CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tenang Mengaku Tak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap 2 Anak

30-12-2020 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3804| Komen: 11

Description: Seorang bapa berdepan tiga pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.
Seorang bapa berdepan tiga pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.

Tertuduh berumur 39 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.


Dalam pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin, tertuduh pada 1 Disember 2020 kira-kira jam 5 petang di Kampung Pangkal Kuang, Machang, didakwa dengan maksud seksual menggeselkan kemaluan ke badan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga anak kandungnya.


Gambar hiasan

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa memasukan tangan ke dalam seluar mangsa pada 2 November 2020 kira-kira jam 11 malam terhadap anak perempuannya itu.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.


Dalam pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandung berusia 14 tahun pada Februari 2019 lebih kurang jam 5.30 petang di Kampung Pangkal Kuang, Machang.

Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang diwakil peguam bela Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar memohon jaminan diberikan, mahkamah bagaimanapun menetapkan tiada jaminan diberikan dan menetapkan tarikh 31 Januari untuk sebutan semula kes.

Tertuduh, yang bekerja kampung, hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja T watak komik Jepun Onepiece dan kelihatan tenang ketika prosiding.


Sumber: MalaysiaKini


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 30-12-2020 05:21 PM
spesis bapak babi setan..lahanat!!
Quote xy_daen 30-12-2020 06:57 PM
#sskjp




















Prfttttttt
Quote Yunbin 30-12-2020 07:23 PM
Harapkan bapak, bapak yg terpaling tak boleh harap
Quote alinone78 30-12-2020 08:34 PM
Kenapa nak mention tshirt Among Us tu?
Quote Jemahjemah 31-12-2020 02:23 AM
Bullshit. Anak sendiri pun bole kau ye. Aku teringat duku masa praktikal di mahkamah. Sorang pkcik ni tanya mana court bla bla. So aku tunjukkan la dia courtroom tu. Yg sedihnya, kes anak dia camni la. Meraba anak sendiri. Bangan betol. Mntk ikat jamin jgk. Tp mcm biasa la kes cmni xde nya hakim nk bagi ikat jamin. Menangis pakcik tu dgr. Tp tu la, sorry pakcik. Xdpt bak husnudzon anak pakcik kena aniaya dgn ex wife. Sbb kes meraba anak ni berleluasa sgt. Kesian kat budak tu. Apa la nasib dia in future
Quote sukacactus 31-12-2020 06:37 AM
Banyak tengok porn ke banyak mkn ubat kuat tu
Dgn zuriat sdr pun boleh stim
Quote kelapaparut 31-12-2020 08:48 AM
kalau kes2 sex ni ,mmg byk kelantan la, ustaz rogol budak, cikgu besar rogol budak, bpk rogol budak, iols rase sbb byk sgt kekangan sex itu xboleh ini xboleh, so jantan2 jd stress rase mcm nak mrogol je..
Quote dua_chzy 1-1-2021 10:28 AM
Wartawan ni musti baca One Piece.
Quote gigahertz 3-1-2021 12:43 AM
kelapaparut replied at 31-12-2020 12:48 AM
kalau kes2 sex ni ,mmg byk kelantan la, ustaz rogol budak, cikgu besar rogol budak, bpk rogol budak, ...

diorang sana kan pembangunan agak out sikit. duit pulak tak berapa nak ada. Nak keja panda Grab sana mana nak avaiable

so ada banyak masa terluang. umur pulak muda lagi.
sana pun kos sara takde tinggi sangat.
macam kita KL Johor Penang kos sara hidup tinggi.

tak cukup kerja 10 pagi sampai 6 petang malam sambung
Balik buat Grab / Panda sampai pukul 1 pagi

tapi jenayah di KL Selangor Johor Penang agak brutal
berbanding Pantai Timur.
Quote Namasayaomel 15-3-2021 10:52 AM
{:laugh this is malaysia lelaki melayu ni mostly telan ubat kuat seks & wathing pornography
Quote miracle_forever 15-3-2021 01:58 PM
vaviiiiiiiiiii punya jantan!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.141131 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top