CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Celup Uncang Teh Lama-lama Boleh Sebabkan Kanser, Mandul?

30-12-2020 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4348| Komen: 29

Description: Tidak disangkal lagi teh memang menjadi antara minuman kegemaran ramai kerana rasanya yang enak selain aroma wangi terutama jika diminum ketika panas.
Tidak disangkal lagi teh memang menjadi antara minuman kegemaran ramai kerana rasanya yang enak selain aroma wangi terutama jika diminum ketika panas.

Penggunaan teh uncang paling popular kerana dengan hanya merendam ke dalam air panas ia sudah sedia untuk diminum. 


Tetapi tahukah anda, tempoh mencelup uncang teh juga memainkan peranan penting?

Gambar hiasan

Kebiasaannya, kita akan membiarkan sahaja uncang teh itu direndam kerana ia akan bertambah pekat dan menjadi lebih sedap.

Pakar penyediaan teh, Ed Eisler memberitahu tidak ada salahnya merendam uncang teh tanpa mengeluarkannya daripada cawan sebelum diminum.

Bagaimanapun katanya, semakin lama uncang itu dibiarkan dalam minuman, ia tidak akan menjadikan teh lebih sedap atau pekat, sebaliknya, ia boleh menghilangkan aromanya.

Tidak hanya itu kata Ed, membiarkan uncang teh di dalam air akan menjadikan teh berasa pahit dan serbuknya akan keluar daripada uncang.


"Sebenarnya, uncang teh ini cukup sekadar kita celup dengan gerakan naik turun untuk beberapa kali. Kita tidak perlu merendamnya terlalu lama," katanya.

Sementara itu, terdapat kajian lain mendapati lebih lama uncang teh dibiarkan di dalam air, khasiatnya juga akan berkurangan.

Ini termasuklah kandungan klorin yang terdapat pada uncang akan menyebabkan kesan buruk kepada badan manusia seperti kanser, kemandulan dan sebagainya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 30-12-2020 03:41 PM
Bagaimanapun katanya, semakin lama uncang itu dibiarkan dalam minuman, ia tidak akan menjadikan teh lebih sedap atau pekat, sebaliknya, ia boleh menghilangkan aromanya.
————-

Sbg sorg pembuat teh yg telah dipuji oleh mak bapak, adik beradik dan tetamu.. kne rendam teh lama sikit baru kaw.. sekian..
Quote Kitty_catz 30-12-2020 04:29 PM
uncang teh yg dah guna, jgn buang

campak je dlm pasu bunga or batas pepokok... baja organic tu
Quote cruz2 30-12-2020 04:52 PM
Nk kena minum ayaq kosong jer ke lps ni?
Quote pyropura 30-12-2020 04:55 PM
Sejak hampir setahun haku pakai loose tea je, dah sayonara teabag
Quote TOPwind 30-12-2020 05:53 PM
MCM2 LAH BINGONG AKU
Quote Orix 30-12-2020 05:57 PM
kawan iols pun pernah cakap benda sama, dia tanya iols kenapa tak remove uncang green tea dari tumbler iols... dia kata teh takleh rendam lama2 tak elok utk kesihatan katanya, dia xckp plak bleh dpt kanser bagai.... sejak tu iols kalau rendam green tea seminit ke 2 minit jah.... air pun suam2 panas..
Quote Cumikucingku 30-12-2020 06:07 PM
Abis yg xde tali tu mcm mane?

Aku guna teabag... mmg tetus rendam la... xde la tarik turun naik nya...
Quote Flake123 30-12-2020 08:16 PM
Tu uncang plastik yg selalu only teh mahal2 guna kut
Quote RatuDunia94 30-12-2020 09:34 PM
Teh kalau dh sejuk pon x elok diminum..
Quote MissYouSayang 30-12-2020 09:55 PM
Nasib baik bukan penggemar air teh...
Quote nini_azmi 30-12-2020 09:55 PM
Alamak ye ke...iols teh yg buat pagi tak abis, iols sambung msk uncang baru buat utk minum ptg. Uncang yg pagi tu bior jè dlm teko.
Err...mcm mn tu ye
Quote Cocoais 30-12-2020 09:59 PM
Kita pula suka masak teh tu dalam periuk dengan susu buat teh tarik..sedap oiii
Quote Dwdrum 30-12-2020 10:05 PM
Edited by Dwdrum at 30-12-2020 06:06 AM
nini_azmi replied at 30-12-2020 05:55 AM
Alamak ye ke...iols teh yg buat pagi tak abis, iols sambung msk uncang baru buat utk minum ptg. Unca ...


Jangan reuse teabag... Chemical dari teabag hydrolyze chemical jadi carcinogen...teabag di buat dari bleached paper... Can caused cancer... Guna yang fresh... Avoid tea yang ada coloring dan flavour...
Quote rangerx 30-12-2020 11:35 PM
hahahahahaha
Quote Manjahati 30-12-2020 11:45 PM
Lps ni Guna teh serbuk yg tuang tu jer lah
Quote mbhcsf 30-12-2020 11:59 PM
no comment though. I tak tahu sumber mana dia tulis artikel nya tu la. so ...black tea effects ke ni?
Quote Jitu 30-12-2020 11:59 PM
jarang minum
selalu minum kopi je
Quote MeghanK 31-12-2020 12:08 AM
tak minat sangat minum teh..heaty
tapi every weekend mesti kena minum teh tarik
Quote Lililisa 31-12-2020 01:52 AM
Satu Uncang Teh Mengeluarkan Berbilion Zarah Plastik Mikro
Editor by Editor   15/01/2020  
Oleh:Yasmin Yusof



Penggemar tegar teh selepas ini harus lebih berwaspada untuk meminum teh. Hal ini kerana terdapat kajian yang telah menemui pada satu uncang teh mengeluarkan berbillion zarah plastik mikro. Para penyelidik dari Universiti McGill di Kanada telah mendapati apabila uncang teh dimasukkan dalam cawan yang mengandungi air panas iaitu pada 95 darjah Celcius, uncang tersebut mengeluarkan 11.6 bilion zarah plastik mikro dan 3.1 bilion zarah plastik nano ke dalam cawan tersebut. Kita tidak dapat melihat ia dengan mata kasar tetapi zarah ini boleh dianalisis menggunakan Fourier Transform Infared spectroscopy (FTIR) dan X-ray Photoelectron microscopy (XPS)

Nilai ini adalah tinggi berbanding zarah plastik mikro yang masuk ke badan manusia dalam jangka masa setahun. Menurut suatu kajian yang diterbitkan pada tahun 2019, individu yang normal menelan sekurang-kurangkan 50,000 zarah plastik mikro pada setiap tahun dan menyedut udara dengan jumlah kuantiti yang sama. Menurut World Wide Fund for Nature, pada tahun ini dianggarkan individu normal menelan sebanyak 5 gram plastik setiap minggu.

Para penyelidik telah menguji empat jenis uncang teh komersial dari beberapa jenama terkenal  di Montreal, Kanada. Plastik tersebut telah dibuka dan dibasuh kemudian diletakkan dalam air panas selama 5 minit sebelum dianalisis menggunakan mikroskop elekron dan analisis spektroskopi. Menurut kajian ini, ia telah terbukti bahawa uncang teh tersebut telah mengeluarkan lebih 11.6 bilion zarah mikro yang mempunyai jisim yang lebih berat berbanding makanan lain. Mereka telah melakukan beberapa ujikaji pada beberapa sampel tambahan dan mendedahkan bahawa bahan tersebut telah sah diperbuat daripada PET iaitu sejenis polyster dan nylon berdasarkan struktur yang dilihat pada mikroskop. Katanya lagi plastik tersebut datang daripada uncang teh berkenaan dan bukannya dari teh. Kajian ini telah diterbitkan oleh jurnal Enviromental Science & Technology.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.156653 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top