CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilih Sendiri Anda Yakin Atau Tak Makan Daging Import - Dr Zulkifli

30-12-2020 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6615| Komen: 72

Description: Seekor kucing bunting mati manakala seekor lagi cedera selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang wanita di bawah sebuah pangsapuri di Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini semalam.
Orang ramai berhak membuat pilihan sama ada mahu terus memakan daging import atau sebaliknya, bergantung kepada keyakinan masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mufti sudah memberi kenyataan dan pandangan masing-masing serta ia dibahaskan di Dewan Negara.



Kredit foto: IG Dr Zulkifli

"Sebahagian (daging halal) telah disahkan semalam (Selasa) oleh KPDNHEP dan jawapan itu sudah boleh kita ambil kira.

"Jadi pandangan yang dikemukakan samahah-samahah, lebih kepada untuk ikhtiar atau pun mengambil jalan berhati-hati.

"Tetapi, apabila disahkan sebahagian daripada pihak berwajib yang menyertai dan membuat kajian dan telah masuk dalam Parlimen semalam melalui Dewan Negara, dan ada usul khas yang dijawab dengan tuntas oleh Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid, ia memberi jawapan yang melegakan kita semua.


"Bagaimanapun, sekiranya masih was-was, mereka perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya," katanya.

Zulkifli berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim yang menyarankan orang ramai supaya menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.

Menurut Zulkifli, Jakim sudah mengeluarkan pelan tindakan bagi menangani isu keraguan status halal daging import seterusnya menambah baik kelemahan yang ada selain merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu pengurusan halal.

Beliau berkata, Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan selain pengimport dan pengedar daging pada awal bulan depan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 30-12-2020 02:48 PM
betul lah tu.. buat keputusan sendiri..
settle masalah..
Quote dodolgemok 30-12-2020 02:57 PM
Wow! Ni kalau mujahat yg buat kenyataan sebegini, mesti walauncai dh bertempik melalak berguling2 depan padang marbok. Apa punya menteri xbertanggungjawab cakap sebegini??!!
Quote pasa 30-12-2020 03:01 PM
dodolgemok replied at 30-12-2020 02:57 PM
Wow! Ni kalau mujahat yg buat kenyataan sebegini, mesti walauncai dh bertempik melalak berguling2 de ...

apa yg mat sabu cakap ko pun nak berguling2 siap campak microphon hahaha.

mujahid tu dah siang2 cakap netiven bukan level kami kah kah skg dia komen kat FB kene maki je.

ok nampak sorang penyokong kuat mujahid dalam ni.
Quote dodolgemok 30-12-2020 03:04 PM
pasa replied at 30-12-2020 03:01 PM
apa yg mat sabu cakap ko pun nak berguling2 siap campak microphon hahaha.

mujahid tu dah siang2 ...

Bagus menteri ugama buat kenyataan lepas tangan sebegini, awal2 dh cakap "Lantak lah kau org yakin ke idok, kami dah buat kenyataan"
Nampak dh menyokong membabi buta dalam ni. So dah ucap merry christmas ke belum dek?
Quote Skuau 30-12-2020 03:05 PM
dodolgemok replied at 30-12-2020 02:57 PM
Wow! Ni kalau mujahat yg buat kenyataan sebegini, mesti walauncai dh bertempik melalak berguling2 de ...

kenapa mesti 'orang lain'???.Kenapa dol & the gang tak mulakan dan buat.selesai.
Quote dess402 30-12-2020 03:19 PM
Sebahagian yg halal ??  So sebahagian lagi. ??  Jadi apa guna jakim. ??  
Quote dodolgemok 30-12-2020 03:51 PM
Skuau replied at 30-12-2020 03:05 PM
kenapa mesti 'orang lain'???.Kenapa dol & the gang tak mulakan dan buat.selesai.

Lah kan mujahat dah panggil sprm masuk jakim, tpi kau org melalak kata nak hapuskan jakim pulak. Eh eh lupa ke cai?
Quote HuoJingJue 30-12-2020 04:02 PM
sama sahaja komen di media sosial..
jenis nak kena bersuap..kemon gais
Quote Piramida 30-12-2020 04:05 PM
Of course pilihan di tangan masing2... semua org tahu.
Apapun penguatkuasaan kena kuat dan tegas.
Quote Reymz 30-12-2020 04:10 PM
Isu sekarang label halal itu sendiri yang telah terbukti ada penipuan.
Quote Denco 30-12-2020 04:21 PM
Reymz replied at 30-12-2020 04:10 PM
Isu sekarang label halal itu sendiri yang telah terbukti ada penipuan.

hujung2 rakyat kena pk sendiri. x guna la ada menteri yg jaga kebajikan rakyat mcm ni. jadi sijil halal tu sebenonya masih tak sah halal ke idak ? gitu??? sama bodoh jadi dgn menteri2 terdahulu


Quote ResellerMaxis 30-12-2020 04:44 PM
EvieWanKenobi replied at 30-12-2020 02:48 PM
betul lah tu.. buat keputusan sendiri..
settle masalah..

Kalau macam tu. Xyah lah susah susah wat sijil halal. Allocation sampai 1 billion setiap tahun.
Quote pyropura 30-12-2020 04:50 PM
KALAU TAKUT DAGING BEKU TAK HALAL, PEGI BEKUKAN DAGING SENDIRI

(dah lama tak dengau kata2 hikmat menteri ayam)



https://3.bp.blogspot.com/_6KEX-9v9rO8/TQZbLX5tVkI/AAAAAAAAHUw/D_jzBYdjHPg/s1600/DSC01329.JPG

Quote pyropura 30-12-2020 04:52 PM
dodolgemok replied at 30-12-2020 03:04 PM
Bagus menteri ugama buat kenyataan lepas tangan sebegini, awal2 dh cakap "Lantak lah kau org yakin ...

Menteri PN -UMNO gaji 50k sebulan, depa tak makan daging beku, sebab tu tak kesah.
Quote msdummy.2018 30-12-2020 04:55 PM
pyropura replied at 30-12-2020 04:50 PM
KALAU TAKUT DAGING BEKU TAK HALAL, PEGI BEKUKAN DAGING SENDIRI

(dah lama tak dengau kata2 hikmat ...

pertama kalinya..aku sokong bab ni...hahahhaha...mmg geram bc statement tuh
Quote ifanonline 30-12-2020 05:04 PM
banyak kakitangan awam pelahap daging babi (rasuah), sukar hendak enforce perkara baik...pelir shj sunat, tapi jiwa dipenuhi najis babi
Quote namr 30-12-2020 05:11 PM
Jadik vegetarian aje lah..melantak sayur je
Quote juruterra 30-12-2020 05:13 PM
dodolgemok replied at 30-12-2020 02:57 PM
Wow! Ni kalau mujahat yg buat kenyataan sebegini, mesti walauncai dh bertempik melalak berguling2 de ...

betul..jawapan melepaskan tangan ni. nasib bkn Mujahit menteri agama...jadi apa peranan sebagai menteri kalau suruh rakyat buat piligan sendiri? bukan semua rakyat kaya boleh makan daging tempatan yang berharga RM40-RM50 sekilo....
Dan apa nasib pemgimport daging melayu muslim kalau rakyat semua buat pilihan boikot daging import?
tak berhati2 Dr Dzul menjawab
Quote MissVixen 30-12-2020 05:14 PM
Turun harga daging import ni sebab ramai tak nak beli?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.186309 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top