CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prestasi Safawi Rasid Meningkat Selepas Berlatih Di Portugal

7-3-2021 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2379| Komen: 4

Description: Mutu permainan penyerang kebangsaan Muhammad Safawi Rasid semakin meningkat selepas bersama kelab bola sepak Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada musim lepas, kata Ketua Jurulatih Johor D ...
Mutu permainan penyerang kebangsaan  Muhammad Safawi Rasid semakin meningkat selepas bersama kelab bola sepak Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada musim lepas, kata Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora. 


Mora berkata, Muhammad Safawi memiliki peluang terbaik untuk belajar melalui pengalaman dengan sebuah pasukan yang bersaing di dalam antara liga teratas Eropah dan memahami kehendak di peringkat tertinggi.


Kredit foto: IG Safawi

“Jika Safawi tidak meningkat  selepas berlatih di Portugal, maka itu hanyalah membuang masa.

"Beliau berpeluang untuk ke tempat lain bagi melihat sendiri bagaimana latihan dan kehendak yang perlu dipenuhi, saya rasa beliau tahu apa yang perlu dibuat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Piala Sumbangsih malam kelmarin. 

Muhammad Safawi menjaringkan gol pada hari lahirnya yang ke-24 itu untuk membantu JDT mengekalkan piala itu buat empat musim berturut-turut selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin. 


Muhammad Safawi berpindah ke Portimonense SC Oktober lepas tetapi tidak berpeluang untuk melakukan aksi sulungnya di Liga Primeira dan hanya memanaskan bangku simpanan pasukan bimbingan jurulatih Paulo Sergio.

Bagaimanapun, beliau diturunkan buat kali pertama dalam pasukan Portimonense  SC bawah 23 tahun (B-23)  tetapi ia tewas 1-3 kepada Sporting Lisbon dalam pertandingan  Liga Portugis B-23.

Beliau yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada 2018 dan 2019 dalam  Anugerah Bola Sepak Kebangsaan kemudian kembali menyertai skuad Harimau Selatan.

“Beliau sering melakukan kelainan dengan sepakan percuma, penalti dan sepakan untuk jaringan gol.  Bagi saya Safawi seorang pemain hebat dan aset penting JDT.  Syukur kami mendapat beliau kembali dan membantu kami untuk menang dan hari ini (semalam) terbukti, beliau bermain dengan baik,” kata jurulatih berusia 41 tahun berasal dari Mexico itu.


Sumber: Bernama

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-3-2021 12:20 PM
Knp x meningkat kat portugal nun...
Quote axl_bach 7-3-2021 12:27 PM
Ngarut jer, mmg prestasi Pawi camtu jer dari dulu....mmg kena akui dia yg terbaik di Msia skang nih tp xder lah nmpk meningkat pun.....
Quote slyfynx 7-3-2021 12:37 PM
GF die leh bangga x ni?
Quote rajamoney 7-3-2021 02:16 PM
axl_bach replied at 7-3-2021 12:27 PM
Ngarut jer, mmg prestasi Pawi camtu jer dari dulu....mmg kena akui dia yg terbaik di Msia skang nih  ...

aku ingt forum ni da kentandusan pminat bola

nasib baik ada sorang axl bach

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.046215 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top