CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Berlakon 10 Tahun, Natasha Charmaine Rickson Masih Tak Glamour

4-3-2021 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13006| Komen: 58

Description: Memiliki seraut wajah cantik bukan jaminan untuk melangkah sepantas peluru berpandu dalam dunia hiburan. Selain rupa paras, tuah dan bakat perlu seiring untuk memacu populariti.
Memiliki seraut wajah cantik bukan jaminan untuk melangkah sepantas peluru berpandu dalam dunia hiburan. Selain rupa paras, tuah dan bakat perlu seiring untuk memacu populariti.


Lebih sedekad wanita berketurunan Iban dan Bidayuh, Natasha Charmaine Rickson, 29, menceburi bidang lakonan, namun wajah Ratu Cantik Borneo 2010 itu masih asing buat penggemar drama tempatan.

Tidak menafikan hakikat kurang popular, Natasha mengakui, pernah terbit keinginan berundur diri disebabkan kerjaya lakonan lakonan tidak menjadi.

Malah, anak kelahiran Kuching, Sarawak itu membuat keputusan mahu menyambung pengajian dalam bidang komunikasi media dan beralih arah ke bidang korporat apabila tamat pengajian. Namun, tatkala hasrat berundur diri timbul, rezeki dalam bidang lakonan hadir tanpa disangka.


Foto: IG


"Saya memulakan langkah sebagai pengacaraan. Saya dipertanggungjawab mengendalikan program Bintang Kecil RTM 2020. Sejak itu, saya mula diberi kepercayaan mengendalikan beberapa program televisyen lagi.

"Selepas itu, barulah saya mencuba nasib dalam pertandingan Ratu Cantik Borneo 2010 dan diangkat sebagai juara. Saya juga mula mendapat tawaran lakonan, tetapi kebanyakannya untuk drama RTM.

"Setakat ini, saya masih belum berpeluang muncul pada waktu perdana stesen swasta hingga menerbitkan rasa putus asa untuk meneruskan kerjaya lakonan.

"Saya rasa penonton tidak nampak kehadiran dan bakat saya. Namun, saya terjun ke bidang lakonan bukanlah untuk mengejar populariti semata-mata. Saya juga tidak mahu dikenali hanya bersandarkan kepada kecantikan.



"Bagi saya kecantikan boleh pudar apabila semakin meningkat usia, sebaliknya apa yang saya mahukan penonton dapat melihat bakat saya," katanya yang akan muncul menerusi drama Hari Kita Jatuh Cinta terbitan Zeel Production yang bersiaran di saluran Awesome TV.

Natasha berkata, dia tidak mahu terus berada pada takuk sama. Berbekal pengalaman, dirinya kini cuba mendekati golongan penerbit.

Namun, katanya, bukanlah setiap pengarah cuba didekati, sebaliknya hanya mendekati mereka yang dikenali.



"Rasa kecewa timbul apabila ada penerbit cuba mengambil kesempatan. Mungkin mereka rasa mampu menaikkan nama hingga sanggup memberikan upah yang tidak masuk akal.

"Saya lebih rela abaikan penerbit yang bersikap sedemikian. Saya tidak mahu dilihat terlalu terdesak mahu membina nama hingga sanggup menerima berapa pun tawaran diberikan. Bagaimanapun, saya bukanlah hendak bersikap 'demand', tetapi biarlah tawaran berbaloi dengan hasil kerja," katanya kepada BH Online.

Katanya, dia yakin dengan pengalaman dan hasil pemerhatian selama berada dalam dunia seni mampu menjadikannya penerbit. Selain itu, dia juga mengambil peluang berlakon dalam drama diterbitkan syarikat sendiri.




"Bagaimanapun, bukan semua karya akan dibintangi dalam drama terbitan saya. Sebaliknya, ia bergantung kepada watak. Namun, saya tak mampu menidakkan, tujuan saya bergelar penerbit demi kelangsungan kerjaya dalam dunia lakonan.

"Ini kerana saya sudah berada dalam bidang lakonan lebih 10 tahun, jadi sedikit sebanyak saya sudah belajar selok-belok dalam bidang ini. Saya yakin boleh menjadi penerbit yang baik kerana saya tahu apa yang pelakon dan kru produksi inginkan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-3-2021 12:06 PM
Maybe sebab uols tak reti jaja poen? Sorry jahat.
Quote cmf_premierleag 4-3-2021 12:18 PM
biasa je muka ko dik walau nama persis ummah kokesen
amyra rosli jauh lagi cantik dr ko walau nama sheola biasa2 je
Quote Kurex 4-3-2021 12:27 PM
Iols pun tak kenal kau sape
Quote Belibis 4-3-2021 12:29 PM
Siyes ehh 10 tahonnnn???
Quote miz_hanne 4-3-2021 12:31 PM
Jap cantik jap biasa2 je
Quote edoraixora 4-3-2021 12:32 PM
10 tahun tu dah berapa drama/filem?
Kalau setakat 2-3 mmg lah org x kenal, dlagilah kalau drama tu tak kebabooom
Quote doubleA 4-3-2021 12:54 PM
10 tahun pun tetap whoareyusssss
Quote sarah82 4-3-2021 01:06 PM
Cantiknya... Mesti sakit masa jatuh dari heaven
Quote Nenasketum 4-3-2021 01:14 PM
Macam tak pernah tengok, berlakon kat Asteruk kah?
Quote September14 4-3-2021 01:15 PM
Rupa x seiindah nama gicciew
Quote ChemicalRomance 4-3-2021 01:23 PM
Maaf cakap, tapi takde xfactor...
Quote lilydandelion77 4-3-2021 03:11 PM
Maknanya kau bakat so so je.
Sorry mak honest nak bg opinion.
Stacy tak lawa tapi berbakat menari menyanyi.
Kau tau kan producer mcm bang ijad ke, laki sis ketok rejab ramadan syawal...semua memilih rupa. Tapi jua bakat. Well bakat comes no.2.
Ayda jebs rupa tak berapa. Junna Nickblack pun okay okay la dgn rupa pengkid dulu. Laku je sheols.

Pokoknya jangan berenti mengipas, jangan berenti mencapub.
Quote gadis_mateen 4-3-2021 03:14 PM
muka yang susah nak diingati
Quote jijilaaa 4-3-2021 03:51 PM
owh sbb tak lawa. muka tua. nak jadi 2nd lead actor pun tak lepas ni
Quote dudaberhias 4-3-2021 03:56 PM
Who are yussss

Siapa tag sepundal ni dapat 10K, TC applies, boleh claim dekat bumi mendatar sahaja.
Quote mieymiey 4-3-2021 04:40 PM
First time iols dengar nama sheols dan nampak muka sheols. 10 tahun?
Quote Rara77 4-3-2021 04:42 PM
Marketing apa ni nk bg glemer cepat biar betik 10 tahun
dik kau pi cari vvip je lah
tengok posing pun sapundal je
Quote mrsbale 4-3-2021 08:41 PM
Mahap dik. Xdak aura. Tgk gmbo ig pun dah ngantuk
Quote SayaSayangMama 4-3-2021 10:40 PM
cmf_premierleag: biasa je muka ko dik walau nama persis ummah kokesenamyra rosli jauh lagi cantik dr ko walau nama sheola biasa2 je



Haha setuju. Dah tu demand harga plak tu. xmenarik sgt baru tgk ig dia.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064641 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top