CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Bayar RM3,000 Nak Masuk Malaysia

7-3-2021 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2385| Komen: 13

Description: Sanggup membayar antara RM1,000 hingga RM3,000 kepada ejen pencari pekerjaan di Indonesia untuk memasuki Malaysia.
Sanggup membayar antara RM1,000 hingga RM3,000 kepada ejen pencari pekerjaan di Indonesia untuk memasuki Malaysia.

Itulah pendedahan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika disiasat selepas mereka ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 pagi oleh anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih Selangor di Jalan Parit 4, Sungai Burung, di sini semalam.



Kredit foto:

Pendatang asing tanpa izin yang ditahan selepas cuba menyusup masuk ke negara ditahan di Jalan Parit 4, Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor semalam.

Seramai 19 PATI termasuk 11 wanita berusia 23 hingga 49 tahun itu menyusup masuk dalam negara ini melalui laluan sempadan yang tidak diwartakan.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Rizal Mohamed berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah melakukan serbuan dan menemukan kesemua PATI warga Indonesia dari pelbagai wilayah.


“Siasatan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Mereka menaiki bot dari Tanjung Balai, Indonesia dan mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Burung di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rizal, PATI ini dijanjikan pekerjaan daripada pelbagai sektor antaranya sebagai tukang urut, pembinaan dan perladangan, malah siasatan mendapati juga ada yang ditahan pernah bekerja dan mempunyai keluarga di Malaysia.

Katanya, semua yang ditangkap telah dibawa ke Balai Tanjong Karang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63. 

“Mereka juga akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan anggota bertugas,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya menyeru orang ramai supaya sentiasa bekerjasama dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang. 


UTUSAN ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 7-3-2021 03:02 PM
indonesia of the "pantat kuali" loves malaysia

betul ngga mba friska?
Quote Kurex 7-3-2021 04:06 PM
Leluhurrrrrr
Quote TOPwind 7-3-2021 04:20 PM
banyak bawa duit sbb tu ramai kat Msia ni
Quote user.name 7-3-2021 04:24 PM
Quote missyL 7-3-2021 04:35 PM
Pelik btol. Ade yg kutuk msia mcm2 penghujung ttp ade sentiase yg bertarung nyawa abeskn duit masok sini.
Msia ni murah rezeki kot hehehe
Quote noor2 7-3-2021 04:40 PM
missyL replied at 7-3-2021 04:35 PM
Pelik btol. Ade yg kutuk msia mcm2 penghujung ttp ade sentiase yg bertarung nyawa abeskn duit masok  ...

Yg dtg ni semua golongan susah kg rasanya....yg kutuk tu yg mungkin bukan golongan ni....
Quote dudaberhias 7-3-2021 05:19 PM
Typical indon, lepastu buat multinick dalam ni gigih kutuk2 melayu, tapi kaki tu gigih jugak nak jejak tanah melayu..
Quote darkness 7-3-2021 05:34 PM
Penatlah kalau mcmni...never end
Quote Minami2013 7-3-2021 05:39 PM
Dulu masa study ada sorang student indon ckp jakarta tu macam syurga dunia.. nak tergelak i. Yg berbondong bondong indon masuk malaysia sanggup bergadai nyawa tu ape kejadahnya. Baik depa pegi jakarta je kan.
Quote irish_ieka 7-3-2021 05:41 PM
eloklah tu dh semua indon rohingya berebut2 nk masuk malaysia. malaysia ni dhla kecik je. rakyat sendiri pon tk cukup tanah dh. masuk plak pendatang ni beranak pinak kt malaysia. alst skali rakyat malaysia sndiri terpakse dikorbankan hak sbb nk tampung sekor2 hamjad ni
Quote missyL 7-3-2021 07:35 PM
noor2 replied at 7-3-2021 04:40 PM
Yg dtg ni semua golongan susah kg rasanya....yg kutuk tu yg mungkin bukan golongan ni....

Maybe lah..
Tgok yg dtg sini pn mcm2 perangai jgk..
Huuu
Quote Belibis 7-3-2021 11:37 PM
missyL: Pelik btol. Ade yg kutuk msia mcm2 penghujung ttp ade sentiase yg bertarung nyawa abeskn duit masok sini.Msia ni murah rezeki kot hehehe

Biasa laaa..kutuk2 kat alam maya jer.realiti tengah menyawit kat mesia jugak.
Quote Manjahati 7-3-2021 11:45 PM
Napa dok nyemak kat malaysia lagi ni...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.291063 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top