CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendekatan 'tunggu dan lihat' jejas program vaksinasi di China

8-3-2021 12:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1571| Komen: 3

Description: BEIJING: Penduduk di China menerima tawaran suntikan vaksin daripada pelbagai sumber, namun kebanyakannya mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.



BEIJING: Penduduk di China menerima tawaran suntikan vaksin daripada pelbagai sumber, namun kebanyakannya mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

Pengurus sumber manusia, Shirley Shi, yang antara mengambil pendirian sedemikian mengakui menerima tiga tawaran suntikan vaksin COVID-19, masing-masing dari tempat asal, kediaman di Beijing dan pejabatnya.

"Saya nak lihat kemungkinan sebarang kesan sampingan dulu," katanya.

Menerusi perintah berkurung dan saringan berskala besar membabitkan jutaan individu, China melakar kejayaan dalam mengawal pandemik COVID-19 selepas ia mula menular pada penghujung 2019 lalu.

Bagaimanapun, usaha untuk memberikan suntikan vaksin kepada negara yang mempunyai jumlah penduduk teramai di dunia itu berdepan situasi berbeza.


Shi berkata, bekalan vaksin di China tidak sukar diperoleh, namun isunya ketika ini ialah tiada keperluan mendesak untuk mendapatkan suntikan pelalian berkenaan.

"Dengan kejayaan China mengawal penularan pandemik ini secara domestik dan tiada perancangan untuk ke luar negara, tiada keperluan untuk ambil suntikan vaksin," katanya.

Pakar pulmonologi, Zhong Nanshan, berkata China berhasrat untuk memberikan suntikan imunisasi kepada 40 peratus daripada keseluruhan 1.4 bilion penduduknya, menjelang Jun.

Matlamat itu bagaimanapun hanya mampu dilaksanakan sekiranya kadar suntikan vaksin kepada penduduk ditingkatkan, memandangkan sekadar 3.5 peratus daripada keseluruhan penduduk ketika ini menerima pelalian.

Berdasarkan perangkaan Our World in Data, kadar itu jauh berbanding liputan di United Kingdom, iaitu 32.99 suntikan bagi setiap 100 orang dan Amerika Syarikat (25.42).

Pengarah Program Asia di Institut Montaigne, Mathieu Duchatel, berkata keperluan mendesak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang berlaku di negara barat tidak seperti di China.

Kadar penerimaan suntikan yang rendah di China dikhuatiri bakal merencatkan usaha untuk mencapai imuniti kelompok.

Pakar penyakit berjangkit China, Zhang Wenhong, berkata China perlu memberikan suntikan sebanyak 10 juta dos setiap hari, dalam tempoh tujuh bulan bagi mencapai nilai ambang keberkesanan pelalian.

Bagaimanapun, perangkaan semasa menunjukkan hanya sekitar 52.5 juta dos suntikan diberikan kepada penduduk di China, setakat penghujung Februari lalu.

Selain mempercepatkan pengeluaran, China juga komited untuk menghantar vaksin ke luar negara bagi menangkis kritikan pihak asing berikutan penularan wabak COVID-19 yang mula tercetus dari republik itu.

Sehubungan itu, syarikat China menyasarkan untuk mengeksport hampir 400 juta dos vaksin, selain membekalkan pelalian secara percuma kepada 53 negara di seluruh dunia. - AGENSI



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-3-2021 01:35 AM
Macam rakyat kita gak kan, tunggu & lihat
Quote ultra78 8-3-2021 06:31 AM
Diaorg nak cucuk vaksin ikut dubur juga kah?
Quote Tinot7 8-3-2021 06:41 AM
Pelik iols.. gigih eksport beksin tapi rakyat sendiri tunggu dan lihat

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.046861 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top