CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kajian, Banyak Syarikat Akan Tutup Jika PKP Lebih Dua Bulan

12-1-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1842| Komen: 1

Description: KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan (PKP) kali kedua yang akan dilaksanakan bermula Rabu ini tidak boleh dibuat lebih daripada dua bulan kerana jika tidak lebih banyak perniagaan akan gulung tik ...
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.



KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan (PKP) kali kedua yang akan dilaksanakan bermula Rabu ini tidak boleh dibuat lebih daripada dua bulan kerana jika tidak lebih banyak perniagaan akan gulung tikar.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata berdasarkan kajian yang dibuat, kebanyakan perniagaan hanya boleh bertahan tanpa pendapatan selama dua bulan.

Katanya, malahan, lebih 30,000 perniagaan telah gulung tikar pada tahun lalu selepas PKP kali pertama dilaksanakan pada bulan Mac.

"Kebanyakan syarikat ini adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, yang mempunyai kurang daripada lima pekerja. Mengikut kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan pada tahun lalu, keupayaan untuk perniagaan ini terus bertahan tanpa ada sebarang pendapatan ialah tidak melebihi dua bulan.


"Selain itu, kita juga berharap dengan pelaksanaan PKP ini, kerajaan boleh memperluaskan pemberian program subsidi upah kepada semua sektor dan bukan hanya kepada sektor peruncitan dan pelancongan yang dilaksanakan sekarang ini," katanya kepada BH ketika dihubungi di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya petang tadi berkata, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa Rabu ini, jam 12.01 tengah malam hingga 26 Januari depan.

Katanya, enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, katanya, PKP Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain, iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak pula akan dilaksanakan PKP Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

Pada tahun lalu, kerajaan melaksanakan PKP buat kali pertama bermula 18 Mac membabitkan seluruh negara.

Mengulas lanjut Shamsuddin berkata, pelaksanaan PKP akan memberi kesan yang amat berat kepada peniaga dan syarikat kerana cuma perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk beroperasi.

Katanya, itu pun dengan syarat ketat yang mana pengurusan tidak boleh lebih 30 peratus dan sudah tentu pada akhirnya sebahagian apa yang berlaku pada Mac 2020 (PKP kali pertama) akan berulang.

"Bermakna di sini, kemungkinan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari ketika PKP seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini akan kita rasai semula.

"Malahan, peningkatan atau pemulihan dalam pertumbuhan ekonomi yang kita alami pada akhir-akhir ini akan terbantut lagi dan apa yang dikhuatiri ialah ada lagi syarikat yang tidak akan dapat bertahan.

"Ini kerana kita tahu pada tahun lalu lebih 30,000 syarikat telah gulung tikar dan ini juga kalau kita lihat pada 2020 dulu, ekonomi telah menguncup lebih 17 peratus pada suku kedua dan kemudian kembali meningkat," katanya

Tambahnya, apa yang dikhuatiri ialah semua ini akan berlaku semula dan ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan dan beliau berharap supaya PKP kali ini akan dapat melandaikan semula keluk.

"Dengan itu (PKP) tidak perlu disambung 14 hari lagi dan boleh beralih kepada PKP Bersyarat atau Pemulihan supaya kita dapat mengambil kira keperluan kelangsungan hidup pekerja dan rakyat.

"Selain itu, kebimbangan saya ialah apabila pelajar-pelajar universiti yang telah tamat pengajian dan mahu mencari pekerjaan, ia akan menjadi sukar kerana tidak banyak peluang pekerjaan ditawarkan," katanya.



Sumber : BeritaHarian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah 13-1-2021 12:55 AM
Betul tu. Kos sebulan je dah berapa. Inikan 2-3bulan. Hopely plg lama pun 2bulan. Kes turun mcm haritu. And tolong la jgn biar plotician bangang buat pru lagi lepas kes turun. Diaorg gaji jln je even pkp. Rakyat ni. Ya ampunnn gamble hidup oii. Ada gaji xjalan. Ada yg dah bercatu makan. Diaorg pk palehotak diaorg je. Rakyat xdi concern

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.051644 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top