CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Angkasa China Berjaya Mendarat Di Bulan

2-12-2020 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4657| Komen: 22

Description: Kapal angkasa China mendarat di bulan, semalam, dengan sasaran untuk membawa pulang sampel pertama dalam tempoh empat dekad, menurut agensi angkasa Beijing.
Kapal angkasa China mendarat di bulan, semalam, dengan sasaran untuk membawa pulang sampel pertama dalam tempoh empat dekad, menurut agensi angkasa Beijing.

China telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membiayai program angkasa dikendalikan oleh pihak tentera negara ini, dengan harapan bakal mempunyai stesen angkasa bersama kru menjelang 2022 dan seterusnya menghantar manusia ke bulan.

Matlamat misi terbaru China itu ialah mengutip sampel batu dan tanah dari bulan bagi membantu penyelidikan saintis berhubung asal usul bulan, formasi serta aktiviti gunung berapi di permukaannya.

Kapal angkasa dinamakan Chang'e-5 itu berjaya mendarat di bulan, semalam, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan pihak Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China.

Kredit foto: AFP


Sekiranya penerokaan itu berjaya, China akan muncul negara ketiga memperoleh sampel dari bulan, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet pada 1960-an serta 1970-an.

Misi itu adalah percubaan pertama untuk membawa pulang sampel dari bulan selepas Kesatuan Soviet melakukannya pada 1976.

Xinhua melaporkan, kapal angkasa China terbabit berjaya memasuki orbit bulan, Sabtu lalu, selepas menempuhi perjalanan selama 112 jam dari bumi.

Misinya ialah mengumpulkan dua kilogram sampel dari sebuah kawasan belum diterokai sebelum ini dikenali sebagai Oceanus Procellarum atau 'Laut Ribut'.

Xinhua melaporkan, kapal angkasa itu bukan saja direka khas untuk mengutip sampel dari permukaan bulan tetapi juga melakukan penggerudian bagi mendapatkan pelbagai spesimen.

Kerja pengumpulan sampel itu akan membabitkan tempoh sehari waktu di bulan yang bersamaan 14 hari di bumi.

Sampel terbabit dijangka kembali ke bumi dalam kapsul yang akan mendarat di rantau Mongolia, bulan depan, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA). -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 2-12-2020 01:13 PM
Cuba letak virus covid 19 kat bulan. Apa jadi.
Quote Skuau 2-12-2020 01:24 PM
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 01:13 PM
Cuba letak virus covid 19 kat bulan. Apa jadi.

bulan akn berwarna biru.
Quote Boomibulat 2-12-2020 01:27 PM
Sape2 ada beli tanah atau tanah kubur kat bulan tu boleh la tumpang kalau2 ada kapal angkasa nak pgi lg..
Quote Simunggu 2-12-2020 01:39 PM
tak lama malaysia hantar proton terbang pg bulan...
Quote lattehazelnut 2-12-2020 01:43 PM
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 01:13 PM
Cuba letak virus covid 19 kat bulan. Apa jadi.

Xde living thing kan.. mati camtu je la ek..
Quote husna_amal 2-12-2020 02:34 PM
Tengok macam tak pakai angkasawan. Mungkin guna robotik kot.
Quote OmJualGas 2-12-2020 02:45 PM
Kita masih dengan antu ketuk pintu...
Quote getarsukma 2-12-2020 02:51 PM
Jenuh la lepas ni warga PRC pakat ke bulan buat group tour lepas tu claim bulan dia punya...
Quote dani-rox 2-12-2020 03:49 PM
Pacak bendera pastu klem tanah jajahan China
Quote jofizo 2-12-2020 04:16 PM
bulan akan menjadi milik china....klaim jgn x klaim
Quote underground 2-12-2020 05:12 PM
lepas ni nama "Laut Ribut" tu tukar la jadi "Laut China Ribut".. lepas tu claim.
Quote kluangman 2-12-2020 05:22 PM
OmJualGas replied at 2-12-2020 02:45 PM
Kita masih dengan antu ketuk pintu...

Yang percaya bumi rata pun ramai juga
Quote tumpanglalu74 2-12-2020 05:51 PM
Lagi nak menayang..
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2020 07:50 PM
Habislah bulan dah dijajah cina komunis
Quote RatuDunia94 5-12-2020 12:23 AM
lattehazelnut replied at 2-12-2020 01:43 PM
Xde living thing kan.. mati camtu je la ek..

Alien??


Quote RatuDunia94 5-12-2020 12:24 AM
Skuau replied at 2-12-2020 01:24 PM
bulan akn berwarna biru.

Why?


Quote Skuau 5-12-2020 11:43 AM
RatuDunia94 replied at 5-12-2020 12:24 AM
Why?

hang tgk la movie the smurfs.
Quote najib888 5-12-2020 11:56 AM
getarsukma replied at 2-12-2020 02:51 PM
Jenuh la lepas ni warga PRC pakat ke bulan buat group tour lepas tu claim bulan dia punya...

No nation can claimed moon, stars, sun or any foreign object out of space as their own. Memang ada perkara ni dalam undang-undang apa ntah..aku tak ingat
Quote cmf_premierleag 5-12-2020 12:20 PM
wow..tempoh sehari di bulan = 14 hari di bumi
so kalau rasa merengsa sgt kene kuarantin sbb +ve covid, bleh la kuarantin kat bulan...x lama pun..1 hari je

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.306684 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top