CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kurang Ajar, Berani Guna Perkataan N?” -Vanessa Reynauld Bengang Rambut Dan Penampilan Dikutuk

17-2-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8346| Komen: 57

Description: Penyanyi Vanessa Reynauld berang apabila membaca komen daripada individu yang mengkritik rambut dan penampilannya yang dikatakan tidak sesuai untuk industri Malaysia.
Penyanyi Vanessa Reynauld berang apabila membaca komen daripada individu yang mengkritik rambut dan penampilannya yang dikatakan tidak sesuai untuk industri Malaysia.

Vanessa menerusi Instastory miliknya menegur tindakan individu tersebut meninggalkan komen biadab dengan menggunakan perkataan sensitif yang melibatkan perkauman.


Foto: IG

"Saya tidak mahu beri inadividu itu perhatian seperti yang dimahukan. Tapi komen itu melampaui batas dan saya perlu katakan sesuatu. Terlalu banyak perkara kurang ajar dalam komen itu, berani anda guna perkataan N?

"Adakah anda tahu perkataan itu menyinggung perasaan? Sama teruk dengan menggunakan perkataan N yang lain. Saya menerima dan sayang siapa diri saya tapi anda cuba merosakkannya.


"Saya langsung tidak terkesan dengan komen itu, tapi komen individu itu di page tersebut menganggu saya. Apa yang anda cuba sebarkan, anda tahu karma? Apa yang anda lakukan akan dibalas semula," katanya.


Foto: mStar

Vanessa turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan individu tersebut di YouTube video muzik lagunya berjudul Putus ciptaan komposer Farouk Roman dan Amylea.

Menerusi komen tersebut, individu itu meminta naib juara program The Masked Singer Malaysia musim pertama itu mengubah imej, warna rambutnya dan solekan yang lebih sesuai untuk industri seni Malaysia.

"Vanessa ubahlah gaya awak itu... nak pergi menyanyi kat negr* sana ok la. Malaysia ini tak pandang gaya macam ni. Bukan nak kutuk, awak itu lawa saja. Tapi nak jadi negr* kenapa?

"Buat rambut hitam balik, luruskan... mekap elok-elok dan cari komposer lain yang pandai buat lagu. Contoh Aina. Jangan duk cari Amylea ni, kesian kat awak nanti. Tukar imej itu dulu kalau nak viral. Tak nak tak apa, tak paksa," tulis individu itu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 21 tahun ini menegaskan dia tidak akan mengubah imejnya semata-mata untuk membuatkan orang lain menerimanya.


Foto: mStar
"Saya tidak akan berubah untuk orang lain tapi untuk diri sendiri. Jika saya tak gembira dengan diri sendiri, saya akan berubah tapi bukan disebabkan komen bodoh daripada orang yang saya tak ambil peduli.

"Individu itu minta saya ubah penampilan rambut dan lakukan solekan berbeza untuk dapatkan populariti. Kita sudah masuk 2021 di mana orang dah mula terima dan bersikap terbuka berbeza dengan orang macam anda yang mempunyai fikiran cetek dan kata saya tidak sesuai berada dalam kalangan yang cantik sebab itu saya tidak dikenali.

"Saya lebih rela jadi diri sendiri daripada berubah semata-mata nak orang suka. Kita tahu, tak semua orang suka kita tak kira macam mana penampilan. Akan ada orang tak suka dan benci," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-2-2021 09:20 AM
Uish, dah besar budak ni.
Quote MsKathryn 17-2-2021 09:21 AM
Walaupun x kenal tp ok je style dia unik...  
Quote Amandaminaj96 17-2-2021 09:23 AM
Suka tgk org yg rambut curl ni hehehe..rambut curly ni yg lagi kena extra jaga {:love
Quote ellejo 17-2-2021 09:41 AM
OT

bulan lepas kes influencer negro america kene deport keluar dari Bali, dia overstay dan dia siap ajak foreigner buat benda sama mcm dia buat. siap keluarkan buku tak silap.
bila kene tahan, dia kata indon tahan dia sebab dia black dan lgbt. padahal sbb immigration offences.

netizen indon banjiri twitter dgn kes2 omputeh kene deport sebelum kes black ni menunjukkan we dont care about your race dan sentimen BLM ko boleh pegi mampus.

pastu black american tuduh indon super racist sebab dorang nampak perkataan Ngga (indon taip ngga for enggak/tak)


it was hell of a fun for me.

meols tak tengok netflix dua hari layan drama indon vs black pasal the N word

Quote sokmogitu 17-2-2021 10:09 AM
budak ni dari kecik lagi kan imej rambut kembang dia mcm tu? dia anak cindian kalau tak silap. Apsal gi buli dia? aku tengok budak ni ok je...bukan tipikal bbnu attention seeker pun, tiktok dia pun best
Quote auza_chiyoko 17-2-2021 10:13 AM
Xphm aku dgn org...ok je aku tgk rmbut dia..biar jela dia nk bt pattern ape pun
Quote Buritan 17-2-2021 10:15 AM
Amandaminaj96 replied at 17-2-2021 09:23 AM
Suka tgk org yg rambut curl ni hehehe..rambut curly ni yg lagi kena extra jaga {:love

Dulu kosmate aku negro time hujan rsmbut dia tak telap ayo hujan.. siap ade manik manik mutiara atas rambut dia.. koh koh
Quote deebiz14 17-2-2021 10:18 AM
Suka sheols. Love her voice, her personality, her looks.  

Dasar ada yg mentality cetek la dek. Toksah layanz ... just embrace your uniqueness dear.
Quote MadameOnion 17-2-2021 10:24 AM
cantik vanessa ni..aku tengok ok je...nak luruskan rambut buat apa? lama2 byk pakai ubat rebonding tu rambut jadi keras kejung mcm penyapu
Quote Nenasketum 17-2-2021 10:25 AM
Depa tak tau kah bukan murah nak buat rambut gini? Tu pasai aku slalu kata, netizen yang keyboard warriors ni bukan dah tengok dunia pun. Small to no exposure, main komen je
Quote Amandaminaj96 17-2-2021 10:31 AM
Buritan replied at 17-2-2021 10:15 AM
Dulu kosmate aku negro time hujan rsmbut dia tak telap ayo hujan.. siap ade manik manik mutiara at ...

Gitu engko memerhati rambut dia hehehehe...
Quote reddots 17-2-2021 10:44 AM
netijen tu set set bini samdawan lah kan..
colorism .

asal putih cantik..hitam level tapak kaki dia.. otak x berkembang
Quote Incanto 17-2-2021 10:54 AM
dia ni cantik dan talented

tak kisah lah rambut mcm N ,  ke botak ke, takde hal

nenek Sahara Yaacob dulu pun rambut mcm Tina Turner

netizen ni kena buka minda sikit,  jgn pandang rupa
Quote aqissa 17-2-2021 10:56 AM
I suka je style dia ni... dr dulu ada masuk pertandingan nyanyi kqt astro kan...  
Quote AshkieLa 17-2-2021 11:00 AM
ok je.. rare...
drpd rupa puteri aishah, ruhainies, risteena, tila tapak kaki..... bosan derrrr
Quote eyansss 17-2-2021 11:13 AM
definisi cantik sesetengah orang malaysia

- putih beku macam mayat
- rambut lurus straight takleh bengkok waima secoit pun
- rambut kelopak2 walau kejung yahamat
- kurus sekeping melidi...  takleh ada chubby walau sikit pun...
sebab tu la produk membunuh timbang kilo laku keras kat sini...
Quote nadie90 17-2-2021 11:56 AM
Edited by nadie90 at 17-2-2021 03:58 AM
eyansss replied at 17-2-2021 03:13 AM
definisi cantik sesetengah orang malaysia

- putih beku macam mayat

Bukan sj di Malaysia tapi itulh beauty standard kebykan org2 yg duduk di benua Asia....takat tu jala definisi kecantikan seseorg bg depa...wlpun xsmua tp bleh kira brp peratus ja yg hargai kecantikan seseorg.....huhu apa bleh buat
Quote tembamgirl09 17-2-2021 12:09 PM
aku suka giler rambut gini
Quote salimrock 17-2-2021 12:24 PM
kadang2 perlu buat kelainan,

cth aku igt Fellaini dgn puyol dgn ruud gullit pasal fesyen rambut diorg lain dari yg lain...

dan tidak la keterlaluan cm mohawk , mohawk tu nampak sgt di buat2

so lepas ni org kenal vanessa...



Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.124511 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top