CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam ‘Cable Tie’, Gelang Jenama Mewah Ini Dijual Lebih RM2 Ribu

21-1-2021 12:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6915| Komen: 45

Description: Dunia fesyen sekarang semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman. Ramai pereka fesyen menjadikan fesyen rekaan mereka sebagai medium untuk mempamerkan dan menyerlahkan hasil seni dan kreativiti ...



Dunia fesyen sekarang semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman. Ramai pereka fesyen menjadikan fesyen rekaan mereka sebagai medium untuk mempamerkan dan menyerlahkan hasil seni dan kreativiti masing-masing.

Termasuklah rekaan fesyen bagi gelang tangan dan cincin terbaharu keluaran syarikat berjenama mewah ini.

Salah satu koleksi gelang tangan dari AMBUSH menjadi tular kerana rekaannya mirip dengan cable tie.

Umumnya, cable tie adalah pengikat serba guna yang bukan sahaja digunakan di rumah, malah jika kita pergi ke pasar raya, kedai serbaneka memang ada menggunakan jenis pengikat ini.

Rekaan gelang tangan AMBUSH ini menjadi buah mulut kerana dilihat amat menyerupai cable tie yang dijual di kedai-kedai sekeliling kita seperti MR DIY dan Eco Shop.


Difahamkan, ia adalah rekaan pereka fesyen AMBUSH, Yoo Ahn yang mana koleksi ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang, cincin dan anting-anting.



Lebih mengejutkan, koleksi tersebut dijual dengan harga yang cukup mewah iaitu lebih RM2,000.

Walaupun harganya dianggap tidak masuk akal, gelang dan cincin mirip cable tie itu telah pun habis terjual secara dalam talian di laman Farfetch.



Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan cincin dan gelang berkenaan yang dikatakan fesyen terbaharu masa kini.

Memetik sumber CNN, AMBUSH menggambarkan koleksi perhiasan tersebut sebagai sentuhan utilitarian klasik.

AMBUSH merupakan sebuah jenama yang menghasilkan pelbagai koleksi perhiasan berbentuk eksperimental.

Mula memasuki pasaran di Paris pada tahun 2015, kebanyakan rekaannya diinspirasi dari seni pop Tokyo.

Jenama ini juga sering bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal seperti Kim Jones, Off White, Shu Uemura, Nike, Gentle Monster, dan Rimowa.

Mana tahu, mungkin barang sekeliling yang anda rasa pelik dan nampak kebudak-budakan itulah akan menjadi fesyen mewah pada masa akan datang.



Sumber : Odisi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-1-2021 12:50 AM
Apake bodo design.
Quote makneng 21-1-2021 01:00 AM
Mak ada sepeket warna kuning beli kat mr diy itu hari...sape berminat?
Quote any42 21-1-2021 01:00 AM
Yg xmmpu pkai je la cable tie btul spray color gold ka jd brand brambush
Quote kookiechip 21-1-2021 01:04 AM
Macam cartier lah.
Ada gelang pattern paku.
Harga pun ribu2
Quote oggy 21-1-2021 01:19 AM
Material apa
Quote Rob07 21-1-2021 07:20 AM
Saper yg tak tau  nak buat apa dgn duit yg juta2,  tu boleh la beli benda merapik camni{:give
Quote Lengkong 21-1-2021 07:54 AM
Ada yang suka ok lah..habis jual


Quote renko 21-1-2021 07:59 AM
Yg pertikai tu mesti pprt pakai gelang sebesar2 alam serupa aci estet g kenduri
Quote Simunggu 21-1-2021 08:04 AM
nasib bukan mcm gelang kurantin

kalau setakat gelang mcm itu, rumah aku banyak..aku jual RM2 ja satu
Quote alieyrina 21-1-2021 08:17 AM
Sok retis2 mesia instapemes2 stat pakai laa ni
Quote ctaz 21-1-2021 08:48 AM
dah makin bangang pendesign2 kat dalm donia ni....
Quote penampar_jepun 21-1-2021 09:21 AM
aku ada 3 kaler.. merah, kuning n putih. saiz pon berbeza. nk jual bape ribu lak ni..
Quote She-Ra 21-1-2021 09:30 AM
makneng replied at 21-1-2021 01:00 AM
Mak ada sepeket warna kuning beli kat mr diy itu hari...sape berminat?




selekeh wehhhh.. retis/model leh la pakai kot utk sesi photo shoot atau masa buat show
hari2 biasa, mau kena gelak berjemaah je.. laka lakaaa
Quote She-Ra 21-1-2021 09:32 AM
lebihan tu kalau tercocok lobang hidung ok lg, bagaimana kalau mata? pasti lazat kan.. neno neno neno
Quote budakshinchan 21-1-2021 09:33 AM
sorry tak lawa
Quote Boomibulat 21-1-2021 09:37 AM
Saya agent jual benda ni..sape2 nak boleh PM..hari ni oder mlm ni boleh dpt..blk kje petang karang terus pgi kedai eco beli..
Quote MoonRise 21-1-2021 09:39 AM
Designer takde idea dah kot.
Quote Noraniza_Iblis 21-1-2021 09:40 AM
ni sesuai laa..utk org yg duit tk taw nk perabih ke mne lg..
kalau takat acik2 gomen..kje pulun OT..
mmg x la sis..
Quote Artemesiaa 21-1-2021 09:44 AM
Selalu benda2 macam kaki fashion atau benar2 berduit je suka beli.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.080726 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top