CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tahun Ini Tak Ada Shooting Langsung’ – Haneesya Hanee Dedah Mak Terpaksa Gadai Barang Kemas Untuk Tampung Kehidupan

28-5-2024 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38725| Komen: 215

Description: Pelakon dan model, Haneesya Hanee mengakui dia mengalami masalah kewangan sekarang berikutan tiada tawaran berlakon yang diterima pada tahun ini.


Pelakon dan model, Haneesya Hanee mengakui dia mengalami masalah kewangan sekarang berikutan tiada tawaran berlakon yang diterima pada tahun ini.

Menerusi saluran podcast Myaudioplus, Haneesya berkata, ibunya terpaksa menggadai gelang dan rantai emas untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga sementara dia mendapatkan peluang pekerjaan.

"Tahun ini tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia. Lepas tu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik.

"Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga."

Tambah Haneesya, pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya itu menjadi pembakar semangat supaya dia bangkit dan bekerja keras demi keluarga.


"Tapi kadang-kadang saya rasa bila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia."

Di akhir podcast tersebut, Haneesya memberitahu dia mahu menjadi seorang yang kuat seperti ibunya.

"Mak Haneesya ni kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui."


Sumber: Myaudioplus/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-5-2024 12:48 AM
Bkn ada ke drama series dia kuar baru2 ni
Quote sharlenetexas 29-5-2024 02:11 AM
Perawankota replied at 29-5-2024 12:48 AM
Bkn ada ke drama series dia kuar baru2 ni

Drama tv3 mesti shooting baru2 ni jugak.

Quote intan244 29-5-2024 04:07 AM
pelakon, model bukan kerja mkn gaji. beringat sikit emergency fund kena byk. zakat jgn lupa byr, baru berkat rezeki.
Quote aint 29-5-2024 06:20 AM
ok la... jgn minta pinjam duit org sudah... beli emas ni ok... time terdesak leh gadai... ada duit tebus balik...
Quote MisXoXo 29-5-2024 06:34 AM
Kenapa cari ada spam comment bahasa apa ntah ni byk.menyampah r
Quote KucaiHijau 29-5-2024 06:53 AM
Mane peminat die yg cakap die lawa....knape die dah x jd model muslimah....yg asyik keluar dahlia Rizal yg kulit cerah
Quote kuzaime 29-5-2024 07:24 AM
Mana momod ehh aku nak claim 5 guni kacang, penat aku report spam iklan bangang ni nak berporumm pun sampai terencat dah nafsu penat kena scroll2
Quote miss_strangers 29-5-2024 08:16 AM
Ikut contoh syafie naswip n Bini dia , model jugak...even dak pie tu pelakon hebat, gigih yer jual kerepek2, jual Kat pasar Malam dengan Bini dia..xde nak mengeluh bab xde job bagai.
Quote kessah 29-5-2024 09:14 AM
Da boleh la crik kje terap dik ... admin ke,customer service ke, bisnes on9 ke...
Quote AbukRokok 29-5-2024 09:19 AM
KucaiHijau replied at 29-5-2024 06:53 AM
Mane peminat die yg cakap die lawa....knape die dah x jd model muslimah....yg asyik keluar dahlia Ri ...

white will always be eternally universal beauty
wokeness xkan dpt mengubah lumrah donea
Quote nanasno 29-5-2024 09:37 AM
ya ampun momod ke sapa ke tolong la tendang musibat scammer semak ni. semua thread dia nak spam
Quote KamikuP 29-5-2024 09:49 AM
Ko ngan mak ko bukak payung jual nasi lemak ada masyuk jugak hanee oii.. jgn le berharap sgt dengan dunia artis yg penuh kepura puraan itew.. ekeekek gitew
Quote prettyuglybabe 29-5-2024 10:13 AM
dia ni dari dulu ingat dok main pasal kulit jah..
produk tak nampak sangat..
baik la gi cari kerja biasa je..
Quote adeqbun 29-5-2024 10:27 AM
intan244 replied at 29-5-2024 04:07 AM
pelakon, model bukan kerja mkn gaji. beringat sikit emergency fund kena byk. zakat jgn lupa byr, bar ...

dh tau sethn xde job,asal la x apply je keje mane2 utk sementara..ni la mslh golongan retis ni..tkut sgt nak keje mcm org biasa cthnye jd kerani ke,cashier ke..etc
Quote cicicumel 29-5-2024 10:39 AM
Dia ni dr awal dulu smpai skrg asyik duk cerita hidup susah je..job modelling she x lebat ke?harapkan lakonan rasanya susah nk jd lead.. sekadar watak tempelan boleh lah
Quote bitterchoc 29-5-2024 10:49 AM
kessah replied at 28-5-2024 08:14 PM
Da boleh la crik kje terap dik ... admin ke,customer service ke, bisnes on9 ke...



Ye, sheols muda lagi. Time antara shooting/modelling tu, carilah peluang lain. Dropship, affiliate, semua boleh. Kan followers ada tu.
Quote babelina 29-5-2024 10:53 AM
sekali dpt job berlakon msti ribu riban kn.. camtu juga job modelling.. tu yg kna jaga perbelanjaan bagai.. mcm x sesuai pula ko nk citer hal gadai2 nk tampung hidup.. ko kaki tgn ckup kot.. cari la kje klau xde shooting.. mcm 1 pelakon zaryn tu.. kt ig dia.. dia akn promote diri utk procuder n director supaya ambik dia blakon.. n bgtaw bila dia free.. sambil2 tu jual beg n vitagen..
Quote Burong_Hantuk 29-5-2024 10:58 AM
cari kerja tetap jer sis
Quote I.K.A888990 29-5-2024 11:23 AM
oh ingatkan byk jugak job dia
ada tgk gak drama dia berlakon
nak jadi lead tu mmg susah la maybe cuba2 masuk program lawak ke kot situ nnt ada la depa amik utk drama2 komedi ka apa

Lihat semua komen(215)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051515 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top