CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Parah Tertembak Mata Dengan Ginsuk Buatan Sendiri

24-12-2020 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2508| Komen: 5

Description: Lelaki parah di mata akibat tertembak dengan senjata buatan sendiri jenis ginsuk dalam kejadian di hutan Kampung Pinatau di sini pada Rabu.
Lelaki parah di mata akibat tertembak dengan senjata buatan sendiri jenis ginsuk dalam kejadian di hutan Kampung Pinatau di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun tertembak matanya sendiri ketika sedang mengisi guli dan kepala batang mancis ke dalam senjata tersebut.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari wad kecemasan Hospital Kota Marudu pada jam 7.58 malam Rabu.


Kredit foto: Sinar

Menurutnya, pihak hospital membuat panggilan memaklumkan bahawa mereka menerima seorang pesakit lelaki yang cedera pada muka akibat tertembak dengan senjata buatan sendiri.

"Siasatan awal mendapati mangsa sedang mengisi guli dan kepala batang mancis ke dalam 'barrel' ginsuk sebelum tiba-tiba berlaku letupan menyebabkan kecederaan pada kanan matanya.


"Kejadian berlaku di dalam kawasan hutan yang memerlukan empat jam perjalanan dengan berjalan kaki," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Mohd Izaan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil bagaimanapun masih belum boleh bercakap," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.


Sumber: Sinar Harian

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-12-2020 03:28 PM
Mesti hensem mangsa sebelum kejadian ni.......
Quote husna_amal 24-12-2020 04:10 PM
Kesiannya...semoga tak buta dan cepat sembuh.
Quote dua_chzy 24-12-2020 04:16 PM
Kurex replied at 24-12-2020 03:28 PM
Mesti hensem mangsa sebelum kejadian ni.......


Ya ampon Kurex, masa buka tered ni dan tengok gamba mangsa, akak otomatik teringat ko. Baru nak tag, rupanya dah masuk komen.
Quote dua_chzy 24-12-2020 04:18 PM
Btw, ginsok, bukan ginsuk.
Quote tumpanglalu74 24-12-2020 04:23 PM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.045843 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top