View: 1619|Reply: 5
|
Lelaki Parah Tertembak Mata Dengan Ginsuk Buatan Sendiri
[Copy link]
|
|
Lelaki parah di mata akibat tertembak dengan senjata buatan sendiri jenis ginsuk dalam kejadian di hutan Kampung Pinatau di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun tertembak matanya sendiri ketika sedang mengisi guli dan kepala batang mancis ke dalam senjata tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari wad kecemasan Hospital Kota Marudu pada jam 7.58 malam Rabu.
Kredit foto: Sinar
Menurutnya, pihak hospital membuat panggilan memaklumkan bahawa mereka menerima seorang pesakit lelaki yang cedera pada muka akibat tertembak dengan senjata buatan sendiri.
"Siasatan awal mendapati mangsa sedang mengisi guli dan kepala batang mancis ke dalam 'barrel' ginsuk sebelum tiba-tiba berlaku letupan menyebabkan kecederaan pada kanan matanya.
"Kejadian berlaku di dalam kawasan hutan yang memerlukan empat jam perjalanan dengan berjalan kaki," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Mohd Izaan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
"Mangsa kini dalam keadaan stabil bagaimanapun masih belum boleh bercakap," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mesti hensem mangsa sebelum kejadian ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...semoga tak buta dan cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 24-12-2020 03:28 PM
Mesti hensem mangsa sebelum kejadian ni.......
Ya ampon Kurex, masa buka tered ni dan tengok gamba mangsa, akak otomatik teringat ko. Baru nak tag, rupanya dah masuk komen. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw, ginsok, bukan ginsuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang Tu Untok Buru Binatang
|
|
|
|
|
|
| |
|