CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

22 Tahun Beroperasi: ntv7 Ucap Selamat Tinggal, Beri Laluan Kepada Didik TV KPM

17-2-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8371| Komen: 77

Description: Setelah lebih 22 tahun bersiaran, saluran televisyen Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai ntv7 akhirnya mengucapkan selamat tinggal bagi memberi laluan kepada saluran khusus tv pendidikan b ...
Setelah lebih 22 tahun bersiaran, saluran televisyen Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai ntv7 akhirnya mengucapkan selamat tinggal bagi memberi laluan kepada saluran khusus tv pendidikan baharu, DidikTV KPM yang akan memulakan siarannya pada Khamis.


Stesen televisyen itu banyak menyiarkan pelbagai program menarik antaranya seperti sitkom Spanar Jaya, Phua Chu Kang serta siri kartun kegemaran ramai, Doraemon dan Shin Chan.

Sementara itu, DidikTV KPM akan bersiaran bermula pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari, merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.



Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu pukul 8 pagi dan akan disiarkan menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI).


Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan KPM, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM dan boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Sementara itu, Media Prima Berhad menjelaskan bahawa terdapat tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen di bawah Rangkaian Televisyen TV Sdn Bhd dan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan sesetengah pihak.

DidikTV KPM merupakan kolaborasi komersil strategik di antara Media Prima dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara melalui capaian luas Media Prima di dalam menerbitkan kandungan berkualiti. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 15-2-2021 09:51 PM
la usurpadora, edisi khas wan kamaruddin, drama melayu yg aida aris gelap tu, telemovie mamat khalid bnyk gak tayang dkt ntv7, yg raya mat rafi, citer hani mohsin, rombongan cik kiah
Quote little_sis 15-2-2021 09:57 PM
Spanar jaya, then ada gol n gincu gak dulu
Quote azazral 15-2-2021 10:04 PM
Who WIll WIn
Quote stinger.baik 15-2-2021 10:05 PM
spanar jaya

emak mertuaku

ejen 44 ejen 88

famili ceria apa kata survey

i feel u good

i feel bad 4 u

lepas ni tv9 pun ninggal jugak la ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote Belibis 15-2-2021 10:06 PM
Tv9 pun dah patut tutup jugak.setakat ulang siar tb3 punya jer.
Quote likecandy 15-2-2021 10:07 PM
Belibis replied at 15-2-2021 10:06 PM
Tv9 pun dah patut tutup jugak.setakat ulang siar tb3 punya jer.

TV9 tu pon setengah hari main cj wow shop je
Baik tukar jadi 24/7 home shopping network terus
Quote hyie 15-2-2021 10:08 PM
ofcoz paling suka layan mv lagu2 di awal penerbitan ntv7...dari pagi sampai ke 12pm mv manjang...lepak kat bilik tv reramai
Quote cmf_premierleag 15-2-2021 10:09 PM
ntv7 edisi siasat.......APA KEJADAHNYA semua ini..anak2 seawal usia 8 tahun dibiarkan melorongggg sesuka hati.mana mak bapak? mana pihak berkuasa??
Quote likecandy 15-2-2021 10:11 PM
Spanar jaya
Impian illyana
Phua Chu Kang
Kadang2 tgk drama US kat ntv7 jugak
Ngan drama cina
Quote mamasaffiya 15-2-2021 10:12 PM
hyie replied at 15-2-2021 10:08 PM
ofcoz paling suka layan mv lagu2 di awal penerbitan ntv7...dari pagi sampai ke 12pm mv manjang...lep ...

Ye betul2.
MV pulak lagu best smpai Kdg2 tau je lagu2 apa yg kuar.

Satu lagi yg Kayla Beverly produk makeup tu kan
Quote Mary_jane 15-2-2021 10:17 PM
Bestnya impian illyana.
Quote clarizsa 15-2-2021 10:43 PM
I feel good
I knew that i would
So good so good
I got u
Teng teng tengg
Quote clarizsa 15-2-2021 10:45 PM
Best ntv7 ni dulu
Hells kitchen
Asia Bagus
Uish banyak lagi lah
Drama2 apa semua
Skrg ni tv pun i x tengok sgt dah
Quote kiah_mai_pulak 15-2-2021 10:46 PM
The Amazing Race n Survivor, thanks ntv7 mmperkenalkan reality show ni
Quote kiah_mai_pulak 15-2-2021 10:47 PM
tak lupa siaran langsung Anugerah Industri Muzik,
Quote dudaberhias 15-2-2021 10:48 PM
Ehhh takde sape ingat doraemon ke. Tergamak chuols yachhh.. shin chan pun
Quote aemon 15-2-2021 11:22 PM
dudaberhias replied at 15-2-2021 10:48 PM
Ehhh takde sape ingat doraemon ke. Tergamak chuols yachhh.. shin chan pun

doramon,digimon,pokomen,sailormoon
Quote Lelli 15-2-2021 11:34 PM
Kecik2 dulu plg suka Ntv7.. terasa yinternasional and advance gitchuu..lols
Drama Latin yg plg Meols igt main kat ntv7 Mis Tres Hermanas dgn MonteCristo
Series yg educated and complicated mcm Grey's Anatomy,Bones pn bnyk main kat ntv7.


Bye2 favorite chanel suatu ketika dahulu.
Quote slyfynx 15-2-2021 11:36 PM
Ayat.........
This channel will replace by DidikTV

Betulkan sikit.

This channel will be replaced by DidikTV


Kalau buat ayat active, ... DidikTV will replace this channel.

Ok, done kelas online sikit2. Hahahahaha

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.098362 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top