CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pernah Tolong Sepanjang Kahwin, Lelaki Diarah Bayar Bekas Isteri Untuk Upah Kerja Rumah

27-2-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1957| Komen: 1

Description: Beijing: Mahkamah di Beijing memerintahkan seorang lelaki membayar ganti rugi kepada bekas isterinya untuk kerja rumah yang dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.
Beijing: Mahkamah di Beijing memerintahkan seorang lelaki membayar ganti rugi kepada bekas isterinya untuk kerja rumah yang dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.

Wanita itu akan menerima 50,000 Yuan (kira-kira RM30,300) sebagai bayaran kerja tanpa gaji selama lima tahun.

BBC News melaporkan kes itu menjadi perdebatan hangat di media sosial mengenai nilai rumah tangga dengan ada yang berpendapat jumlah itu terlalu sedikit.

Keputusan itu dibuat selepas China memperkenalkan undang-undang baharu.


Gambar Hiasan

Mengikut rekod mahkamah, lelaki yang dikenali dengan nama Chen memfailkan kes perceraian terhadap isterinya, Wang.


Mereka berkahwin pada 2015.

Pada awalnya, isterinya tidak bersetuju, tetapi dia kemudian mengemukakan tuntutan pampasan atas alasan Chen tidak pernah melakukan kerja rumah dan mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak.

Mahkamah Daerah Fangshan memerintahkan lelaki itu membayar ansuran bulanan sebanyak 2,000 Yuan (kira-kira RM1,521) sebulan.

Selain itu, dia juga diarahkan membayar RM30,300 untuk kerja-kerja rumah yang dilakukan oleh bekas isterinya.

Hakim memberitahu media pada Isnin bahawa pembahagian harta biasanya membabitkan hartanah.

"Tetapi kerja rumah adalah nilai harta yang tidak ketara," katanya.

Keputusan itu dibuat dengan kod sivil baru yang mula berkuat kuasa tahun lalu.

Di bawah undang-undang itu, seseorang berhak mendapat pampasan dalam perceraian.

Ia sekiranya satu pihak merasakan lebih bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak, menjaga saudara-mara yang sudah tua dan membantu pasangan dalam pekerjaan mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swateng1 1-3-2021 11:22 AM
sokong sangat. hidup nak jadi raja. bg kotey, buat anak. kerja rumah tak tolong lansung.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050876 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top