CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafie Naswip Cemburu Dengan Pelakon Lain, Mahu Watak Hebat Dan Mencabar

30-12-2020 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3762| Komen: 14

Description: Sebagai pelakon berpengalaman, Syafie Naswip tidak menafikan cemburu melihat pelakon yang mendapat karakter hebat dan mencabar.
Sebagai pelakon berpengalaman, Syafie Naswip tidak menafikan cemburu melihat pelakon yang mendapat karakter hebat dan mencabar.

Berbeza dengannya, aktor yang pernah diangkat Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin Ke-11 menerusi drama Ilham Suci itu jarang menerima watak yang diingini.


Foto: IG

"Saya akui, terbit perasaan cemburu di hati apabila menonton filem tertentu dan drama yang ditayangkan di Netflix. Terfikir juga bagaimana mahu mendapatkan karakter yang hebat.

"Bagaimanapun, saya sedar dalam hidup ini termasuk di pentas lakonan, kita tidak akan dapat apa yang didambakan. Jika dapat, itu rezeki terpijak. Ada masanya, saya mendapat karakter 'best', tetapi jalan cerita pula sebaliknya.


"Saya jarang dapat karakter yang betul-betul diingini. Kebanyakan cerita ditulis untuk semua, tiada spesifik. Sebagai contoh, filem Black Swan. Memang watak utama ditulis untuk Natalie Portman. Jika bintang lain pegang watak itu, mungkin akan jadi lain.

"Begitu juga watak Leonardo DiCaprio dalam filem Titanic. Saya mengharap akan ada karakter khusus untuk diri, suatu ketika nanti. Tak kisah watak baik atau antagonis. Secara peribadi, saya sudah mendapat watak 'masterpiece' menerusi filem Mukhsin, tetapi saya mahu lebih besar lagi," katanya kepada BH Online.


Mengulas filem terbaharu, Gila Gusti, Syafie berkata, dia tertarik dengan kelainan watak Mamat yang ditawarkan kepadanya kerana menyerlah sisi fizikal berikutan ada adegan pertarungan.

Filem bercorak aksi terbitan APAC Wrestling menerusi Lomo Pictures Sdn dengan kerjasama Quick Sent dan Quin Media itu sudah memulakan penggambaran sejak 26 Disember lalu.


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-25 menerusi filem Songlap itu berkata, dia lebih dikenali dengan watak berat, sejak 15 tahun bergelar anak seni.

"Sebagai pelakon, tiada istilah puas kamus hidup. Saya terbuka untuk terus mencabar diri dan meneroka perkara baru dengan pelbagai genre cerita, biarpun belum tahu bagaimana hasilnya.

"Lagipun, saya jarang menerima tawaran berlakon cerita aksi. Saya dimaklumkan filem ini berpaksi sukan gusti yang pertama diterbitkan di Malaysia.

"Selama ini, saya banyak bermain emosi. Selalu main emosi, penat juga. Sesekali beralih angin cuba bermain dengan fizikal pula. Jadi, jadi atau tak jadi, itu belakang kira," katanya.


Pemenang Pelakon Kanak Kanak Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi filem Mukhsin itu berkata, Gila Gusti menjadi filem ke-15 lakonannya.

"Saya ada dua filem yang menanti tayangan, Kenderaan Berat Ikut Kiri bergandingan dengan Sweet Qismina dan Sumpahan Jerunai," katanya.

Katanya, banyak lagi watak yang ingin dicubanya.


"Jika dengar filem aksi seperti Gila Gusti ini, ada yang skeptikal hero kena berbadan sado atau berfizikal besar. Saya sendiri juga tertanya apakah watak jururawat semestinya perempuan. Sedangkan, lelaki pun boleh jadi jururawat

"Biasalah, kita sudah terbiasa dengan skeptikal dan selesa dengan fahaman begitu. Ada watak tertentu untuk bentuj saiz tubuh. Sedangkan, jika kena intipati dan olahan cerita, insya-Allah, pandangan skeptikal boleh berubah," katanya.

Sementara itu, Datuk Alvin Ooi selaku penerbit filem Gila Gusti, optimis dengan sukan kombat seperti gusti yang diketengahkan.

"Sekalipun industri filem tak serancak seperti tahun sebelumnya, kami mahu terus berjuang untuk merangsang industri seni tempatan.



"Kalau ada yang anggap sukan ini tidak ada penggemarnya atau tak relevan, mungkin anda silap. Saya diberitahu jumlah langganan siaran sukan gusti ini di saluran televisyen berbayar masih tinggi," katanya.

Selain Syafie, turut membintangi filem Gila Gusti ialah Elizabeth Tan, Aisar Khaled dan ahli gusti profesional seperti Ayez Shaukat, Nor Phoenix Diana, Poppy, The Wonderboy dan Gotham. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 30-12-2020 04:14 PM
Aku tak penah tgk sukan gusti kt malaysia nie so not sure what to expect
Quote RatuDunia94 30-12-2020 09:26 PM
Kat malaysia ni jauh lg kot nk mengharap watak2 idaman..
Quote cicicumel 30-12-2020 09:44 PM
Drama yg kontroversi pasal pelajar tahfiz pondan tu indah khabar dr rupa kan? Sampah sgt. Kesian.
Quote eetodee 31-12-2020 10:07 AM
Bagus budak ni berlakon. Baru-baru ni aku tgk balik cite Mukhsin dekat Netflix.
Memang patutlah dia menang.
Quote jijilaaa 31-12-2020 11:49 AM
dia xde aura seorang hero. sometimes bukan salah diri sendiri tp dah mmg takde luck
Quote makadek 31-12-2020 03:54 PM
Makin handsome
Quote seri_mawr 31-12-2020 04:02 PM
dia ni pendek kan klu compare dgn hero2 melayu yang lain...
Quote slyfynx 31-12-2020 04:27 PM
Die ni berlakon ok je.
Muke pun not bad la.
But still x berape ade aura hero.
X tau nape
Quote aina_shaira 31-12-2020 04:52 PM
Best, berbakat berlakon kalau takde pakej tak kemana dik oi....
Quote nordin84 31-12-2020 11:35 PM
harap career pie mcm sam.. dulu org nmpk pendek, xde rupa.. sekali boom denan sempit, trs berderet offer.. tp tlg satu je.. jgn salah pilih bini.. kalau x ko kepam mcm sam dik
Quote anony-mous 1-1-2021 12:03 AM
Sbb dia pendek. Xberapa nk ada vibes hero tu la. Adam lee, patah amin kalau x kayu, mmg best tgk pegang watak hero. Jupin. Sbb tggi. Nk marketkan ke luar pon rasa bangga
Quote de_ikea 1-1-2021 12:28 AM
All the best. Berlakon ada jiwa. Sauk je lah dik. Zaman skrg mencabar. Asal tak miss soru dan boleh bayar duit rumah
Quote caca_eric 2-1-2021 11:15 PM
muka dia macam remaja sgt kot

si redza rosli tu selalu dpt watak psiko . watak best2
sbb muka dia matang..wpun tak hensem sgt..
Quote Mawar91 3-1-2021 10:58 PM
Bakat & rupe ade tpi aura hero tu ilek..Sebb tu memanjang dpt watak remaja kolej je..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.110577 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top