CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sibuk Kerja Tahun Lepas, Mustahil Tak Jana Pendapatan Langsung" - Syafiq Tak Terjejas PKP

21-1-2021 12:19 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3785| Komen: 12|Original author: Oleh: LilRose

Description: Syafiq Kyle tidak bimbang sebaik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Syafiq Kyle tidak bimbang sebaik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Ini kerana dia sudah 'sediakan payung sebelum hujan' dengan bekerja keras megumpul simpanan sebaik lampu hijau diberikan bagi meneruskan penggambaran tahun lalu.



Kredit foto: IG

"Alhamdulillah, setakat ini, tiada apa yang terjejas. Saya yakin rakan dalam bidang seni ini juga sama. Ini kerana masing-masing sudah sibuk bekerja sepanjang tahun lalu. Mustahil jika tidak menjana sebarang pendapatan langsung.

"Seperti saya, hasil pendapatan tahun lalu digunakan dengan sebaiknya. Sebahagiannya diketepikan untuk tujuan simpanan. Berdasarkan pengalaman tahun lalu, saya dapat mengagak sesuatu akan berlaku, tahun ini. Jadi, saya memang buat persediaan dengan menabung.

"Oleh itu, apabila PKP 2.0 dilaksanakan, saya tidaklah terkesan. Lagipun, hanya penggambaran sahaja yang tidak dibenarkan, sebaliknya kerja lain seperti promosi dalam media sosial dan tanggungjawab sebagai duta produk masih berjalan seperti biasa," katanya kepada BH Online.



Kredit foto: IG

Pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia tiada bantahan dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKP 2.0.

Malah, dia meminta rakyat bersabar dan berkorban hingga rantaian COVID-19 dapat diputuskan berikutan angka jangkitan berada pada tahap cukup membimbangkan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-1-2021 01:03 PM
Baguslah. Nanti kalau ada yg bising minta peruntukan khas retis, tolong bantah ya. Retis pin rakyat biasa.
Quote BoongaKertas 21-1-2021 01:14 PM
LadyCarefree replied at 21-1-2021 05:03 AM
Baguslah. Nanti kalau ada yg bising minta peruntukan khas retis, tolong bantah ya. Retis pin rakyat  ...

dem chuols, deep! terus teringat muka geng geng yg mintak fund khas masa pkp aritu. hahaha!
Quote Tinot7 21-1-2021 01:18 PM
dia ni duta apa ye?

"Oleh itu, apabila PKP 2.0 dilaksanakan, saya tidaklah terkesan. Lagipun, hanya penggambaran sahaja yang tidak dibenarkan, sebaliknya kerja lain seperti promosi dalam media sosial dan tanggungjawab sebagai duta produk masih berjalan seperti biasa," katanya kepada BH Online.
Quote mieymiey 21-1-2021 01:41 PM
Kang esok lusa ada la tu retis yang menjawab. Dikatanya "ko takper la banyak job, iols ni walaupun retis A list tapi takder job, so iols terkesan".
Quote Ritacomels 21-1-2021 01:43 PM
Oooohhhhh ok
Quote Kurex 21-1-2021 01:46 PM
Gambar pertama tu, kenapa bahagian hidung mulut macam alip sokri???

Tak jadi nak bersemoga

Quote MadameOnion 21-1-2021 03:17 PM
tapi mmg obvious capik ni jenis kuat keja..job apa pun sebat je..sementara muda ni kan...tak payah pedulikan kata org..nak naskhah bagus la..watak mencabar la...last2 jual sambal rega yahudi nak menampung kehidupan
Quote Perawankota 22-1-2021 02:53 AM
Mmg x kan terkesan. Satu mega drama Silap2 dpt ratus ribu.. Tu belum lagi bayaran jadi duta sana sini..
Quote newme11 22-1-2021 09:14 AM
Quote jasmeen 23-1-2021 04:27 AM
untungla..dia kan pandai belakon..popular lafi..banyak lah job..
Quote dudaberhias 23-1-2021 04:29 AM
dia ni banyak job lepastu kureng menunjukkk...kureng show off sebabtu simpanan banyak... kalau retis sendusss sesendussnyaaa job sikit pun dah perabih beli vellfire...
Quote zuri154 23-1-2021 05:48 AM
Iols nmpk capik belakang skit ni sejenis retis yg ada wawasan dlm hidup. Sejenis keje keras utk maju dlm bidang yg diceburi. Tahu apa yg heols nk capai. Keje kuat sementara muda. Kumpul duit byk2. Semoga capik terus maju...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055467 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top