minat Minato terhadap cosplay wanita bermula sejak empat tahun lalu.


Dia sentiasa memikirkan idea untuk mengubah dirinya menjadi watak wanita anime yang diminatinya.


Malah, Minato mula mempelajari teknik-teknik solek watak berkenaan selepas menyukai hasil solekan yang dilakukan terhadap dirinya di sebuah salon kecantikan.


Minato memberitahu Maidona News bahawa dia kerap berlatih menyolek dengan menggunakan pelbagai teknik dan produk solekan terhadap dirinya agar dapat membawa personaliti watak anime berkenaan.


“Meskipun, hasilnya tidak sentiasa positif, teknik mekap saya semakin baik sejak beberapa tahun lalu.      


“Selain solekan, saya juga menggunakan teknik untuk mengubah ciri tertentu pada wajah seperti pipi, memakai rambut palsu, stokin wanita dan lain-lain lagi untuk memaparkan imej tersebut,” katanya.     




[twitter]https://twitter.com/cos_minato/status/1367471408029200385[/twitter]


[twitter]https://twitter.com/cos_minato/status/1364591846458937350[/twitter]


[twitter]https://twitter.com/cos_minato/status/1360923197508444162[/twitter]


Baru-baru ini, Minato menjadi perhatian media tempatan Jepun selepas memuat naik sekeping kolaj memaparkan dirinya dalam pakaian pejabat, bersebelaha gambar berpakaian menyerupai karaktor wanita anime itu.  


Gambar yang dimuat naik itu dikongsi beribu-ribu kali dan mendapat lebih 100,000 tanda suka di Twitter.




Sumber: Utusan
Quote Xim 7-3-2021 04:19 PM
Thread dah ada. Blh merge dgn https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1241098
Quote mijot 8-3-2021 10:32 PM
power skill mekap dia...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.315802 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top