CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Covid-19, Tiga Bulan 'Merempat' Di Lapangan Terbang

21-1-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1630| Komen: 0

Description: Lelaki warga California takut untuk pulang ke rumah kerana bimbang dijangkiti Covid-19 dipercayai tinggal di Lapangan Terbang O’Hare Chicago selama tiga bulan.
Lelaki warga California takut untuk pulang ke rumah kerana bimbang dijangkiti Covid-19 dipercayai tinggal di Lapangan Terbang O’Hare Chicago selama tiga bulan.

Aditya Udai Singh, 33, ditahan polis Chicago pada pagi sabtu lalu di lapangan terbang berkenaan dan didapati bersalah kerana melakukan penyamaran di kawasan terlarang serta mencuri wang sekurang-kurangnya ASD500 (RM2,016).


Kredit foto: CNN


Singh hadir ke mahkamah pada hari berikutnya dan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pendakwa raya, dia dikatakan tiba di lapangan terbang itu dari Los Angeles pada 19 Oktober tahun lalu.

Dia kemudian tinggal di situ tanpa dikesan oleh pemeriksaan keselamatan lapangan terbang berkenaan sehinggalah hari dia ditahan pada 16 Januari lalu.


Menurut laporan, Singh ditangkap dua pekerja United Airlines selepas didekati oleh mereka kerana ingin melihat dokumen pengenalan dirinya.

Sebaliknya, dia menunjukkan lencana pengenalan diri milik salah seorang pengurus operasi lapangan terbang berkenaan yang dilaporkan hilang pada Oktober tahun lalu.

Ketika dalam perbicaraan di mahkamah, pembantu peguam, Kathleen Hagerty berkata, Singh menyatakan yang dia takut untuk pulang ke rumah kerana bimbang dijangkiti virus Covid 19 disamping penumpang-penumpang di lapangan terbang berkenaan memberikan dia layanan baik seperti makanan sepanjang dia “tinggal” di sana.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Cook County, Susana Ortiz meluahkan rasa terkejut kerana wujud kes seperti ini yang dianggap luar biasa dan meminta pihak Chicago’s O’Hare Airport untuk memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, selepas disiasat, Singh didapati bukanlah seorang penjenayah dan dia merupakan penduduk pinggir bandar daerah Orange, Los Angeles dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Ekoran dari itu, Singh didenda US Dollar $1000 dengan syarat bahawa dia tidak akan tinggal di Chicago’s O’Hare Airport lagi dan diarahkan untuk kembali ke mahkamah semula pada 27 Januari.


Sumber: Suara Merdeka

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.100751 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top