CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kritikal Masuk ICU Lepas Minum 5 Liter Air Sehari

30-12-2020 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10617| Komen: 79

Description: Kita sering dinasihatkan untuk minum air yang banyak bukan sahaja untuk membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan, tetapi fungsi air dalam badan juga meliputi pencernaan, penyerapan, pereda ...
Kita sering dinasihatkan untuk minum air yang banyak bukan sahaja untuk membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan, tetapi fungsi air dalam badan juga meliputi pencernaan, penyerapan, peredaran darah, penciptaan air liur, pengangkutan nutrien, dan pemeliharaan suhu badan.


Jadi, pastinya kita tidak dapat membayangkan bagaimana minum air dengan banyak boleh membahayakan nyawa seseorang.

Namun, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia hampir meninggal dunia kerana meminum lima liter air dalam sehari.


Kredit foto: SWNS

Luke Williamson dari Bristol, England membuang semua natrium semula jadi dalam tubuhnya akibat minum terlalu banyak air.

Penjawat awam berusia 34 tahun itu percaya bahawa dia menderita suatu penyakit berbahaya semasa musim kuarantin, dan menyangka meminum air dengan kuantiti dua kali ganda dari yang disyorkan dapat membantunya.


Bagaimanapun, ia menyebabkan kadar natrium dalam tubuhnya menjadi terlalu rendah dan dia akhirnya rebah.

Luke bernasib baik kerana isterinya segera bertindak apabila wanita itu mendengar dentuman kuat dari bilik air. Wanita tersebut menghubungi ambulans dan dia diberitahu bahawa keadaan suaminya kritikal kerana kandungan garam dalam badannya terlalu rendah.

Luke berada di dalam unit rawatan rapi selama beberapa hari dan dia turut diberikan bantuan pernafasan. Malah, doktor juga pada mulanya tidak dapat menjanjikan mereka dapat menyelamatkan lelaki itu.


Kredit foto: SWNS

Namun, selepas melakukan beberapa ujian, doktor berjaya membetulkan elektrolit dalam tubuh lelaki itu sebelum dia pulih dan dibenarkan pulang.




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 30-12-2020 02:09 PM
Aku minum sehari 3 liter pun x larat pi bilik ayaq.
Quote MissyMolly 30-12-2020 02:12 PM
Ooo padan la citer p ramlee kata garam pun sepenting emas kohkoh
Quote acik79 30-12-2020 02:19 PM
Ye mineral dlm air sangat penting utk badan... tu pasal kalau kita cirit birit doktor suh kita minum air garam yg tak best tu...
Quote Kurex 30-12-2020 02:28 PM
Dulu aku minum 3 liter, asyik nak ke tandas. Nak pulak balik kerja naik bas, lagi harum terpaksa la aku turun mana2 perhentian bas yg dekat mall, lepas tu kincing.. selang 15 minit nak pergi tandas lagi. Tobat dah aku nak minum banyak tu. Aku minum apa yg perlu utk kemampuan aku
Quote airisa 30-12-2020 02:39 PM
acik79 replied at 30-12-2020 02:19 PM
Ye mineral dlm air sangat penting utk badan... tu pasal kalau kita cirit birit doktor suh kita minum ...

beli yg perisa oren .. sedap sikit minum
Quote noor2 30-12-2020 02:43 PM
Aku nk habiskan 1.5l sehari pun payah....
Quote dodolgemok 30-12-2020 02:48 PM
Nnti antivax dtg suruh haramkan air pulak sbb air menyebabkan org masuk ICU.
Quote mosti 30-12-2020 02:57 PM
acik79 replied at 30-12-2020 02:19 PM
Ye mineral dlm air sangat penting utk badan... tu pasal kalau kita cirit birit doktor suh kita minum ...

Air garam tu tujuannya tampung air. Selalu orang cirit ni, air banyak keluar
Quote pasa 30-12-2020 02:59 PM
minum sehari 2 liter dah ok,

kalau minum air terlampau byk mmg kurang mkn.

bila kurang mkn segala garam dalam badan dan vitamin  jadi semakin berkurang.
Quote mosti 30-12-2020 03:01 PM
Setiap 25kg keperluan badan 1 litre air.

Air tu bukan semata air kosong. Ini termasuk air dalam buah, kari, dll
Quote ChildrenOfBodom 30-12-2020 03:02 PM
muka mcm umoq 50
Quote MinyakAngin 30-12-2020 03:05 PM
Memang la org galakkan banyak minum air tapi takde la sampai ghoper ini.
Quote HuoJingJue 30-12-2020 03:12 PM
motor aku pun minum seminggu sekali jek..hahaha
Quote damian_lee 30-12-2020 03:17 PM
kita kenal badan kita
dulu aku pun duk pulun minum air seperti yang disarankan katanyaaa

tapi dukk ke bilik airrr je keje
lagi2 keje kat bawah air cond

just nak pastikan dengan doctor
takut ada masalah pundi kencing ke apa ke

doctor kata semua OK
Quote sue_liah 30-12-2020 03:40 PM
leh tahan dia minum sebanyak itu..bape byk kali la gi tandas

iols leh 3liter je tu pn kdg2 tk habis

nasib pjg umo ko pakcik

Quote shernazz 30-12-2020 03:53 PM
acik79 replied at 30-12-2020 02:19 PM
Ye mineral dlm air sangat penting utk badan... tu pasal kalau kita cirit birit doktor suh kita minum ...

Iols suka minum..
Kekadang adik2 iols tak nak..iols.tolong habiskan
Hahaha...syaratnya adalah air.ada.sejuk2 sikit
Quote jfq 30-12-2020 03:59 PM
Sorry max 2L only for me. Aku jenis yg nak ke toilet aje
Quote Kitty_catz 30-12-2020 04:27 PM

lenkali if tak sure, pi la spital tanya pakar.. bukan acik gugle nyahhhh
Quote kroit92 30-12-2020 05:16 PM
pergh 5 liter..

minum bila haus je la.. dan buat target, sehari minimum 2 liter air kosong ke..

macam aku, bila haus je, aku teguk paling kurang 500ml.. kadang2 terlebih, dekat 700ml sekali minum.. so 1 liter tu tak rasa apa la.. sebelum tengahari kadang2 dah settle 1 liter minum

petang malam, lagi 1 liter, plus minus.

ini 5 liter.. boleh kena sawan

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.072400 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top