CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Diberi Amaran Keras Lepas Serang Zeti Aziz Di Facebook

8-1-2021 04:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4441| Komen: 10

Description: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengeluarkan amaran keras kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi “serangan secara maya” terhadap bekas Gabenor Bank Negara ...
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengeluarkan amaran keras kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi “serangan secara maya” terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


Dalam keputusannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan “gag order” (perintah sekatan) terhadap Najib, Ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah perbicaraan itu berlangsung dalam domain awam.

“Sehubungan itu, mahkamah ini mengeluarkan amaran keras kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya dan mahkamah akan mengambil apa juga tindakan yang perlu bagi melindungi integriti institusi ini,” kata hakim.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan pada Selasa menggesa mahkamah mengenakan amaran keras terhadap Najib kerana melakukan “serangan” ke atas Zeti yang merupakan seorang saksi dalam kes 1MDB, menerusi Facebook beliau.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram membangkitkan isu itu susulan kenyataan Najib dalam hantaran menerusi Facebooknya pada 29 Dis lepas mendakwa Zeti menerima wang daripada 1MDB.



Kredit foto: FB



Sequerah berkata, kenyataan yang dibuat Zeti dalam kedua-dua temu bualnya tidak mewajarkan tertuduh untuk bertindak balas dengan membuat hantaran melalui Facebook.  

“Apa yang dinyatakan tertuduh dalam hantarannya itu boleh disifatkan secara keseluruhannya sebagai satu serangan ke atas saksi,” kata hakim.

Terdahulu, peguam utama pasukan pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghujahkan bahawa hantaran dalam Facebook Najib merupakan respons terhadap kenyataan Zeti dalam dua artikel yang diterbitkan dalam talian.

“Dalam satu daripada temu bual itu iaitu dengan portal berita TheEdgemarkets.com yang diterbitkan pada 3 Julai 2018,  beliau (Zeti) terus menyerang anak guam saya sehari sebelum pertuduhan terhadapnya  berkaitan SRC International Sdn Bhd dibuat pada keesokannya (4 Julai 2018).

“Kenyataan Zeti (semasa siasatan kes SRC International dan 1MDB) dirakam kerana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas 1MDB yang menyiasat skandal melibatkan dana kekayaan berdaulat itu.  

"Tan Sri Zeti tahu beliau berpotensi menjadi saksi. Anak guam saya tidak tahu, tapi beliau (Zeti) boleh menjangkakannya,” kata Muhammad Shafee.



Muhammad Shafee ketika menamatkan hujahnya berkata mahkamah perlu menimbang hak kebebasan bersuara rakyat yang diperuntukkan menerusi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, dan sama ada isu itu merupakan penghinaan mahkamah. 

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menghujahkan bahawa satu lagi portal yang menyiarkan temu bual Zeti iaitu euromoney.com, hanya menumpukan pada isu ekonomi.

“Dalam artikel itu tidak ada kenyataan yang boleh dianggap sebagai serangan peribadi ke atas Najib, manakala artikel kedua yang diterbitkan oleh  theedgemarkets.com merupakan jawapan Zeti terhadap dakwaan Najib yang dibuat dalam temu bual sebelum itu.

“Tan Sri Zeti menjawab kenyataan tentang beliau. Malah, pada waktu itu beliau juga tidak termasuk dalam senarai saksi. Jelas, ini merupakan kes menghina mahkamah. Kami memohon mahkamah mengeluarkan amaran agar perkara ini tidak berulang,” katanya.

Perbicaraan bersambung 8 Feb.


Sumber: BERNAMA

2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-1-2021 05:40 AM
Woww menarik ni.. Kita tgk sapa yg menang
Quote Buritan 8-1-2021 10:29 AM
[quote]Perawankota: Woww menarik ni.. Kita tgk sapa yg menang[/quot

Kluster kayangan dgn kluster kayangann.. emm
Quote jalfa 8-1-2021 10:37 AM
Masalahnya berpotensi jadi saksi je.bukan saksi lagi.....putar alam betol
Quote MadameOnion 8-1-2021 10:48 AM
pelik2 je sekarang ni
Quote Ninjanunu 8-1-2021 11:30 AM
So immature lah buat camtu
Quote rashiman 8-1-2021 12:10 PM

Tunggu aje Peguambela Najib menyoalbalas saksi Zety di Mahkamah.

Najib macam dah beri klu soalan2  yg bakal ditanya...
Quote swateng1 8-1-2021 12:24 PM
sudah laa najib. time2 covid macam ni laa dirty politician sebok nak ambik alih goverment sebab masing-masing nak gugurkan kes mahkamah. semoga kau semua mati kena covid la
Quote orglama 8-1-2021 12:29 PM
swateng1 replied at 8-1-2021 12:24 PM
sudah laa najib. time2 covid macam ni laa dirty politician sebok nak ambik alih goverment sebab masi ...

Amin...semoga doa2 rakyat marhain yg dipermainkan politician2 gila kuasa dimakbulkan
Quote amerald 8-1-2021 12:30 PM
sepatutnya jadi peyem ni lebih bijak dari nitezen
rasa ada tangan ghaib yg menaip
Quote dodolgemok 10-1-2021 10:20 AM
Tu la jadinya bila kat fb jah acah2 tau semua benda, acah hebat tpi kat Court diam semua xtau. Kan dah kena warning!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066454 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top