CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ROS Tak Luluskan MUDA, Kenapa Takut Dengan Parti ‘Nyamuk’? - Syed Saddiq

8-1-2021 07:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2595| Komen: 16

Description: Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai keputusan enggan meluluskan penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) terus dipersoalkan.
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai keputusan enggan meluluskan penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terus dipersoalkan.

Malah, kepimpinan MUDA sebelum ini mendakwa pernah mengadakan pertemuan dengan ROS sebagai usaha untuk memenuhi syarat kelulusan.


Walau bagaimanapun, mesyuarat yang diadakan beberapa kali itu tidak membuahkan hasil.


Kredit foto: IG Syed Saddiq

Oleh demikian, ROS dipersoalkan kerana keputusan tersebut mengambil masa lebih 100 hari, sedangkan waktu pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dahulu cuma ambil masa 30 hari.

“MUDA sudah berjumpa dan bermesyuarat dengan ROS beberapa kali sepanjang proses pendaftaran. Mengapa ROS tidak pernah membangkitkan apa-apa masalah berkenaan pendaftaran terus kepada kami waktu mesyuarat?

“MUDA sudah memenuhi semua keperluan yang diperlukan untuk mendaftarkan sebuah parti politik yang sah. Apa lagi keperluan yang ROS mahu?


“Semua penaja MUDA (mereka yang mendaftarkan MUDA) adalah warganegara Malaysia dan tidak muflis. Adakah ROS ada apa-apa isu dengan status setiap penaja MUDA?

“Yang lebih menghairankan saya, waktu PPBM (Bersatu) daftar dengan ROS, ambil masa 30 hari. Waktu Perikatan Nasional (PN) daftar lagi laju, tiga hari sahaja. MUDA? Dah lebih 100 hari tapi tetap ditolak.

“Apa lagi masalah yang ada pada pendaftaran MUDA?”

Demikian persoalan dilontarkan oleh antara pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam satu kenyataannya hari ini selepas mengetahui keputusan ROS mengenai permohonan pendaftaran MUDA.



Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan kenyataan rasmi MUDA yang memaklumkan kecewa dengan keputusan ROS yang tidak meluluskan penubuhan parti berkenaan.

Oleh demikian, MUDA mempersoalkan hak berperlembagaan untuk rakyat Malaysia berpersatuan dan bahagian dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.



Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar itu turut menempelak sesetengah ahli politik lain menyifatkan MUDA sebagai ‘parti nyamuk’.

“MUDA ini parti baru, masih kecil dan kononnya dianggap parti ‘nyamuk’ oleh sesetengah ahli politik lama.

“Jadi, biarlah MUDA jadi parti politik yang sah. Tak perlu takut dengan ‘nyamuk’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta ROS menjelaskan sebab tidak meluluskan penubuhan MUDA dan sedia beri kerjasama. 


Sumber: Suara Merdeka

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 8-1-2021 08:09 AM
Zalim...pilih kasih..discriminating..aniaya..jahat!!

Bio la depa nk.berparti.puak depa..mcm oghe lain

HAK depa di nafikan...bleh pi court n ROS bleh di saman!!!

Go Sadiq botak..go
Quote Minami2013 8-1-2021 08:15 AM
Apa masalah nya parti org muda... bosan betul tgk politician sama berpuluh tahun sampai nk mampus baru let go jawatan.
Quote che-cikL 8-1-2021 08:20 AM
Masa mula2 dia umumkan nak daftar MUDA, kan ke dah ada persatuan ke NGO bernama MUDA yg dah sedia berdaftar dgn ROS? Jadi SSaddiq ni tak blh lah lagi guna nama MUDA kan? I would think ini sebab yg ROS tolak ni.

Quote TENGKUTAHAR 8-1-2021 08:28 AM
che-cikL replied at 8-1-2021 08:20 AM
Masa mula2 dia umumkan nak daftar MUDA, kan ke dah ada persatuan ke NGO bernama MUDA yg dah sedia be ...

Ye betul, saddiq tau tapi kenapa dia tak mau tukar nama pertubuhan dan tak mau cerita yg sebenar
Quote akies 8-1-2021 08:49 AM
Dah kenapa tk tanya pada ROS kenapa tak luluskan lg?
Kata dah banyak buat meeting
Follow up tk boleh ke
Memandai je aku ni
Quote zach2008 8-1-2021 08:58 AM
Bg aku biarla dia daftar..
Ada masalah dlm pendaftaran sila bagi tau
Quote l0g0ut 8-1-2021 09:31 AM
Soalan.... kalau jadi betul2 parti ni... nanti bila SS dah 60 tahun pun dia presiden ke tak?

parti berdasarkan umur ni tak make sense la.
Quote chandrahusin 8-1-2021 09:51 AM
halah halah halah
parti cucu Atok
Quote Ninjanunu 8-1-2021 11:24 AM
Hmmm boleh challenge di mahkamah ke kalau mcm ni?
Quote tripleid 8-1-2021 11:38 AM
eloklah bagi ke org muda plak pimpin negara ni..hampir melingkup dah Msia ni haa dari dulu x abis2   tua2 kutuk je yg perintah
Quote Bedah.Cun 8-1-2021 12:11 PM
Kaw buat tema parti macam environmental, sustainability tak boleh ker, bangsat?
Quote Bedah.Cun 8-1-2021 12:13 PM
Parti kat Malaysia neh semua bentuk race, background umo jer ker? Nape bodo bangang sangat Malaysians neh semua macam takde isu lain ngkaw nak bawak ke muka depan! Isu sustainability kan banyak, idiot!
Quote najib888 8-1-2021 03:21 PM
Bagus RoS batalkan pendaftaran ni.. anak MUDA ni tau nak berparti saja.. parti bersyabu-syabu di apartment, parti so-sial, mabuk2 cucuk langit...
Biaq org tua saja la berparti Tupperware...
Quote kakakpositifker 10-1-2021 11:34 AM
Rasanya MUDA tu dah ada org guna
Quote wirazam 10-1-2021 11:40 AM
Minami2013 replied at 8-1-2021 08:15 AM
Apa masalah nya parti org muda... bosan betul tgk politician sama berpuluh tahun sampai nk mampus ba ...

Setuju..ROS pun, kalau cukup semua syarat..ko luluskan lah....nak tgk juga parti anak muda ni camana...hopefully semua yg terpelajar lah..baru parti lama2 boleh pencen hahaha
Quote wirazam 10-1-2021 11:42 AM
che-cikL replied at 8-1-2021 08:20 AM
Masa mula2 dia umumkan nak daftar MUDA, kan ke dah ada persatuan ke NGO bernama MUDA yg dah sedia be ...

So pegawai komunikasi korporat ROS nih dah xde suara ke...ko masuk berita TV..sokkabar, social media etc etc bgtau..Kan senang..takdelah org lain buat spekulasi...aduyai la

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052648 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top