CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweet Qismina Enggan Muncul Dalam Muzik Video Haqiem Rusli Sebab Kena Bertudung?

8-1-2021 06:18 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16559| Komen: 78|Original author: Oleh: LilRose

Description: Haqiem Rusli bertegas dengan pendiriannya mahu menampilkan pelakon atau model wanita bertudung dalam muzik video single terbaharunya, Mimpi.
Haqiem Rusli bertegas dengan pendiriannya mahu menampilkan pelakon atau model wanita bertudung dalam muzik video single terbaharunya, Mimpi.


Kredit foto: IG


Penyanyi itu berkata demikian selepas berlaku masalah apabila pelakon utama drama bersiri Bidadari Salju, Adam Lee dan Sweet Qismina menolak untuk berlakon dan muncul dalam muzik video berkenaan.

Memetik Harian Metro, mereka terpaksa menggantikannya dengan model lain pada saat akhir selepas pelakon terbabit meninggalkan lokasi penggambaran berikutan berlaku masalah komunikasi dipercayai berkaitan pemakaian tudung seperti dimahukan Haqiem. 


"Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana pihak produksi yang berhubung dan berurusan dengan mereka. 

"Apa yang pasti saya sudah menyatakan pendirian saya bahawa jika ada pelakon atau model wanita yang ingin ditampilkan dalam muzik video saya, mereka perlulah bertudung (menutup aurat). Jika tidak, maaf saya tidak setuju.


"Saya tak mahu ulas lanjut mengenai isu ini kerana saya kurang jelas apa yang berlaku kerana urusan pelakon terbabit diuruskan sepenuhnya oleh pihak produksi. Tambahan pula, mereka memang pelakon dalam drama 28 episod itu dan lagu Mimpi menjadi runut bunyi untuk drama terbabit. 

"Bagi saya, tidak menjadi masalah dan akan lebih meriah jika mereka sudi untuk turut serta dalam muzik video saya. Semua perkara Allah yang tentukan. Mungkin bukan rezeki saya untuk bersama mereka dalam muzik video Mimpi," katanya.


Kredit foto: IG

Malah, Haqiem tidak marah atau berkecil hati, sebaliknya berterima kasih kerana pelakon terbabit ada niat untuk membantunya menjayakan muzik video berkenaan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 8-1-2021 06:53 AM
Sweet ni kalau pakai tudung marhaen sangat mukanya... Tapi tak rasa sbb kena pakai tudung, mesti ada benda lain ni
Dek qiqi pulak untung betul demand macam2 pun masih boleh bertahan kt industri
Quote mosti 8-1-2021 07:02 AM
Srh gf dia pkai tudung dulu
Quote tuntasha 8-1-2021 07:08 AM
miszclassique replied at 8-1-2021 06:53 AM
Sweet ni kalau pakai tudung marhaen sangat mukanya... Tapi tak rasa sbb kena pakai tudung, mesti ada ...


Aku baru nak cakap benda sama. Budak Qis ni ada jer drama pakai tudung ok jer.

Ada kes lain ni tp tak memasal dah kena cop sbb tk nak paki tudung ni naik berang lah si Sweet ni nanti. Tunggu apa kata Qissy.

Quote miszclassique 8-1-2021 07:10 AM
mosti replied at 8-1-2021 07:02 AM
Srh gf dia pkai tudung dulu

Wow mohon sedikit klu, org industri jugak kerr
Quote Mawar91 8-1-2021 07:11 AM
miszclassique replied at 8-1-2021 06:53 AM
Sweet ni kalau pakai tudung marhaen sangat mukanya... Tapi tak rasa sbb kena pakai tudung, mesti ada ...

Maybe Sebb die bnyk bagi untg kat company FMC kot Sebb tu la company x pernah tolak ape yg heols demand..lagipon meols tgok sweet Qismina tu bnyk je drama sheols berlakon bertudung x kan Sebb MV yg shoot sehari kne bertudung sheols tolak?mesti ade hidden stori lain ni..agituu meols speku
Quote Miss.H 8-1-2021 07:35 AM
Tak logik pasal kalau pasal tudung jd. Mesti ada kes lain ni.

#donekomen
Quote tuntasha 8-1-2021 07:46 AM
Nanti ada lah armyqiem yg berdoa baik baik tuk idola dia sbb dia nak yg bertudung tp restu awek dia freehair nanti pandai lah idolat pujuk berhijab nanti ahhhgitchewww
Quote lattehazelnut 8-1-2021 07:49 AM
Belum jd penyanyi bernombor lg dah kerek semacam
Quote LadyCarefree 8-1-2021 08:01 AM
lattehazelnut: Belum jd penyanyi bernombor lg dah kerek semacam



Kerek poyo propa tu synonym dengan qiemkepampropa. Walau fmc control semua lepas kes propa depresi namun kalau dh sifat semulajadi, akan keluar jugalah bila dia bercakap tanpa filter fmc.
Quote NonaNaga 8-1-2021 08:01 AM
Farhanna Qismina Supandi ni berlakon sampai ke tua  la gaknya....
tapi masyuk berlakon tapi she's not my fav pun budak2 nau nampaknya
Quote tuntasha 8-1-2021 08:12 AM
LadyCarefree replied at 8-1-2021 08:01 AM
Kerek poyo propa tu synonym dengan qiemkepampropa. Walau fmc control semua lepas kes propa dep ...

Dia nampak try hard sangat nk dipandang dewasa dan mulia akhlak sampai propa parpu kesudahnya.
Quote Cekgushilla 8-1-2021 08:12 AM
NonaNaga replied at 8-1-2021 08:01 AM
Farhanna Qismina Supandi ni berlakon sampai ke tua  la gaknya....
tapi masyuk berlakon tapi she's n ...

Gabung pulak dgn fimie don terus rsa mcm tgk putera shazlan hahahahaha
Sbb tgk dr kecik kot susah nk terima dia dok belakon kawen2 hahaha
Quote Redmyvi 8-1-2021 08:14 AM
Tengok sweet ni ok takda la perangai cam diva pun.. rasanya ada lg sebab lain yg buat depa tak nak berlakon MV ni..
Quote SherryZass 8-1-2021 08:16 AM
Propa betul heolls ni + demand eh
Quote hantamal 8-1-2021 08:18 AM
Meols rasa bukan sebab tudung, tp sebab kena menari ala-ala membuai mimpi aggittewww
Fizikal sweet tak sesuai, dengan ada babak 3 orang sekali masuk frame..
Bayangkan adam lee yg beso, qieqiemilo yg middle & sweet yg rendah dlm 1 frame.. tak cantik nokks
Ganti fuzz laki bini barulah nampak setara je semua..
Quote buragazz 8-1-2021 08:19 AM
Mesti penggunaan tatabahasa produksi yang terlebih.. pastu base on statement.. kenapa tak Kiki Murung direct communicate dengan Model MV kan lebih mesra ni guna produksi

Ofkoz la budak2 tu akan cakap.. Err Kiki Murung tak nak model yang free hair.. klu tak boleh kita cari model lain... something like that..
Quote anony-mous 8-1-2021 10:20 AM
NonaNaga replied at 8-1-2021 08:01 AM
Farhanna Qismina Supandi ni berlakon sampai ke tua  la gaknya....
tapi masyuk berlakon tapi she's n ...

I pulak x suka qismina ni berlakon sbb nmpak dibuat2 manja dia tu. Dgn tone suara yg control sgt2, n muka marhaen sgt
Quote Kancilkering 8-1-2021 10:35 AM
a aida ni besar budget colab lagu ngan qiqi

gi lab ambil hana delisha tu jadik model...bapak
comel tul dia tu
Quote Fafaaisa 8-1-2021 10:43 AM
Sape gf dikqieqie..xde gambo ke

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.157413 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top