CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azrel Ismail Tak Tiru Gaya Fikri Ibrahim

4-3-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2403| Komen: 3

Description: Pelakon Azrel Ismail yang dipilih mengacarakan program Hotspot musim keempat bermula semalam tidak terfikir untuk menandingi pengacara terdahulu iaitu Fikry Ibrahim.
Pelakon Azrel Ismail yang dipilih mengacarakan program Hotspot musim keempat bermula semalam tidak terfikir untuk menandingi pengacara terdahulu iaitu Fikry Ibrahim.

Azrel berkata, biarpun tiga musim sebelum ini dikendalikan Fikry, namun dia tidak mahu berasa tertekan atau meniru gaya persembahan yang pernah dibawakan pelakon itu.



"Saya perlu buktikan keputusan pihak produksi memilih saya untuk musim keempat ini adalah tepat. Saya anggap ini adalah rezeki dan peluang sebegini datang sekali saja jadi saya perlu buat yang terbaik.

"Walaupun tiga musim sebelum ini dihoskan Fikry, tapi pihak produksi sudah menasihati saya supaya menjadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik. Jadi tiada tekanan apapun.

"Tiada istilah untuk menandingi dia, sebaliknya saya hanya mahu bawakan program ini dengan cara tersendiri kerana saya bakal hoskan program ini selama 26 episod," katanya.


Foto: IG

Menurut Azrel, dia mengakui gemuruh untuk mengacarakan program itu kerana tidak mempunyai pengalaman mengacarakan program secara langsung.

"Saya agak gementar untuk mengacarakan program ini. Tambahan pula Hotspot sudah memasuki musim keempat dan sudah pasti pihak produksi mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada saya.



"Ketika latihan dijalankan semalam (kelmarin) saya akui masih berasa gemuruh, tapi selepas memahami semua segmen dan topik yang ingin dibincangkan, saya lebih yakin dan bersedia untuk membawakan program ini dengan pengacara bersama, Lana Nordin," katanya.

Hotspot musim keempat ditayangkan secara langsung bermula jam 9 malam semalam di saluran TV Okey. Program yang bakal bersiaran selama 26 episod ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan tempatan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-3-2021 01:10 PM
Dua2 iols suka
Quote Nenasketum 4-3-2021 01:13 PM
I is suka dia ni, tak pernah ada skandal. Jangan ummah dalam lemari udah, tapi asal tak ngada2 macam pondan lain, ok jerk.
Quote sarah82 4-3-2021 01:19 PM
Muka dia muka lelaki asli.. Bukan oprate.. Yg boleh boleh aku glup tahan air liur ..plus dgn kulit dia yg mmg sah2 aku suka kulit sawo matang.. Pergh....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047702 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top