CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da’i Syed Jumpa Hafiz Hamidun Sebelum Ditahan Minta Nasihat

2-12-2020 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10910| Komen: 42

Description: Hafiz Hamidun mendedahkan dia ada bertemu dengan pendakwah muda, Da'i Syed pada malam sebelum penceramah selebriti itu ditahan polis berhubung dakwaan rogol seorang gadis.
Hafiz Hamidun mendedahkan dia ada bertemu dengan pendakwah muda, Da'i Syed pada malam sebelum penceramah selebriti itu ditahan polis berhubung dakwaan rogol seorang gadis.

Menurut Hafiz atau nama sebenar Mohammad Hafiz Hamidun, 36, pertemuannya itu bagi mendapatkan pandangan dan nasihat serta menghulurkan bantuan guaman sewajarnya kepada selebriti itu.



Kredit foto: IG Hafiz

"Malam sebelum dia ditahan, kami ada berjumpa di kedai makan kerana pejabat saya berdekatan dengan rumahnya di Damansara Perdana dan saya sekadar mendengar isunya yang dah tular di laman sosial.

"Tapi saya tak tahu nak nasihat macam mana, saya beri dia contact peguam dan rujuklah kepada yang lebih pakar apa yang patut dia lakukan... cuma saya ada beritahu Syed dia kena hadapi ini secara mental dan fizikal.

"Syed kena belajar daripada pengalaman ini sebab tak ada orang yang lalui benda ini, dia sendiri lalui situasi ini dan perlu berdepan ujian ini sendiri," katanya kepada mStar.


Sementara itu, Hafiz berkata dia sama sekali tidak menyokong tindakan tidak bermoral yang dilakukan pemuda berusia 25 tahun itu jika benar-benar didapati terbabit dengan jenayah tersebut.


Kredit foto: IG Hafiz

"Perkongsian saya itu bukan untuk meraih perhatian orang ramai. Saya menulis kerana dia kenalan saya, saya terpanggil berkongsi luahan hati itu kerana rasa simpati dan tersentuh apabila melihat videonya dengan tangan bergari.

"Kalau saya nak ambil kesempatan atas isu ini dah lama saya boleh buat, kejadian ini pun dah lima hari berlalu... baru sekarang saya kongsi kerana Syed itu kenalan saya.

"Simpati itu bukanlah bermakna saya menyebelahi dia, cuma sebagai orang saya kenal mestilah terdetik perasaan itu. Jika dia salah tetap salah! Cumanya untuk kes begini ada prosedur yang perlu dia ikuti," ujarnya yang mengenali Da'i Syed sejak pendakwah itu menamatkan sebuah program televisyen pada tahun 2016.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 2-12-2020 12:31 PM
Pis pun tak terkam ex bini walaupun halal. Tapi motif pis bersuara? Diam2 pun takpe jaga hamdee hafiz elok2
Quote Kurex 2-12-2020 12:33 PM
Nasib baik piz midon dapat tgk wajah sebenar palat joy rempah sebelum sentuh dia
Quote NazRysha 2-12-2020 12:38 PM
siapa peguam yang mewakili syed iqmal ni?
Quote husna_amal 2-12-2020 12:39 PM
ex pis midun pun dak dai syed tu ada try adjust sebelum ni.
Quote Themilo 2-12-2020 12:44 PM
plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....
Quote Orix 2-12-2020 01:02 PM
Themilo replied at 2-12-2020 12:44 PM
plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....

bodow laaaa
Quote rbmy 2-12-2020 01:04 PM
salah tetap salah, apakah maksud nya bang midon?
Quote RatuDunia94 2-12-2020 01:09 PM
Themilo: plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....


Tersembur air soya kat mulut iols..
Quote cicicumel 2-12-2020 01:14 PM
Sttment last tu seolah2 mengiyakan jer...
Quote awanearisu 2-12-2020 01:18 PM
Jadi dah fahamlah kan mengapa dulu dengan joy tak berani ambil kesempatan. Dengan HH berani ke syed ni nak buat hal waktu tu? Nombor telefon peguam HH simpan dalam poket.
Quote lembumanis 2-12-2020 01:18 PM
Themilo replied at 2-12-2020 12:44 PM
plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....

wakaka terhibur jap
Quote Lagubestbest 2-12-2020 01:39 PM
penceramah tanya penyanyi untuk nasihat hal agama, terbaik.
Quote shailyvelera 2-12-2020 02:05 PM
Themilo replied at 2-12-2020 12:44 PM
plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....

oiii...ahahaha....adoiiyaiiii
Quote nia_salina 2-12-2020 02:49 PM
Themilo: plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....

hahahahhah adoi la nyaris tak tersembur lunch sisss
Quote miemiecha 2-12-2020 02:54 PM
Themilo replied at 2-12-2020 12:44 PM
plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....

BONGOKKK la aiiii...
jhahahahahha... mngekek dakuuu
Quote dewi_rina 2-12-2020 02:57 PM
Themilo replied at 2-12-2020 12:44 PM
plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....

Malam tu dia cuba terkam saya ... tapi sempat azan
Quote adeqbun 2-12-2020 03:16 PM
Statement pismidon ni bole mengganggu siasatan tau x.
Quote mosti 2-12-2020 03:25 PM
adeqbun replied at 2-12-2020 03:16 PM
Statement pismidon ni bole mengganggu siasatan tau x.

Betul..statement dia mengundang..dia boleh jadi saksi
Quote YomiuriLandMae 2-12-2020 03:30 PM
Themilo replied at 2-12-2020 12:44 PM
plot twist : sebenarnya, saya pun mangsa.. tibeerrrr.....

lahanaatttt

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065375 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top