CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Disambar Petir Depan Suami Ketika Berteduh

2-12-2020 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3376| Komen: 5

Description: Wanita meninggal dunia disambar petir ketika berteduh daripada hujan di sebuah pondok berhampiran ladang di daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat.
Wanita meninggal dunia disambar petir ketika berteduh daripada hujan di sebuah pondok berhampiran ladang di daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat.

Lebih menyayat hati, kejadian berlaku di hadapan suaminya.



Gambar hiasan

Kompas melaporkan, sebelum kejadian kelmarin itu, mangsa dikenali sebagai Maani berusia 36 tahun sedang membantu suami melakukan kerja di sebuah ladang kacang tanah.

Disebabkan hujan, mereka berhenti melakukan kerja untuk berehat seketika di sebuah pondok, 100 meter dari ladang berkenaan.

Namun, mangsa tidak bernasib naik apabila disambar petir ketika berjalan menuju ke pondok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pajo, Abdul Malik berkata, selepas disambar petir, wanita itu terus rebah.

Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

"Terdapat kesan melecur pada bahagian punggung dan leher mangsa


"Suami mangsa mengangkat mayat isterinya dan meminta pertolongan daripada penduduk setempat," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 2-12-2020 01:14 PM
Betul ke kalau ada kilat petir ni jgn berlindung bawah pokok.. lebih selamat terlentang kat tempat lapang..
Quote husna_amal 2-12-2020 02:39 PM
Kalau kita berpayung masa kilat petir pun ada risiko kena panahan. Lebih selamat kita masuk dalam rumah atau kereta.
Quote fms016 2-12-2020 02:49 PM
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 01:14 PM
Betul ke kalau ada kilat petir ni jgn berlindung bawah pokok.. lebih selamat terlentang kat tempat l ...

betul laa tu sbb kilat lagi suka sambar pokok..
klu bole jgn terlentang tapi duduk cangkung..
Quote RatuDunia94 5-12-2020 12:22 AM
fms016 replied at 2-12-2020 02:49 PM
betul laa tu sbb kilat lagi suka sambar pokok..
klu bole jgn terlentang tapi duduk cangkung..

Kenapa kena duk cangkung?
Quote Kipaskiok 21-12-2020 11:10 PM
Klu kilat ni..awal2 lagi kita larik...tkt..guruh lagi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.043188 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top